click here :)
Selasa, 4 Jun 2024
Lonely
Ahad, 22 Ogos 2021
Note #91: What Happened in 2020?
Alhamdulillah, walaupun blog bersawang. Tapi aku masih hidup, waras dan masih ingat password blog.
Sekarang aku dah berkahwin. Itulah yang berlaku pada tahun 2020. Hari ini, dah lebih 9 bulan kahwin, tapi dah 3 bulan totally terpisah dengan suami. PJJ. Aku tak sangka aku kawin.
Sejak kawin, mudah betul aku nangis. Entah kenapa. Kejap2 nangis kejap2 nangis.
Pastu sekarang insecure betul dengan duit. Aku tak ada kerjaya sendiri. Maka aku sangat insecure pasal duit. Bukan sekarang jela. Sejak dulu pun, cuma makin terasa. Nak quit job, tapi insecure pasal duit. Aku takut hidup tanpa pendapatan sendiri. Serius ni. Hidup zaman sekarang, serba nak pakai duit. Tapi aku nak harapkan duit laki je? ðŸ˜
Semoga ada rezeki aku cari duit dengan kudrat sendiri walaupun lepas resign. Semoga covid cepat berlalu. Amiin.
Jumaat, 3 Jun 2016
Note #90: Mafia Luerd Mungkorn : Singh (Lion)
Mereka ni asalnya imigran dari China. So cerita ni pasal komuniti Cina di Siam pada zaman dulu-dulu. Mafia baiklah, tak buat perniagaan haram bagai tu. Setiap pewaris ada dillema dan masalah tersendiri. Sebab bapa diorang sangat2 berpengaruh, jadi ada yang tak suka dengan diorang. Tambahan pula, generasi diorang muda, so kena struggle jgk utk dapatkan kepercayaan pengikut dan geng2 lain utk jadi ketua. Dalam siri ni, semua bermula pada hari yang sama, hari diorang berkumpul utk perayaan ape xsure, kena serang. So cerita masing2 bermula daripada haluan yang diorang ambil masa hari serangan tu. Dalam setiap siri, ada beberapa scene yang diorang berlima berjumpa dan berbincang. BEST!
Saya baru je habis tengok drama Siam atau lakorn MLM Singh. Cerita pasal Geng Singh, iaitu singa. Watak dia Songkrod anak lelaki tunggal kepada ketua Geng Singh. Tapi dia dengan bapa dia x ngam. Songkrod benci bapa dia sebab hantar dia dan mak dia pergi Amerika tanpa beri sebab yang jelas. Dia ingat bapa dia nak halau diorang la. Tapi ada sebab lain sebenarnya.
So kisahnya Songkrod ni ada adik angkat, nama Mong, Bapa dia sayang mcm anak sendiri. Siap nak bagi Mong ni jawatan ketua geng Singh lagi. Songkrod pula ayah dia x bagi terlibat langsung dengan geng. So, untuk dia, ayah dia bagi uruskan perniagaan syarikat dia. Songkrod xpuas hati, setiap hai gaduh dengan Mong. Mak tiri Songkrod pun ada juga, muda remaja dan sebenarnya merupakan kekasih hati Mong. So diorang masih lagi berhubungan secara rahsia. Senang cite, Mong dengan Mak Tiri ni jahat dan nak belot pada ayah Songkrod la. Itu ancaman dalaman geng Singh.
Satu lagi, Songkrod ni terpaut hati pada gadis miskin yang dia pernah tolong, nama A'ju. A'ju ni comel sangat, manis muka dia. A'ju minta kerja, pastu Songkrod nampak n offer kerja pada dia. Kemudian banyaklah scene2 romantik. Pastu diorang kawen. Tapi, kawen ppon mcm shotgun marriage gitu, sebab nenek tiri A'ju perangkap diorang jadikan mcm diorang dah tidur sekatil. Padahal masing2 kena drugged oleh nenek tiri tu. Lepas je upacara perkahwinan, ada pula surprise lagi yang membuatkan Songkrod cam xleh terima A'ju. So dia minta bagi masa. Diorang macam gaduh xnak jumpa.
Cerita ni best part hubungan anak beranak, kawan setia lebih dari hubungan cinta. Lepas tengok, scene yang berbekas di minda saya bukan yang romantik2 Songkrod dgn bini dia. Tapi yang scene setia kawan dan ank beranak tu. Terharu sangat. Episod last tu siap nangis2 lagi tengok. Paling suka watak ayah Songkrod, nampak mcm wise man sangat. Memang wise lah dalam cerita ni. huhu. Btw, scene cinta2 dlm ni xde scene curi kiss atau slapkiss. Lain dari kebanyakan lakorn.
Itu saje,. Kalau cerita lagi banyak pula spoiler bg kang. Lepas ni nak tengok Krating pulak.