click here :)

Memaparkan catatan dengan label Trippi trips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trippi trips. Papar semua catatan

Isnin, 7 Disember 2015

Note #87 : Hostel/Hotel di Jepun

Dengan nama Allah Ar-Rahman, Ar-Rahiim


Kyoto (Kyoto Hostel Ryokan):
Kyoto Hostel Ryokan on Google map - klik utk jarak dan lokasi

Nama je ada ryokan, tp bukan ryokan sangat pon. Guesthouse ni di kawasan perumahan, ada 3 tingkat (termasuk ground floor), kalau dapat floor paling atas, renyah sikit la nak angkut backpack. Kami sewa bilik untuk 2 orang, ada bunkbed, dalam bilik ada pintu keluar ke beranda, kecik. Selesa biliknya sebab ada ruang yang cukup untuk letak beg dan solat, nak lepak makan-makan pon boleh. Bilik air share. Ada satu tandas kat tingkat 3, tapi bilik mandi di tingkat 2 sahaja. Tingkat 2 tu, ade sinki nak cuci muka, mesin basuh dan pengering pakaian, pengering rambut, tandas, dan bilik2 mandi. tanda dan bilik mandi diorang ni kecik2 je. Tapi selesa insyaAllah. Tandas la ada kureng sikit, kadang2 bebau.  nasib la kalo terkena kan. Of course share je laki ke perempuan ke, sebab dalam setiap bilik mandi ada ruang yang kering untuk salin pakaian.

Lokasi: stesen paling dekat ialah stesen Jujo, subway Karasuma. 2 stesen sahaja dari Kyoto Station. Jujo ni subway ye, kena jelas di situ. Dari Jujo ni ada banyak pintu keluar. Guna lif keluar kat lain, guna tangga tempat lain. Tapi area situ2 juga la. Kami panjat tangga mula2 tu, terus keluar kat simpang 4, ada circle K (convenient store) betul2 seberang jalan. Dari situ, terus je, dalam lebih kurang 300-400 meter ada lorong masuk ke kiri, kena pergi dalam sikit, blok ke 2 atau ke 3, belah kanan. Area situ lah guesthouse ni. Malam2 susah sikit cari. Kami silap masuk lorong, jumpa pintu belakang dulu. Nasib baik ada note kat situ mengatakan yang itulah guesthouse nye.

Tuan guesthouse ni Korean, namanya Paris (kelas kau pah). Orangnya mesra, tanya lah apa2 kat dia, dia sedia jawab. Masa hari last kat situ, aku mintak pakai telefon untuk call hotel di Nagoya, dia bagi guna henfon dia. Best lah borak2 dengan Paris dan mak dia. Masa hari last siap belajar sepatah dua bahasa melayu,pastu upload kat fb.

Free breakfast! Ada nasi, miso soup, roti, kopi, n boleh je mintak air kosong diorang kalo nak minum. Miso soup xtau halal ke x, aku tak makan khuatir tak halal. So makanlah nasi dengan kurma ayam adabi! hehe.

Harga: ~ RM440 untuk  2 malam, 2 orang,1 bilik

Nagoya (Eco-Hotel)
Eco Hotel on Google map - klik utk jarak dan lokasi

Yang ni pula, nama je hotel, tapi sebenarnya hostel je, Bilik air share. Hotel ni ada 5-6 tingkat la, setiap tingkat ada 2 tandas. Shower semua kat basement. Ada banyak shower kat basement, tapi xda bilik air setau aku. mesin basuh dan mesin kering pon ada, 200 yen basuh, 100 yen kering. Pengering rambut pun ada kat situ, lepas mandi boleh lepak2 kat meja luar tu keringkan rambut. Tapi muslimah xde lah nak buat gitu kan. Xda microwave, ada air panas je, kena masak sendiri pakai water heater. Kat setiap floor ada sinki, nak cuci muka, gosok gigi situ je. 

Eco hotel ni kaunter dia kat level 2, level ground tu xda apa2, lif pon x boleh guna dari situ. Lif tu khas untuk eco hotel je, so siapa2 nak guna memang kena lalu depan kaunter hotel, dia pergi semua floor termasuk basement, kecuali tingkat ground tu. Ade faham? Maaf lah kurang bagus explanation. Bilik kecik, muat2 je nak solat. Ada bunk bed juga untuk bilik 2 orang, Bilik kami tu, tangga katil nye goyang2, takut juga nak panjat. Tv pon ada. Overall rating ok je, sebab kita guna untuk tido malam je kan.

 Yang bestnya, kami sampai awal tau, sebelum masa check in, tapi sebab dah masuk waktu zohor, mintak dengan tuan hotel tu tempat solat, dia tanya besar mana, aku gitau la agak2 muat duduk jela kan, terus dia bagi kitorang masuk awal. Tapi kena rela jela bilik bau rokok, sebab diorang xsempat kemas betul2, xpe. Maksudnya orang tu berusaha nak bagi customer selesa dan penuhi permintaan customer. hari last sebelum kitorang keluar pon dia gelak2 bila kitorang bagi natto. Dia dah tau taste xsama.

Stesen terdekat ialah Nagoya Station, JR. Aonami line pon situ juga. Sangat senang sebab walking distance. Nak ke mana2 pon senang. Tepi hotel ada 7E, depan ada farmasi besar. Sebaris dengan hotel tu ada juga Bic Camera, kedai macam suermarket lah. Cuma dia dipisahkan oleh jalan, sebaris dengan hotel, api bangunan lain, Tsutaya pon sebaris gak.  Nak cari hotel ni senang, keluar ikut pintu yang ada Gin Tokei atau Jam Perak, cari 7e, tempat masuk hotel area situ. Kalau nak tau tempat gin tokei ni, tanya je sesiapa, mesti diorang tau sebab katanya gin tokei ni meeting point yg famous kat Nagoya Station tu. Gin tokei ni sebuah jam yang berdiri dalam stesen tu lah, tinggi sikit je dari orang2 yang tinggi. Hah, banyak landmark tu, harap membantu.

Harga: ~RM230 untuk 2 malam, 2 orang, 1 bilik.


Kawaguchiko (Koe House)
Koe's House on Google map - klik utk jarak dan lokasi

Lokasi sangat dekat dengan stesen Kawaguchiko. Boleh nampak dari stesen, kena masuk lorong sikit je. LAWSON pun dekat untuk beli makanan. Tempat tidurnya best juga, ada futon, boleh la rasa macam mana nobita tidur. Bilik besar. Ada microwave. Shower kat bawah, kena turun tangga. ada satu sinki x jauh dari tandas. Tapi xtau ada air panas atau x sebab kami menggigil guna air sejuk berus gigi. Kat sini memang sejuk, bangun pagi suhu 7 darjah celcius, menggigil nak mandi. T_T. Tandas bau, dan tradisional, tandas cangkung, satu perempuan, satu lelaki. Tapi yg lelaki ade extra tempat buang air kecik. Hati-hati lalu situ, jangan pandang kiri kanan, open sangat weh, cuma ada langsir yang xmembantu.

Harga : ~RM 460 untuk 2 malam, 2 orang, 1 bilik

Sebenarnya bilik kami sewa tu muat untuk 3 orang. Tapi sebab pergi berdua, share 2 jelah sewa nya.



Tokyo (Flexstay Inn Higashi-Jujo)
Flexstay Inn on Google map - klik utk jarak dan lokasi

Sini lah kami merasa dok hotel kat jepun. Kecik je biliknya, tapi selesa. Bilik lengkap dengan bilik air, dapur kecik, tv, bath robe,meja kecik dan ruang2 untuk letak barang, almari. Bilik air siap dengan bath tub. Boleh la berendam air panas juga. Selesa, dan murah.

Stesen yang paling dekat, JR Higashi jujo. Sebelah je dengan hotel. Yang jauh sikit, tapi dalam walking distance, stesen Jujo, JR juga. Dua stesen ni ada beza, beza laluan tren. Contohnya, Higashi Jujo, tren hiijau x lalu, tapi kat Jujo dia lalu. Jadi kena pandai2 cek laluan tren lah untuk memudahkan kerja. Kalau naik mana2 pon boleh, cuma ada yang kena tukar tren banyak kali la. Higashi Jujo x termasuk dalam JR Central tau. Kiranya kalau kita nak guna day pass JR Central, dia x cover sampai Higashi Jujo. Jadi kena bayar sendiri dari stesen last yang pass tu cover hingga ke stesen Higashi Jujo. Paham dak? Kalau x paham sila komen kat bawah akak jawab insyaAllah. Satu lagi, kami haritu tersilap exit, terpaksa jalan jauh untuk sampai hotel. Exit yang paling dekat ialah exit yang dekat dengan jambatan, tengok lah sendiri nanti.

Harga: ~ RM 290 untuk 2 malam, 1 bilik, 2 orang.


Itulah dia sedikit perkongsian pasal hotel. Bagi aku dan partner, kami selesa je dengan tempat2 yang kami stay ni. Kalau korang buat kajian yang lebih rinci, ada peluang untuk dapat yang lebih menjimatkan wang dan masa? Jadi bolehlah jadikan info ni sbg rujukan perbandingan ok. Tapi nak suggest juga korang try capsule hotel. Kawan yang aku jumpa kat sana tu bagi komen positif, katanya best sangat. Try 1 malam ke. Kata kawan aku tu, di kapsul hotel mereka, bilik lelaki dan perempuan diasingkan ikut aras. Maksudnya satu floor tu perempuan je, satu floor lain lelaki je. Bilik air best, kapsul selesa, besar katanya sb mungkin dia buat untuk saiz mat saleh, so dengan kita saiz asia ni dah selesa dah. Siap ada tv dalam tu. Aaah~ rugila aku x try. Takpe, len kali insyaAllah. Semoga bermafaat! :)



PS3: Do me a favor boleh? Follow instagram account saya pls,  search : poketto.clothing, atau klik sini  poketto.clothing dan sini Poketto Clothing on FB Thank you~

-kuroneko

Jumaat, 29 Mei 2015

Note #80 : Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-9 (Tokyo: Odaiba, Tokyo Tower, Ginza)

Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-9 
(Tokyo: Odaiba, Tokyo Tower, Ginza)
9 Mei 2015

Bismillah..

Bangun pagi macam ayam, awal tapi blur. Adeke gitu? Aku dan Yuri dah cadang nak check out dekat2 pukul 10. Sebab nak tunggu kaunter depan buka dan tanya mana nak beli jinbei. Taichi cakap boleh beli kat Aeon. Jadi aku nak cari Aeon kat mana. Itu misi penting aku harini. Sementara awal lagi ni, aku kemas2 barang, masak megi, dah siapkan apa yang patut. Sat gi kena pikul 2 beg besar ni, terus nak kena ready untuk airport sekali. Aku masak megi tomyam. Walaupun selera xpulih sepenuhnya, tapi aku kena makan, sebab badan xda tenaga dari semalam yang masuk coklat n Pocari Sweat je, tu pon keluar balik. Aku usahakan makan. Buat julung2 kalinya aku x habis makan. T_T
Aku cek map cuba tengok route yang sesuai untuk kami. Mana kami nak letak beg, mana nak tuju. Plan hari ni, Tokyo Tower, Odaiba untuk tengok GUNDAM, Ginza, nak shopping dekat Uniqlo besar. Semua tu bakal diterjah menggunakan khidmat subway. Aku agak x sempat kalau nak pergi banyak tempat, kira 3 ni je la, selain tu yang paling penting ialah cari Aeon untuk beli jinbei Amina. Ikut plan, aku nak bertolak ke airport pukul 5 petang, flight pukul 1145 malam. Aku belek2 map, dah nampak mana nak tuju. Cuma masalah sekarang, kalau Aeon ni melencong ke tempat lain cemana? Dah dah, tanya orang kaunter dulu. Kami turun, masa pulangkan cardkey, aku tanya la, mana ‘Eon’ terdekat? Dia dah pelik, eon? Eon? Dia dok ulang2. Aku iyakan la, siap eja lagi, pastu dia ah, “ION?” lahh, beza sikit je kot sebutan tu, macam tu sekali x kenal, huish. Dia cakap kat Itabashi. Aku dah resah sebab kami bawa semua beg, kalau dari stesen Itabashi tu jauh, susahlah. Aku pun ada juga usha, xdapat lokasi tepat pun. Pastu dia tanya, aku nak beli apa kat sana. Aku cakap jinbei. Dia godek2 desktop, cakap, boleh je beli kat airport, ada kedai souviner situ. Aku pon ok kan je, sebab dah malas nak fikir, lagi bagus kat airport, cepat sikit urusan nak berjalan harini.


Kami gerak dari stesen Higashi-jujo (Hj) ke Hamamatsucho, direct je guna Keihin-Tohoku line. Kenapa pilih sini? Sebab stesen ni ada monorel ke Haneda airport, dan dekat dengan Tokyo Tower. Sampai je kat Hamamatsucho ni, aku nampak lockersss.. Nak letak, mula konfius boleh ke letak dalam? Kang amek cemana? Kena keluar dulu ke? Aku nak gi dapatkan maklumat dari pegawai JR. Pastu, tertunjuk tiket dari Mitaka semalam.Terus dia kira tambang dari Mitaka ke Hamamatsucho.  Aku pelik, Mitaka? Mitaka? Pastu muncul lah kes hilang tiket. Berpeluh cari tiket yang beli dekat Hj tadi, x juga jumpa! Last2 givap, kene la bayar 220 yen. Seri satu sama dengan Yuri, hilang tiket T___T.  Masa tu lupa langsung dah kes locker tadi, kami putuskan untuk keluar je dari situ, dan simpan dekat locker luar gate. 500 yen untuk locker besar kat sini. Muat la untuk beg aku dan Yuri. Locker ni canggih sikit dari tempat lain, letak beg, tutup, masuk duit, pastu dia akan bagi resit dengan PIN untuk buka locker tu. So xperlu risau tercicir kunci. Untuk keselamatan maksima, si Yuri siap2 ambil gambar PIN kami.


Tadi tanya orang tu nak gi subway cane, dia kata stesen subway terdekat ialah Daimon, kena keluar dari stesen Hamamatsucho dan jalan sikit. Masalah gak nak keluar dari sini, sebab macam berbelit2 tempatnya. Kami redah je akhirnya dapat keluar. Keluar dari stesen, jalan sikit, dah boleh nampak Tokyo Tower dari jauh. Excited weh. Jalan2 lagi mencari subway. Akhirnya jumpa. Jauh tu kena turun, ade kot level B3-4. Fuh, dalam betul dia gali nak letak subway. Sampai subway, menggagau nak beli pass. Mujur ade attendant sorang ni memang sedia membantu sesiapa yang nak tanya. Dia cakap inggeris la. Dia tunjukkan kami pilihan subway yang ada. Subway di Tokyo ada 2 line, satu operate by Tokyo Metro, satu lagi Toei Subway. Boleh pilih, samada nak pass yang cover Toei Subway + Tokyo Metro, atau Toei Subway sahaja. Aku mula2 dok aim yang 800 yen tu. Tapi lain pula, kat situ xda yang 800 yen, 700 ada, tapi aku lupa untuk yang mana2. Aku pilih Toei Subway sahaja. Harga lagi murah, 500 yen je. Aku pilih tu lepas timbang2 mana kami nak pergi, boleh je guna Toei. Kalau ke Ginza tu, ada satu stesen dekat dengan kedai2 tumpuan, stesen tu yang Tokyo Metro, stesen Ginza. Kata attendant tu, kalau guna Toei, boleh stop kat Higashi-ginza, dan jalan je. Tempat2 lain pun xperlukan Tokyo Metro. Jadi kami beli je yang Toei. Dari Daimon, kami naik subway ke stesen Shimbashi. Dari Shimbashi jalan ke Tokyo Tower. Keluar je dari stesen nampak dah tower nya. Lagi dekat, lagi excited. Kami pun menuju ke situ. Dekat nak sampai ambil gambar lagi. Pastu masuk dalam, ada banyak kedai2 kat situ, restoran, cafe semua ada. Aku mencari jalan ke kaunter tiket. Rupanya kena turun, pastu keluar. Kami naik tu dari level 2 dah. Bila turun bawah, benda pertama greet kami ialah, Mugiwara Store! Kedai jual merchandise One Piece, peminat OP mesti suka masuk sini. Simpan dulu, sebab nak naik tower dulu. Aku cek dekat website katanya 700 yen, bila sampai jadi 900 yen lah pulak. Itu pun untuk observation deck yang pertama. Untuk naik atas lagi, kena tambah lagi. Aku lupa berapa. Tapi aku takat yang 1st tu je la. Naik atas, pusing2 tengok bangunan keliling Tokyo Tower je. Ada nampak shrine/temple, sekolah, budak2 besbol tengah lari. Bagi aku, perasaan dia lebih kurang tengok KL dari Sky-Bridge twin tower kita. Tapi yang ini versi rendah sikit. Dah buat satu pusingan, aku masuk kedai tengok fridge magnet ke ape yang sesuai dibeli. Aku Cuma keluar dengan satu fridge magnet berharga 480 yen, dan satu couple keyholder berharga 550 yen. Mahal barang sini.  Dah puas kat situ, kami nak turun. Rupanya ada look down window kat level bawah. Turun guna tangga je sini. Boleh la bergambar ‘kaki di atas Tokyo Tower’ kat situ. Haha.

Keluar je dari lif Tokyo Tower nampak ni


Kami naik lif turun bawah, masuk Mugiwara shop. Syok kedai ni, even aku selaku light fan OP, aku suka gila kedai ni. Lama juga aku dok membelek barang2. T-shirt ada, plushie ada, payung berhulukan hulu pedang Roronoa Zoro ada (cool gila!). Aku teringin nak beli totebag, tapi harga dia 1500. Sayang la pulak duit. Aku pun mencari2 apa yang sesuai dibeli. Nampak pen ni, besi, ada charm chopper, pastu gambar kat pen tu Luffy. Aku cuba cari harga dia, adoi, tulis jepung, susahlah. Aku pergi cari staff tanya harga. Dia cakap 150 yen, or at least, tu yang aku dengar lah. Aku pun tulis atas tangan guna jari, nak konfem, dia cakap betul. Murahhh, dekat Ghibli semalam pun satu pen harga 800+, aku xbeli. So apalagi, aku ambil la 5 batang, aku pusing2 lagi kot ada barang best lagi. Dah xde apa, jadi aku beratur untuk bayar. Masa tu aku mula musykil. Pen2 yang aku jumpa takat ni mahal2 harganya, kenapa yang ni 150 je, macam harga nasi kat 7e. Jadi aku mengambil keputusan untuk cek balik. Jenuh laa aku membaca tulisan katakana dan yang kanji pulak aku compare satu2 antara yang di pen dan di tag yang dia lekat di rak. Akhirnya aku mendapati bahawa bukan 150 satu, tapi 550 yen. Samada aku silap dengar harga, atau budak tu main taram jawab. Aku syak yang pertama tu. Disebabkan harga diluar kemampuan, aku hanya keluar dari kedai membawa 2 buah notebook.

Boleh juga naik OP Tower. Harga lain, mahal juga xsilap 2000+

Gomu-gomu no~

Baka-Marimo!

Brooke the skeletong!

Fran-ky!

Usopp!

Yey Luffy! Chopper! EH?! KURO!

Dalam Mugiwara Store


Aku tuju ke information counter. Kali ni nak cop poskad. Katanya dekat kaunter tu ada. Aku pergi situ, tengok xda, so aku tanya, rupanya kat belakang. Sudah cop, aku tanya lagi, ada post office ke kat area sini? Dia cakap ada, kat tingkat 2. Aku terkejut, eh ada post office dalam bangunan ni ke? Aku tanya lagi, Post office? Kot la dia silap paham. Dia iyakan. So aku dengan Yuri naik lah, try tengok map, nampak tanda pos iaitu macam huruf (T), tapi atas kepala T tu ada satu lagi garis selari sama panjang. Aku pergi ke situ, pastu keluar pintu, jalan sikit, jumpa lah Peti Pos. Apa der, aku siap ulang post office tadi, dia pergi tunjuk peti pos.. Aku masuk balik tanya orang dekat info desk tepi pintu soalan yang sama, ada post office x kat sini? Kata dia ada, kena keluar, belok kanan, jalan sikit. Aku keluar. Bila dah jalan baru teringat, harini hari sabtu, buka ke pejabat pos? Terlupa tanya. Gigih aku dengan Yuri menapak, kami jumpa, tapi tutup! Haihh. So cemana la. Yuri nak ke tandas, kami masuk balik, kali ni kami masuk ikut pintu yang lain, terus sampai level bawah balik. Masa cop surat, ternampak iklan suruh hantar poskad dari Tokyo Tower, so aku try tanya info kaunter, kat mana boleh beli setem? Dia pun tunjukkan ada service counter kat belakang tu, situ ada jual. Aku terus masuk dan beli setem untuk poskad. 70 yen satu, ni airmail ni. Dekat belakang info counter tadi ada disediakan meja, pen untuk menulis dan gam untuk tampal setem, aku uruskan hal2 menampal setem di situ sementara tunggu Yuri datang. Poskad aku tu tuju ke buddy aku fan Ghibli juga, Nikkusan kat Kuantan, Mira, KL, Sky di Vietnam, Ika di Indonesia, Fahmeeda Afrika Selatan, Chira di Perth. Ada juga tuju kat rumah sendiri. Seronok pula rasanya hantar poskad kat kawan2. Kat meja tu juga ada peti pos mini, tapi aku rasa baik pergi kat luar yang ada peti pos betul2 tu, alang2 dah nak keluar ikut sana pun. Selesai di Tokyo Tower, kami balik semula ke stesen Shimbashi. Nak ke Odaiba pulak!! Tengok GUNDAM! RAINBOW BRIDGE, dan MINI STATUE OF LIBERTY!!


Nak ke Odaiba kena naik subway ke Shiodome. Kami ambil subway ke Shiodome. Waktu ni dah masuk Zohor, kami sampai tu mula2 mencari2 jalan nak ke monorel. Tapi bila naik tu nampak port yang sesuai dijadikan tempat solat. Kawasan bawah bangunan office, haritu orang x keja, jadi xramai la orang lalu lalang. Tapi xda tempat tersorok. Aku dan Yuri decide untuk solat kat situ. Kami ke tandas dulu untuk wudhuk. Naik balik dan solat. Waktu solat ni, kebetulan ada orang nak cuci lantai. Cuak juga sebab dia lalu tepi masa tengah solat. Tapi xda apa2 pun, dah siap tu, terus kami naik cari monorel Yurikamome untuk ke Odaiba. Yurikamome ni nama line monorel untuk ke Odaiba. Kat situ cam x dapat klu nak ambil monorel ke stesen mana. Jadi aku tanya encik officer monorel tu. Dia x cakap bi, tapi bila aku cakap nak gi Odaiba, dia kata, “Daiba”, stesen Daiba. Kami pun beli tiket. Ada 2 stesen yang menimbulkan kemusyilkan dalam benak aku. Aku tengok ada Daiba, sebelumnya, Odaiba-kaihinkoen. Harga tiket sama. Dah tu cemana ni Yuri? Kita nak gi mana? Sebab ragu2, kami buat keputusan nak turun kat Odaiba-kaihinkoen. Kat bawah tadi lengang je, bila masuk monorel, ramai jugak orang rupanya. Ada budak2 muda bawa minuman2 macam nak pergi hangout mana2. Aku dengan Yuri sibuk menjakun2 tengok luar. Sebenarnya pemandangan sini cuma kelabu, banyak bangunan je. Bila sampai Rainbow Bridge pun masih kelabu(sebab rainbow dia waktu malam je). Aku bajet kita kena jalan dari stesen untuk nampak bridge ni, tapi yang x boleh blah nya, monorel ni siap seberang jambatan ni kot. Nak best lagi, monorel ni buat lap 360 degree sebelum menyeberangi Rainbow Bridge. WAHHH x abes la excited aku masa tu, ‘ the gaijin is jakun’ing at her best..’ Terhibur hati aku walaupun kaki sakit bila naik bridge ni, tah kenapa ohsem lain macam. Mula la nak banding2 dengan monorel RAPID yang ‘Imbi, Imbi..” hahaha. Ok2 cukup. Bila sampai stesen Odaiba-kaihinkoen tu, aku dan Yuri turun. Kat sini x nampak jalan, mana nak terjah, lagi sekali soalan wajib bagi orang yang xprepare itenerary menjengah. Aku pun meringankan mulut bertanya, kali ni kita kasi spesifik sikit. GUNDAM terus aku sebut, nak buat ayat akak x reti dah, kepala dah jem(alasan je). Pakcik tu sangatlah memahami, dia speaking sikit2, kata dia stesen paling dekat Daiba. Kalau dari sini, boleh jalan ke? Aku tanya. Kata dia boleh, dia tunjuk map, pastu tunjuk lagi jalan kat bawah tu arah mana nak pergi. Aku angguk2 menandakan paham. Kenapa la kami ragu2 x bertempat tadi. Adoi!


Turun dari stesen tu, kami gerak laju2. Jauh juga, tapi sambil2 tu pujuk la diri, “xpe Kuro, demi GUNDAM Kuro, bila lagi nak tengok, anggaplah ni once in a lifetime opportunity.” Akhirnya kami sampai la dekat depan bangunan Fuji TV. Katanya boleh je nak masuk dalam tu, untung2 ade la retis buat rakaman apa2 kita buleh tengok. Berbayar la. Plan asal sebelum cecah kaki di tanah Jepun, nak juga ke situ. Tapi bila dah beribu langkah pijak tanah Jepun, kaki aku cakap, “xsoh la boh, ambo sakit doh ni, kalu tebing jugok ambo xse jale keh..” Gerun dengan amaran dari kaki sendiri. Aku pun xutarakan isu tu pada Yuri, dia pun senyap ja. Fuuhh. Kebetulan masa tu ada show ka pentas luar, entah event apa aku x dapat korek. Ramai le orangnya.  Nak cari GUNDAM nih, kena tuju tu cepat2. Tapi dah sampai dekat tempat pakcik cakap, exact location pula x tau. Laahh. Akhirnya kami naik ke bahagian atas, macam ada laluan atas yang besar, tangga pun besar. Ramai orang kat situ. Keje kami masa ni, nak naik ke turun ke semua cari lif je. Xde dah nak menapak naik tangga. Sampai atas lagi sekali mencari, kami try nasib gerak ke bahagian belakang Fuji tv tadi, jalan punya jalan, xde pun kelibat Freedon/Strike yang didamba. Bila usha map pon xda tunjuk. Pastu Yuri bagi cadangan, kita tengok depan sikit, ada ramai orang situ. Dia pergi dulu, dannn, nasib sudah baik, nampak lah GUNDAM tersergam indah. Lokasi dia, belakang Fuji TV ada Diver City, Belakang Diver City tu la GUNDAM nya. Aku x pasti ni Gundam yang mana satu, Strike ke Freedom ke, sebab bagi aku nampak sama je. Yang aku kenal betul cuma Zaku, opcos la xda Zaku kat situ. Bila sampai depan GUNDAM yang tersergam gagah tu, hati aku cair der. Kakkoi gila, cool gila weh. Allah je tau perasaan berdiri depan GUNDAM. HEY! Tu baru ciptaan manusia, gitu sekali aku punya emosi. Kahkah. Amek gambar, masa ni macam x ramai yang amek gambar. Bila aku tengok bahagian bawah GUNDAM tu xdibuka, tiba2 mataa dia nyala! Aku excited! Show dia dah nak start! Kepala dia geleng kiri kanan, pastu keluar suara Amuro, dan Kira Yamato announce diorang nak terbang. Kata Yuri nanti keluar asap kot, sebab dia penah tengok kat Youtube. Aku masa tu xabis2 cakap sugoi2. Kami rakam la gerak-geri dia tu, tapi aku givap cepat, lenguh tangan. Last2 gitu je lah 5 minit, GUNDAM cuma buat stretching je, xde asap pun. Kami keciwa sikit, sikit je tau. Lepas show pendek tu staf buka laluan bawah gundam. Boleh tengok dari dekat. Besar weyy. Kalau benda ni betul2 ada, mau negara kecik macam kita hancur kene serang. Aku nampak GUNDAM Cafe yang berdekatan, ajak Yuri masuk. Kat sini aku berjaya beli pen yang paling murah! 380yen sahaja~  Disebabkan tempat ni namanya pun cafe, ada la jual snack dan minuman. Aku ternampak waffle, aku tanya tu apa, kata dia pancake. So aku beli lah 2 untuk aku dan Yuri, masa ni dah lapar sangat, baik juga kalau kami isi perut. Yuri punya choco banana, aku punya custard cream. Sedap! Harga aku punya 190 yen, Yuri, 220, tu belum masuk GST 8% lagi. Kami makan kat tepi2 situ je.

Fuji Terebi!

Belakang bangunan Fuji TV

Aku xreti buat gaya lain dah

Buku lali dia!




Siap makan, misi mencari Statue of Liberty mini! Ni pun satu hal, kami melangkah secara random ke arah tadi. Jalan je ke depan, xlama lepas tu nampak lah yang dicari. Aku cukup sekadar nampak dari jauh, awal2 dah surrender xmau jalan rapat ke patung tu. Dok la situ rehat2. Yuri pergi sorang. Masa ni dah pukul 5. Entah bila nak pergi epot xtahu, Ginza x pergi lagi ni. Tempat tu dah x jauh dari stesen Daiba. Xsilap aku ada Nikko Hotel kat situ. Tempat ni best la untuk lepak, dah la time tu cuaca sejuk, dah petang ni, sejuk dia tahap gaijin khatulistiwa tangan dalam poket lah. Kalau ada baju selapis lagi mesti ok.  Bila Yuri siap bergambar dengan Statue of Liberty, kami pun naik monorel balik ke Shiodome tadi. Dalam monorel, ada satu couple ni dengan anak dia dok sebelah. Diorang mesra sangat. Anak sorang je. Aku perasan satu hal, kanak2 kat Jepun ni mana layan smart phone. Paling2 pun, budak kat sebelah ni, masa ayah dia buka fon, dia cuit2 sikit. Tu pon kejap je, pastu sambung borak2. Ada beberapa orang yang jumpa sebelum ni, Cuma guna hengpong gantung kat leher in case terlepas dari perhatian, boleh mak bapak call cari. Memang xda yang hadap smart phone. Kalau high school atau junior high student tu ada la. Itu pon kebanyakannya sambil borak dengan kawan2.


Mini SOL
Nak jugak..







Kami sampai di Shiodome, ambil subway ke Higashi-ginza. Subway Toei Cuma ke Higashi Ginza. Bila sampai, kami naik atas, memang xtau arah mana nak tuju. Tujuan aku cuma UNIQLO besar. Kami jalan berpandukan map Yuri, tu pon suka2 kaki juga sebab last2 kami lost. Aku nampak LAWSON, haruslah bertanya di situ. Kat sini keluar pula nihongo aku, dan mudah pula aku paham nihongo dia. Direction pun senang, kata dia, “lorong belakang LAWSON ni, korang jalan je terus, sampai jalan besar, belah kanan tu terus nampak uniqlo tu.” Ayat yang aku masih ingat ialah, ‘sugu mimasu’. Kami menapak lah ke situ, dekat lorong ni, belah kanan tu ada restoran masakan melayu, satu lagi restoran masakan pakistan halal. Siapa yang rasa nak makan nasi goreng sebelum balik Malaysia, boleh lah ke situ. Aku x le. Memang senang ikut direction tadi, terus nampak uniqlo dekat main road. Yang bestnya, main road ni ditutup untuk kenderaan. Aku xsure ditutup sentiasa atau malam2 je. Tah lah.

Sampai depan uniqlo dah nampak bling2, masuk dalam berpinar mata. Kami naik satu tingkat ke satu tingkat. Aku nak cari long shirt cotton kotak2 atau long shirt jeans. Tapi yang aku nampak agak mahal, 3000 lebih. Pattern yang ada kat Malaysia sekarang tu yang aku nak, kat Malaysia dah RM129, kalau kat sini aku bajet murah. Tapi masalah dia, pattern tu dah outdated kot, sebab aku tengok kat website uniqlo jepun, tahun lepas lagi dah dijual pattern tu. Kat Malaysia baru akhir tahun lepas ada. Xda rezeki aku nak beli lah. Aku try gak tengok yang lain kalau sesuai. Malangnya xda. 12 tingkat nak jelajah satu2 memang renyah, aku naik sampai level 7 ke 8, ambil satu baju untuk Adam, turun ambil seluar tidur untuk aku, satu long shirt, n masuk fitting. Sekali aku x berkenan sebab ada getah dekat pinggang. Jadi aku cuma beli baju Adam dan seluar. Turun bawah sekali cari Yuri, dah cuak x nampak batang hidung. Aku pun naik balik cari2 x jumpa juga. Turun je lah kat bawah tu, ape2 pon mesti dia lalu. Nasib baik la dia turun x lama lepas tu. Kami keluar, aku berharap nak beli cd masa ni. Satu lagi x cukup. Tinjau2 xnampak kedai cd. Givap, nak balik ke stesen tadi. Tengah jalan tu, Yuri nampak satu kedai, dia tunjuk, tanya tu kedai apa eh? Aku tengok, eh laa, macam kedai jual kimono. Terus masuk situ tanya jinbei untuk Amina. Duit aku dah bajet, asal 5000 ke bawah ok la. Sebab xbanyak pilihan dah, xde dah kedai lain. Mujurlah dapat satu, harga 4200 xsilap aku. Memang harga dia range tu pun jinbei ni. Tengah pilih tadi, ada sorang pakcik jepung tiba2 cakap melayu/indonesia, “Kamu dari mana?”, Aku cakap Malaysia, dia pun angguk2 dengan isteri dia, x sempat nak berbalas bicara,sebab tengah rushing, pukul 6 lebih dah, nak gi airport pulak nih. Aku pilih cepat, dan bayar. Masa bayar, aku tanya orang kedai, ada x kedai cd dekat2 sini? Dia dok fikir, pastu macam nak kata xda dah, tiba2 ada sorang pelanggan orang jepun jugak ni, dia cakap, “kedai cd? Ada kan dekat sini sini..” aku dah x tangkap lokasi tu. Pastu orang tadi pun teringat lah betul ada kedai tu. Dia pun capai map, tunjuk tempat tu. Aku pun ucap terima kasih, keluar dah. Yuri pula tengah belek2 beg dekat luar. Aku berminat juga, beg dari kain kimono. Kedai ni kecik je, tapi jual barang2 kimono lah. Best, aku dan Yuri beli beg satu sorang untuk mak masing2. Lawa juga fabric beg ni. Gembira sebab dapat juga belikan sesuatu untuk mak. Kami masuk balik bayar, aku mintak nak ambil gambar map tadi. Dia bagi, siap point guna sticker lagi. 

Siap kat situ, ucap arigato, kami pun keluar cari kedai cd Yama no Gakki. Aku xreti baca kanji kecuali beberapa karakter je,  bila kami dah berada di jalan yang betul dan mendekati tempat tu, aku nampak satu board dengan kanji å±±(YAMA), aku syak itulah, betul sangkaan aku, kedai tu dekat je dengan tangga turun ke Subway Tokyo Metro stesen Ginza. Yuri kata, ada duit lebih kan, pasni kita naiik ni je lah. Aku setuju! Masuk kedai, cuba cari sendiri, x berjaya, aku terus tanya, dia tunjukkan, dan aku tanya juga mana section cd kanak2? Dia cakap kat level bawah. Aku pergi bawah, xsempat nak dengar banyak lagu, aku pilih yang cover comel dan yang lagunya macam comel2, terus beli. Padahal senang je nak dengar, scan kod bar je, tapi rushing punya pasal x dapat nak buat. Nasib baik ok. Harga cd kanak2 je dah 1800 yen. Lagi murah cd+dvd JUMP. Xsampai 1500 pun satu.


Kaluar dari kedai cd, kami dash ke stesen Ginza, beli tiket ke Shimbashi, satu stesen je, 170 yen harganya. Dari Shimbashi kami cari Toei Metro untuk ke Daimon, boleh guna day pass balik. Masa ni ramai juga orang. Bila sampai Daimon, aku nampak ditulis Subway ke Haneda, aku tanya la orang kaunter, dari sini ke Haneda boleh ke guna pass? Dia kata x boleh, kena tambah duit kalau nak ke sana. Aku fikir xperlulah, kami keluar terus ke JR Hamatsucho. Jalan kat luar tu, boleh nampak Tokyo Tower  dari jauh berlampu. Lawa. Tapi dalam gambar kureng ah. Ambik gambar simpan dalam hati. Jalan sampai ke stesen Hamamatsucho, kami jumpa entrance ni, bila masuk jadi konfius, mana tempat kita keluar tadi, bukan sini ni. Rupanya memang ada tempat masuk lain, kami cari balik, pastu jumpalah. Naik ambil beg, cari Monorel pun satu keje juga, kena turun tangga, naik tangga. Fuhh. Dalam lif nak ke atas, jumpa satu keluarga orang Malaysia. Bertegur sapa sekejap. Lepas tu kami cecepat ke mesin tiket beli tiket ke Haneda, harga 490 yen. Masa nak ke platform, terjumpa pakcik2 Arashi kat iklan. Hahaha. Kami naik tren dalam pukul 7 lebih, yang ekpres. Destinasi cuma 3 terminal airport Haneda. Dari Hamamatsucho, terminal international ialah stesen pertama bagi tren ekspres ni. Ready lah bila dia announce nak sampai destinasi pertama tu. Aku sampai terus masuk terminal. Cari kaunter untuk drop bag. Tengok2 xbuka lagi, ade la dalam sejam lagi baru buka. Kami nak solat dulu, kat tepi tu ada prayer room. Aku pergi kat area tempat duduk, ternampak Cik Nab n Zaidah yang kami jumpa di Kawaguchiko haritu. Memang dah tau diorang ni sama flight dengan kami. Dia tolong tengokkan barang sementara kami solat. Surau tu x macam biasa, nak masuk kene tekan dan cakap dengan operator, bagitau nak solat. Pintunya kaca, dari luar terang2 boleh nampak orang kat dalam. Ada 2 surau sebelah menyebelah. Tapi x specify yang mana untuk lelaki mana perempuan. Kami masuk je kebetulan dengan 2 orang lagi Malaysian. Walaupun dari luar boleh nampak terus ke dalam, tapi tempat wudhuk ada pintu, boleh tutup. Convinient la, kalau nak buka tudung pun, boleh sorok sikit dekat bucu dalam tu, ada la juga tempat yang terhalang. Aku rasa diorang buat camni sebab xmau orang tido dalam surau. Jadi janganlah tido dalam surau ye, walaupun tempat tu macam sedap je untuk tidur. Kat negara orang ni, kena jaga perangai, hormat kemudahan yang orang sediakan.


Selesai solat, aku keluar dari surau, ternampak la budak laki yang kami jumpa dekat lif di Hamamatsucho tadi, tapi cam x cam je, cuma bagi gesture cam kenal. Aku cari Cik Nab dan Zaidah, kemas beg, tengok apa yang perlu masuk lagi. Apa yang perlu keluarkan. Lagi lebih kurang 30 minit sebelum buka kaunter tu, aku dah siap2 beratur, sebab nak cepat2 letak bag pastu nak shopping. Nampak la staf JAL yang in charge untuk flight AirAsia tengah ready nak buka kaunter. Sibuk diorang kat situ. Beberapa minit sebelum waktu buka, diorang semua berdiri depan kaunter masing2, sampai je waktu buka, semua bagi tunduk hormat dulu, baru usher orang ke kaunter dan uruskan beg2. Lama juga urusan sorang2 tu. Tiba giliran kami, kami tunjuk passport dan bording pass yang dah print siap2 kat KL sebelum bertolak tu. Staf ni reprint border pass kami, nama aku keluar x lengkap, dia tulis pakai tangan untuk lengkapkan sama macam dalam pasport. Yuri punya pula bermasalah, dia tengok nama, dalam pasport eja ‘BINTI’, tapi dalam border pass tulis ‘BT’, so dia tanya la. Yuri cakap itu short. Pastu dia pergi betulkan, lama sikit kat situ. Lepas tu dia siap2 pesan nanti jangan guna short form. Aku aware pasal benda ni, urusan rasmi, terutama melibatkan flight luar negara kena letak nama macam dalam IC atau pasport. Jangan pendekkan atau tambah apa2, kena betul2 sama. Kat KL haritu, dalam border pass aku, nama bapa jadi double, aku dah risau, so aku tanya staff tu, macam mana ni, xpeke? Kata dia xpe, asal ada je, yang xda tu masalah tu. Staf kat sini satu2 cek, dan semua kena betul. Sangat particular


Selesai urusan kaunter, aku dan Yuri cari tempat shopping. Yuri jumpa satu kedai nama Anzu, ada jual souvinir dan makanan halal. Kata level 3, tapi kami x jumpa. Naik level 4 pusing satu floor pun x jumpa. Level 4 ni best, sebab design dia tu design Edo. Tempat tu pun dipanggil Edo. Banyak kedai makan dan souviner sini, tapi xda Anzu. Kami jumpa satu kedai jual senbei (rice cracker) halal, terus aku beli. Tanya orang situ, kat mana Anzu. Mula2 dia xtau, pastu kawan dia yang bagitau kat mana. Rupanya kena keluar ke 7e, jalan kekanan 7e. Malang sungguh kedai tutup dah. Aku borong KitKat 7e je. Banyak flavor, aku amek matcha, sakura, sakura matcha, anko. Beli nasi untuk abang aku, dan dorayaki beberapa bijik. Lepas tu aku try naik ke Edo balik, masa ni dah terpisah dengan Yuri. Aku nak beli lagi, sebab duit banyak lagi. Naik atas xsempat nak beli sebab kedai dah mula nak tutup. Huhu. Jumpa Yuri kat atas, dia sempat borong pen+poskad untuk bagi kat kawan2. Kami turun, masuk ke departure hall. Masa scan barang, aku terlupa nak keluarkan laptop, jadi dia mintak la nak buka beg aku dan scan semula.Tapi cara dia sopan sangat weh, aku kalut jgk masa tu tapi diorang slow2 je cakap dengan aku dan tunggu situ sampai aku habis kemas. Haha

Edo di Terminal Internasional Haneda



Masuk dalam, kene jalan jauh juga nak ke gate kami. Jumpa uniqlo lagi, jumpa Cik Nab lagi!. So kat sini sebenarnya Cik Nab cuba hasut aku beli jaket untuk jogging. Aku x tau nama apa. Harga 2900 duhh. Aku nak juga, tapi bila aku nampak sweater, aku TERbeli yang tu. Murah sikit la. Pastu kami pergi ke gate. Aku sempat beli air kat vending machine buat kali terakhir, aku nak teh susu, tapi tertekan kopi. Kali kedua kejadian camni. Rambang mata, banyak sangat sampai xleh bezakan. Lepas naik flight, aku dengan Yuri dapat seat yg dipisahkan oleh laluan. So senang juga la esok kalau nak Subuh tu. Kami dah decide, nak makan malam ni, xnak tunggu pagi esok. Sebab dah lapar. Tapi lambat dia edarkan makanan. Aku pula nasi lemak lagi, muak pula. Esok tu baru aku habiskan. Citer dia, kami sampai KLIA2 sebelum 630 lagi. Aku dah siap2 solat subuh dalam flight sebab risau keluar nanti tung tang tung tang terlepas pulak karang. Kat tempat beg, jumpa lagi 3 beranak yang jumpa di Hamamatsucho. Masa keluar tadi dah bertegur sapa dengan si anak, aku pandang ibu dan bapa dia, mereka macam dah bosan nk menegur, so lepas2 tu aku dah mengelak dah, buat2 x nampak. Pelik pulak. Dengan Cik Nab n Zaidah pun kami berpisah dekat tempat kutip beg.


Selesai pengembaraan aku di Jepun. Aku gembira sampai balik ke tanah air, dalam masa yang sama, aku rasa sedih juga tinggalkan bumi sakura tu. Aku suka sangat Jepun, opcos tempat tu tidaklah sempurna, tapi banyak sangat perkara2 yang aku suka kat situ.   Nanti aku akan kembali lagi InsyaAllah, banyak sangkut xdapat pergi tempat2 target. Dalam misi nothing impossible aku, ada yang melibatkan jepun. Aku nak buat entri tips dan bajet untuk ke Jepun. InsyaAllah next entri. Semoga 9 entri yang sudah bermanfaat ya. InsyaAllah.



Ni cuma apa yang aku post di fb sebelum naik flight dan lepas selamat sampai di Malaysia.




Ps: Sampai Malaysia pukul 630 suhu 26 degree celcius. Panasss.

Ps2: Memory card kamera hilang :0 
ps3: Aku harap kawan2 aku dah dapat poskad2 mereka!

Selasa, 26 Mei 2015

Note #79 : Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-8 (Tokyo: Mitaka)


Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-8 
(Tokyo: Mitaka)
8 Mei 2015

Bismillah..

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Sebab nak ke Ghibli Museum (GM)!! Aku siap2 pagi tu, kemas beg, bawa apa yang patut, botol air jangan dilupa. Aku siap dulu, lepas tu Yuri pakai perfume dia, aku terganggu, aku tanya perfume apa dia pakai? Rasa mual bila bau. Dia cakap perfume ni dia pakai hari2 lah. So aku pun senyap je la, tapi serius aku mual bila bau tu. Harini je, sebelum ni x! Aku excuse keluar dulu, Yuri menyusul. Kami gerak ke Jujo station. Pagi2 dah nampak orang2 bersut kemas jalan laju2 ke arah stesen. Kami je slow and steady. Sampai Jujo, kami ambik tren(Yamanote line) ke Shinjuku, di Shinjuku kena tukar naik Chuo line (Rapid service). Kalau rapid ni biasa lah, dia akan skip beberapa stesen. Bila nak tukar di Shinjuku tu, aku konfius, nak cari platform pun blur. Dah jumpa platform pun ragu2 ni ke tren nya. Naik dah, keluar balik, padahal betul dah tren tu. Sudahnya kami terpaksa la naik tren yang kedua. Nasib tunggu xlama. Dalam tren kami x dapat seat. Masa berdiri tu, Yuri dekat dengan aku, aku x tahan bau perfume dia, aku terpaksa jauh2 sikit Banyak juga stesen sebelum tiba di Mitaka. Dalam tren aku dah berkira2 nak turun kat mana2 stesen sebab nak gi tandas. Mujurlah lepas xlama lepas tu sampai Mitaka. Stesen ini yang dekat dengan GM. Turun je, boleh dengar orang announce nama stesen, “Mitakaaaa, Mitakaaaaa..” Sebutan dia kelakar, comel. 



Aku bagitau Yuri, aku perlu ke tandas. Naik terus ke tandas. Lepas tu kami ke kaunter tiket dekat dengan auto-gate. Sebab nak kena bayar tambang yang day pass kami x cover. Dari bertolak tadi, Yuri dah tanya, kita kena berhenti dulu kat stesen Nishi-Ogikubo untuk beli tiket ke Mitaka ke? Aku cadangkan, kami terus je ke Mitaka, nanti bagitau la orang kat sana. Dia setuju je. Aku dah risau juga, cemana nak explain. Sekali kat kaunter, belum sempat cakap apa, cuma tunjuk je pass tu, terus dia tekan kalkulator cakap tambang dari Nishi-Ogikubo ke Mitaka berapa. 160 yen je, orang TIC semalam cakap 220yen, rupanya itu harga dari Shinjuku. So senang! Kami bayar dan keluar. Pastu teringat nak tanya mana nak pergi ke tempat tunggu bas untuk ke GM. Dah tau tu, kami terus keluar menuju ke tempat tunggu bas. Masa lalu kawasan yang ramai orang tu, ada la sorang lelaki Jepun lalu sebelah, sambil2 dia tegur, “Are you going to GM?” english berhabuk tu, fluent. Aku angguk dan cakap ya. Dia pun bagitau, kat bawah tu nanti ada bas warna kuning, boleh naik yang tu nanti terus dia bawa ke depan GM. Aku tanya, kalau jalan? Kata dia ada la 10-15 minit dari stesen. Lepas tu kami gerak ke arah berlainan, sempat aku ucap terima kasih, tiba2 dapat guide tanpa dipinta, Alhamdulillah. Agaknya kalau gaijin yang berada kat Mitaka St ni, memang dah dicop muka2 yang nak gi GM kot eh. 

Aku turun eskalator. Aku x nampak bas kuning. So aku anggap xda lagi. Masa ni sebenarnya aku dah lupa pasal platform yang orang tadi sebut. Aku blur balik. Tunggu jap kat situ, pastu aku decide untuk tanya petugas bas, “Nak ke GM bas mana bro?” aku tanya dengan ayat yang lebih sopan sebenarnya. Dia cakap platform 9. Yuri tiba2 cakap, aah macam orang tadi cakap lah. Aku pun pandang dia pelik, “orang tu ada cakap meh?”, “Adaa” kata Yuri. Huhu, “doh knape mu dok kabo awa2”.. haha. Bas takde, so kami mencari tempat duduk. Perut aku masa ni ada rasa x selesa. Tapi ok lagi la. Boleh jalan lagi. Ingat nak balik dari GM ke Mitaka St nanti nak jalan kaki. Kawasan sini boleh tahan sibuk dia. Aku nampak ada orang beratur dekat platform. Xlama kemudian, bas kuning dengan gambar Totoro pun tiba. Inilah dia! Nak melompat pun hado. Aku pun dengan tertib beratur belakang orang2 tadi. Pakcik depan aku macam pelik2 je tengok kami. Aku dengan Yuri sibuk amek gambar bas. Pastu aku rasa pelik, awat x bergerak lagi diorang ni? Bas x ready lagi ke? Tiba2 aku terfikir, ke orang2 ni tunggu bas lain? Aku baru nak gerak ke depan, bas dah tutup pintu, aku lari cepat2, driver nampak dan buka balik pintu. Agaknya dia pun pelik tengok kami. Haha. Baru aku faham kenapa pakcik depan kami tadi tengok kami pelik2, mesti dia syak kami nak naik bas kuning, tapi kenapa x naik2. Adoi. 
Bas kuning


Dalam bas ni ada 2,3 orang je. Kami duduk dan nikmati pemandangan sekeliling. Tempat ni macam bandar kecil yang dipenuhi dengan pokok. Agak redup kawasannya. Xjauh lah dari stesen kami tiba di GM. Baru pukul 830! Awal kami sampai. Pergi beli air dulu untuk sedapkan tekak dan perut. Kami bergambar depan papan tanda GM puas2. Pagar x buka lagi. Kami pun ke arah taman, Inokashira Park, tapi xla masuk jauh sangat, kami kat tepi2 GM je. Dekat2 tempat kami duduk, ada makcik dengan seekor kucing. Dia nak bagi kucing tu makan, tapi kucing tu x hirau. Comel je makcik tu. Aku dengan Yuri tengah sarapan, aku makan coklat bar je share dengan dia. Memandangkan masa lama lagi, dan kami pun kesejukan, aku memberi cadangan jom kita buat satu lagi ‘only in Japan thing..” jom tido kat bangku di taman ni. Yuri on je, aku pun cadangkan, mehla kita gi cari tempat yang kurang orang lalu lalang, segan pulok kalau obasan ojisan tengok gaijin bertudung ni tidur sebarang macam ni. Kami pun bangun la mencari, sambil2, ucap la selamat pagi dekat makcik kucing. Senyum dia. Xjumpa tempat yang strategik, tapi xpa, kita tidur jela kat sini, tempat ni macam kurang juga lah orang lalu, tapi ade satu bangku panjang je, terpaksalah share 2 orang. Apalagi, berbantalkan beg masing2, dan berkongsi bangku, kami cuba menidurkan diri. Aku sempat juga lelap, tapi aku rasa sekejap sebab terganggu dengan bunyi orang berjalan. Yang lama tu bila cuba tidur+lelap. Berjaya lah jugak.

Pintu masuk

Depan pintu utama



Yuri dan mula bosan, dia cakap nak pergi ke belakang tengok apa ada. Aku mengikut. Nampaklah pulak tandas, dan perut aku pun meronta2 suruh pergi tandas. Aku ke tandas lagi buat kali kedua. Kat situ pon xda air, terpaksa tadah air dulu. Nasib xda orang, so x awkward. Sudahnya, aku keluar, Yuri tengah tido lagi skali. Aku duduk je la kat tepi, xmau ganggu dia. Dia pun tidur2 ayam je. Kat situ, dah mula nampak gaijin lain, orang cina satu bas datang. Tepi tandas tadi ada tempat parking bas rupanya. Ramai diorang ni. Aku dan Yuri pergi ke pintu masuk GM, petugas2 GM dah mula bekerja, letak khemah dan sebagainya untuk pelawat beratur. Aku dan Yuri bernasib baik, sebab masa tu aku berdiri dekat2 pintu, ada 2 orang makcik dan pakcik jepun berdiri situ juga, lepas tu kami lah orang yang kedua beratur untuk masuk. Dalam pukul 930 tu dah terpacak depan pintu muzium dah. Pukul 10 diorang pun buka, kami tunjuk tiket yang dibeli di LAWSON, dan receptionist bagi kami satu pamplet info dan satu tiket yang dibuat dari filem sebenar, random la dapat filem dari movie mana. Yuri dapat Sophie dari How’l Moving Castle, aku pula dapat watak lelaki dalam movie Kokuriko Zaka Kara. Precious! Receptionist siap tanya kami dari mana. Aku bagitau Malaysia. Pelik juga kenapa dia tanya.

Khemah ni untuk visitor yang beratur

Masa beratur depan pintu masuk muzium


Lepas masuk tu, aku tangkap diorang cakap ada movie, 15 minit ke gitu lah duration movie ni. Aku merangkap orang2 terawal jejak kaki ke GM hari tu, apa lagi, terus la cari. Tapi siyes aku xtau cerita apa yang akn diorang tayang sebab xfaham apa yang disebut. Cuma dengar Mei Mei je. Movie screening ni ada beberapa tayang sepanjang operation hour GM. Oleh sebab ditayangkan beberapa kali sahaja, jadi diorang pun hadkan, seorang visitor cuma boleh tengok sekali sahaja. Jadi sebelum masuk tempat tayangan tu, dia akan cop dulu tiket kita. Aku masuk, tunggu panggung penuh, dah penuh tu ada staf yang greet kami, dia siap sebut visitor dari negara mana, aku perasan dia cakap ‘marejin okyakusan’, pengunjung orang melayu kalau direct translate.Tayangan mula, citer Mei (watak budak dalam Totoro tu) dengan Koneko Bus. Comel gila Mei. Dia terjumpa anak Neko bas atau koneko bas. Pastu koneko bus bawa dia jalan2, saiz dia kecik, so dia bukan bas la, taraf kereta je. On the way tu dia jumpa bapak neko yang cam kereta api, panjang! Koneko drop dia kat satu tempat yang ada baaanyak spesis Totoro. Pastu koneko hilang gitu je. Mei cam sedih sorang2, tetiba dia nampak Totoro bawa payung! YES! Totoro yang dia jumpa dulu, masa tu kakak Mei yang bagi Totoro payung tu. Dia kenal Mei, pastu bawa Mei pergi tempat yang totoro2 tadi ramai2 tuju. Rupanya semua tu nak pergi dekat nenek koneko bus. Besar gila nenek dia. Mei belanja nenek neko bus makan gula-gula, dia suka. Pastu diorang berkenalan. Pastu nenek neko bus nak bertolak bawa totoro2 tadi tu. Kalau tadi koneko tu macam kereta, mak dia bas, bapak dia kereta api, cuba teka nenek dia apa? Heheheheee..nenek dia kapal terbang okey! Bertingkat2 seat dia. OMG! AWEZEM GILAAAA. Aku pasti ramai terhibur tengok short movie ni. Oh lupa bitau, panggung ni awesome juga! Ada tingkap yang bujur2 lebih kurang tingkap kapal terbang tu, masa screening, dia akan tutup tingkap ni bagi gelap, pastu buka balik. Sangat cantik tempat ni.


Lepas tayangan, kami keluar untuk melawat2 muzium. Cantik sangat design dalam dia. Aku pergi tandas, macam ape tandas, kalau tandas tu jadi bilik aku pun aku suka doh, lawa sangat. Dah la canggih. Tapi sayang semua ni aku xdapat nak tunjuk sebab polisi dilarang mengambil gambar dalam muzium. Xpelah, untuk aku, cukup sekadar ambik gambar dan simpan dalam hati. Tempat ni ada 3 tingkat, kebanyakan tempat exhibition, tunjuk cemana cara nak buat animasi. Dekat sini banyak la aku flail pasal karakter2 movie yang aku tahu, Kiki la, Mei la, Totoro la, Chihiro la.. tah ape2 lagi lah. Banyak benda best, Cuma sayang, x da translation dalam english. Ada lif klasik, ada tangga spiral. Aku memilih untuk naik tangga spiral, lepas tu terus ke tingkat 3. Kat sini jumpa tempat kanak2 main, diorang boleh naik neko bas. Aku jeles, sebab neko bas tu untuk kanak2 je. Seronok tengok diorang main. Aku pusing2, jumpa kedai souviner. Apa lagi, inilah yang aku idamkan. Nak poskad! Cari calcifer xda, karakter punya poskad xda, Cuma gambar2 pemandangan dari filem2 Ghibli je. Aku pilih rumah Mei dan jambatan dalam Spirited Away. Harga mahal eh, 150 yen sekeping. T_T . Benda2 lain pun mahal. Aku lama kat situ nak tentukan nak beli apa. Aku berkenan dengan beberapa benda, termasuk notebook dan pin. Aku dah ambik dah barang yang aku suka tu, TIBA2, sakit aku datang balik. Seram sejuk, perut suruh pergi tandas, cecepat aku keluar cari tandas. Lepas tu, aku masuk balik kat kedai cari Yuri, aku dah rasa xsedap dah. Aku cakap kat dia, aku nak keluar jap makan, aku syak perut dah lapar sangat sebab masa tu dan nak masuk tengahari dah, pagi tadi Cuma makan coklat. Ni pun nak sambung makan coklat juga. Aku ajak dia skali, lepas ni memang nak masuk balik sambung membeli. Dalam muzium xleh makan, kena keluar bangunan baru boleh makan. Kebetulan kat tepi kedai, ada laluan untuk ke Straw Hat cafe. Aku keluar dan duduk tepi laluan tu makan. Badan rasa penat. Dah siap tu, Yuri masuk dulu sebab aku masih perlu duduk, sambil2 kira bajet untuk membeli di GM. Aku mengekor kemudian, ambik barang2 yang aku nak, bayar. Cuma 1188 yen duit aku habis di situ. Sebab xsedap badan, berjaya jimat. Ternampak sorang budak ni, dia pakai macam Kiki, baju hitam dengan riben merah atas kepala. Shangat chomel!

Kami keluar dari kedai sambung tengok exhibit. Keluar ke roof top dia, naik tangga spiral lagi. Sini sempit, kena tunggu orang turun, baru boleh naik, sebab xmuat kalau berselisih. Atas tu la ada robot besi yang dalam Laputa Castle in The Sky tu. Boleh amek gambar sebab luar bangunan. Atas tu x banyak pun dia punya exhibit. Robot dan ada satu kotak tu. Aku punya mood dah makin kureng masa ni, sebab aku rasa x selesa. Kami turun, cover 2nd floor, tapi xteliti benar, Cuma lalu semua lah. Tadi naik guna tangga spiral, sekarang turun guna lif klasik. Sebelum turun tu sempat masuk dekat bilik yang tunjuk draf2 diorang buat movie, dari sketch awal2 sampai lah yang siap. Mengkagumkan. Dekat sini la nampak ramai orang pakai sut hitam. Tah dari mana diorang ni. Xkan rehat pejabat sempat datang kot. Maybe ada lawatan office? Kami turun bawah guna lif tadi. Pastu pergilah mana2 yang belum pergi. Kat sini aku dah rasa xlarat. Aku banyak tunggu je. Nak bergambar pun malas dah. Makin teruk aku rasa perut aku. Bau2 makanan dari cafe pun mula buat aku mual. Yuri cakap jom jalan, aku kata xpelah xlarat. 

Robot dari cerita Laputa



Stained glasses


Sekitar kawasan luar muzium

Area Straw-Hat Cafe

Nak keluar dah

Manhole?


Kami kemudian beratur tunggu bas. Dalam bas xdapat duduk. Sedih! Sepanjang jalan, aku nampak ada beberapa tempat guna totoro sebagai attraction. Kedai kasut pun letak patung Totoro situ. Kebanggaan warga  Mitaka agaknya. Dah sampai stesen, kami beli tiket ke Nishi-Ogikubo. Aku dah surrender masa ni. Aku bagitau Yuri aku x larat nak jalan2 dah, aku nak balik hotel. Dia pun okey je, boleh jalan sorang2. Nasib baik la, sebab kalau Yuri xkeluar sendiri, rugi day pass tu. Kami ke Shinjuku, berpisah kat situ, aku balik hotel, dia ke mana tah. Renyah sikit nak balik Higashi-jujo (Hj), banyak kena tukar tren. Dari Mitaka ambil Chuo rapid sampai Shinjuku, kat Shinjuku ambil Yamanote ke Tabata, dari Tabata ambil Keihin-Tohoku ke Hj. Itu je lah yang xbest stay hotel ni. Banyak kena tukar. Kalau dari Jujo mudah sikit.

Sampai tu terus aku update family aku, sebenarnya aku patut carikan jinbei untuk anak buah, akak aku kirim. Tapi sebab xdapat keluar tu, aku siap2 la bagitau, risau gak kalau xsempat beli, so aku cakap la xsihat, xdapat cari lagi. Masa ni masih berharap petang sikit dapat keluar sambung jalan. Aku makan coklat sikit untuk alas perut sebab aku nak makan ubat. Aku telan panadol walaupun xdemam. Silly, i know. Tidur. Aku terjaga dari tidur beberapa kali, tapi badan penat gila, aku tido sampai la dekat2 pukul 6. Aku bangun untuk solat. Mandi skali untuk segarkan badan. Siap2 nak solat tu, tiba2 rasa makin pelik perut aku, baru je angkat takbir, terus berlari masuk toilet semula dah muntah. Ape je yang aku makan, coklat je yang keluar. Teruk betul rasa masa tu. Tapi lega sebab biasanya lepas muntah akan ok. Aku siap2 balik, solat, xlama lepas tu masuk maghrib, solat. Siap2 untuk sambung tido.

Aku dapat wasap dari Yuri, dia tanya nak keluar ke? Aku cakap xdapat, xsihat lagi. Pastu pesan dia belikan Pocari Sweat balik nanti, seharian xmakan, memang aku perlukan Pocari Sweat. Lepas tu aku layan doremon jap, tapi x tertahan sangat, mabuk aku masih ada, tutup tv,lampu, ekon naikkan suhu, tido. Aku terjaga bila Yuri nak masuk xdapat, sebab aku gi selak pintu tu. Tah lah kenapa aku gi selak. Terlupa pulak pastu nak buka balik. Insecure dok sorang kot. Bersalah rasanya. Yuri masuk dia cakap kenapa panas gila? Huh, aku dah rasa sejuk dah masa tu, sebab badan xsihat. Tapi xpelah, aku leh pakai sweater dan selimut. Aku minum Pocari Sweat dan sambung tido. Kiranya hari tu, aktiviti aku Cuma ke GM, mabuk dan tidur. Sedih hilang sehari untuk berjalan. Tapi mungkin elok juga badan aku dapat rehat lama sikit lepas 7 hari aktif berjalan. Apa2 pun aku syukur takat tu je kisah aku xsihat. Xlebih. Next entri merupakan hari terakhir dah aku di Jepun. Sedih!

ps: Gambar dah mula kurang di Tokyo. T_T



Ahad, 24 Mei 2015

Note #78 : Gaijin Khatulistiwa Mengembara di Jepun- Hari ke-7 (Tokyo)

Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-7 
(Tokyo)
7 Mei 2015

Bismillah

Hari ni nak ke Tokyo, dari hari pertama di Kawaguchiko dah rancang nak ke Tokyo seawal mungkin. Tapi bila tiba harinya, perasaan tu aneh sikit. Aku memang x sabar nak keluar dari Kawaguchiko yang sejuk, tapi aku rasa x selesa nak ke Tokyo. Mungkin perasaan xsuka bandar aku tu dah meninggi. Aih. Memang awal kami keluar haritu, nak ambik tren pukul 7 lebih. Kami keluar ke stesen. Di tempat menunggu bas, Yuri bertegur sapa dengan satu couple dari Indonesia. Mereka nak ke Pink Moss, kata Yuri, harini mesti dah x ramai cam semalam. Aku mengiyakan. Di stesen, kami terserempak dengan tenant yang tinggal di ryokan yang sama, couple dari Malaysia, dengan 2 orang anak. Semalam anak kecil dia menangis, lama juga, mungkin sejuk, mungkin spesis aku x tahan sejuk, maklumlah, kami dari khatulistiwa. Kesian baby. Aku bertegur sapa dengan si isteri ni, suaminya tengah beli tiket. Dia tanya, kami dah ke mana di Jepun, aku bagitau la, kata dia, mereka di Tokyo je. Mereka ambil bas dari Kawaguchiko straight ke Shinjuku. Kami pun menuju tempat yang sama, tapi memilih untuk guna kereta api sebab kami ada JRPass. Dari Kawaguchiko ke Otsuki, tambangnya 1140, kata orang ni, bas untuk 2 orang dalam 3000 yen, aku agak paling kurang 1500 seorang. Sebenarnya lebih mudah, xperlu tukar2 tren macam kami. Tapi aku khuatir juga kalau2 naik bas jumpa jem macam hari kami ke Kawaguchiko. Xsanggup dah rasanya. Masa tu sejuk, aku ambil peluang cop poskad2 aku dengan memorial stamp stesen Kawaguchiko. Lepas tu aku masuk ke tempat menunggu, lebih tertutup, boleh lari dari sejuk. Yuri keluar untuk rakam bunyi lagu melintas jalan di jalan depan stesen. Aku xmau, sejuk.

Cuti GW dah habis, harini dah boleh nampak budak2 pakai baju sekolah nak ke sekolah. Ramai diorang ni yang commute train untuk ke sekolah. Aku nampak tren dah sampai, tapi Yuri masih di seberang jalan. Aku keluar panggil. Kami masuk ke platform dari sini ada view tren berlatarbelkangkan Fujisan, ambil gambar lagi! Kemudian aku masuk tren. Raaamai budak2 sekolah, ada 2 jenis uniform. Satu pakai tie, satu yg hitam smart tu gaya budak sekolah jepun tu. Lepas tren bergerak, makin banyak variasi uniform sekolah aku tengok. Diorang ni kasut lain2 agaknya xkisah kot nak pakai kasut apa, macam2 warna aku tengok. Tapi budak2 perempuan pakai kasut hitam je. Aktiviti diorang dalam tren, main hengpong, xpun borak2 dengan kawan. Ada beberapa orang ni, masuk terus jumpa kawan. Agaknya dah janji masuk koc mana kot. Kalau orang2 dewasa yang pakai suit kemas tu, diorang tido dalam tren. Ada juga mengahadap hengpong. Aku dengan Yuri dok menelaah karenah budak2 dan orang2 dewasa dalam tren. Kami tiba di stesen Fujikyu Higland, memang belakang stesen je boleh nampak tempat tu. Pastu menghala ke Otsuki, ada satu stesen ramai budak2 turun tinggal sikit je yang masih xsampai destinasi. Ada satu stesen pula, golongan pekerja bersut turun. Yuri menimbulkan persoalan, “adakah orang ni terlepas stesen?”, aku tengok orang yang dimaksudkan, dia tengah tido. Kami buat spekulasi bermacam2, termasuklah, ‘kalau dia terlepas pun kita xkan tahu sebab mesti dia buat muka tenang je..’ Tah kenapa aku bersetuju juga.

Kami sampai di Otsuki. Kat stesen Otsuki boleh tukar ke JR tren untuk ke Tokyo. Memang kena tukar rasanya, sebab tren tadi berhenti last kat stesen ni je. Dekat exit, ada stamp lagi, cop lagi! Tapi kan, kat sini suhu lebih sejuk dari di Kawaguchiko tadi. Adeh laa, entah kenapa, aku ingat dah menghala ke Tokyo ni makin kurang sejuk. Terfikir gak, Otsuki ni celah mana ni sejuk sangat ni. Aku pun x tertahan tangan sejuk, kene masuk tangan dalam poket. Turun di platform, terus masuk waiting room. Fuh lega kat dalam tu. Pastu aku keluar jap tengok route map. Jauh juga Stesen Shinjuku(tujuan kami), stesen ke 24 dari Otsuki. Kalau stesen Tokyo, tambah lagi 4 stesen. Aku rasa mesti boring atas train ni. Ternampak Mitaka dalam route map tu. Oh, boleh la tengok stesen Mitaka sebelum pergi sana esok. Aku masuk semula ke dalam. Pastu teringat nak cek JRPass. Cek beg kecik xda, cek beg besar xda, beg paling besar memang xda lah. Aku dah cuak! Mana pulak pergi dia ni? Double check triple check pun xdak. Sementara tren x sampai lagi ni, baik aku gi cek tempat lalu tadi. Aku keluar dari waiting room, tetiba ternampak lah JRPass aku terbaring kat tepi pintu. Fuuh, alhamdulillah, lega. Xlama kemudian sampai la tren. Kami naik..

Dalam tren ramai juga orang nya, aku dapat seat, Yuri dapat lambat sikit. Kami tertidur sama macam orang jepun dalam tren. Sampai kat satu stesen ni, x silap aku namanya Tachikawa, semua orang keluar! Aku pelik, aik, xkan semua xnak pergi Tokyo kot? Kita xsampai Tokyo lagi nih! Aku duduk sambil2 blur, kemudian ada orang tren suruh kami keluar. Lahh, apesal x cakap awal kat route map tu kena tukar train? Mana kami tau, ingat direct jela. Itu yang aku fikir masa tu. Tapi sebenarnya silap aku, aku yang x perasan tanda yang menunjukkan kena tukar tu, dari Otsuki sampai Tachikawa tren line biru, dari Tachikawa ke Tokyo tren line oren. Itula, lan kali tengok betul2. Masa nak tukar tu pun salah tengok platform, kena ke platform sebelah, tapi kami mula2 ingatkan kat situ je. Masa tu ramai gila orang berpindah platform. Bila dah perasan silap platform tu, dah terlambat juga, berlari juga la nak naik tren. Nasib sempat, nasib ada seat. Aku memang dah start manja dah masa ni, aci nak seat je. Yuri cool lagi selalu xduduk. Kali ni memang kami akan terus ke Shinjuku.

Route map tren dari Otsuki, ada 2 ketapi, satu warna biru, satu oren. So kena tukar okey.

Sampai di Shinjuku kami turun, cari tren nak ke stesen yang dekat dengan hotel. Stesen yang kami cari ialah Jujo. Mengikut aku punya map. Dah sampai Tokyo ni, kena pandai tengok line apa nak naik tren. Ada Yamanote, ada Chuo, ada Keihin-Tohoku line (Semua ni JR). Omg, berselirat otak aku nak ingat. Mengikut map aku dari google map, kami kena naik Yamanote line ke Ikebukuro, dari sana tukar lagi, ambil Saikyo line menghala ke Kawagoe. Kami ikut je la. Sampailah kami ke Jujo st. Dalam tren tadi Yuri ada cakap, apesal Jujo je, bukan Higashi-Jujo ke? Aku x ambil pusing sebab aku xtau apa yang dia risaukan. Sampai tu, aku suruh Yuri tengok map nak ke Hotel. Tapi tengok2, map dia tu dari stesen Higashi-jujo. Ooo, patutlah dia risau. Aku nak usha tiket ke Mitaka, sebab esok kami dah xboleh guna JRPass. Pakcik kat situ tolong kami, katanya 360 sehala dari Jujo st ke Mitaka St. Mahal~ T_T

Pasal silap stesen tu, kami masuk balik, tanya orang kat kaunter. Acano nak ke Higashi –jujo. Kali ni aku x berapa paham apa dia cakap. Aku dengar dia cakap seberang2. So Aku angguk2 je. Pastu aku nak masuk, dia tanya pula, nak pergi dengan tren ke? Aku cakap ye. Sekarang dah musykil dah, aku ingat tadi dia cakap suruh ke platform seberang. Adoi. Yuri cakap kena naik tren yang kami naik tadi juga, tapi turun di Akabane. Di Akabane tukar naik Keihi-Tohoku line, satu stesen je dah sampai Higashi-jujo. Aku ikut je Yuri, sebab dia berpandukan tenet. Sampailah kami di Stesen Higashi-jujo(Hj). Dekat sini, kami naik lah tangga nak keluar. Sampai situ lost lagi sekali. Mana nak terjah ni? Aku tanya makcik jual surat khabar. Dia tunjuk jalan, katanya, turun lif ni, terus je sampai jumpa jambatan, pastu pergi ke kanan. Aku dan Yuri teruskan perjalanan. Tapi Yuri musykil lagi, sebab kata dia, dari stesen Hj ni, 2 minit je jalan dah boleh sampai. Kami terhenti jap kat tengah2 jalan tu. Sebab jarak dari tempat kami turun tadi dengan jambatan yang makcik tunjuk tu, agak jauh, bukan 2 minit tu. Kebetulan, ada orang lalu, aku tanya lagi, dia cakap benda yang sama macam makcik tadi. Aku kira ye la tuh, dah 2 orang cakap benda sama. Jalan punya jalan, sampailah dekat jambatan, kat sini kena naik bukit depan rumah orang untuk naik ke jambatan tu. Naik je atas, nampak koban (pondok polis)! Koban pertama yang aku perasan kat Jepun ni. Dok cerap2 mana la hotelnya sebab dah nampak landmark dia 7e. Tada! Dah depan mata rupanya. Tengok ke arah koban, belah kanan kami tu jalan ke setesen Hj rupanya. Kami silap pilih exit. Patut keluar dari situ, betullah 2 minit jalan. Masuk nak letak barang je ni. Masa check-in lambat lagi, pukul dua, sekarang baru pukul 11. So kami uruskan beg kami, sambil tanya macam mana nak ke Tokyo, nak ke Mitaka. Receptionist tu ambil railway map dan tunjuk, dia pun siap tunjuk plan location hotel tu dengan train station. Baru aku faham, Higashi-jujo st paling dekat dengan hotel. Tapi Jujo St pun masih dalam walking distance dengan hotel. Ok, sekarang dah dapat layout tempat, aku decide nak jalan ke stesen Jujo, sebab esok kami nak bertolak dari sana ke Mitaka. Baik tengok jalan siap2. Dah selesai kemas beg, bawa apa yang patut, simpan beg, tandas, kami keluar menuju Jujo St.  

Jalan sini berbukit, nak ke Jujo St kena mendaki. Alah, mana je kat Jepung ni x berbukit? Maybe Hiroshima, tempat yang pergi tu je la kot. Nagoya pun xda bukit, cuma ada pengalaman naik tangga 6 floor straight je, achievement unlock siap kat situ. Yuri ada cakap sakit tekak, aku tanya la nak try cari ubat kat farmasi x? Kitorang masuk, tapi skali lagi x tau nak cakap apa, orang tu dah tanya nak apa? Sambil senyum. Aku paksa otak aku fikir masa tu juga!  Apa yang keluar ialah “Nodoga itai”, sambil tunjuk kat tekak, ‘sakit tekak’ itu je yang aku mampu tuturkan. Kemudian dia tunjukkan satu ubat, ubat cecair. Aku tanya ada x ubat dalam bentuk gula2, dia cakap xda. Ubat tadi tu mahal juga, lebih 1000yen xsilap aku. Yuri xnak, sebab dia nak gula2 cam strepsil, katanya jom cari dekat 7e lah. Aku ikut je. Sampai 7e, ade pon ubatnya, cuma Yuri ragu2 nak amek yang x biasa tengok tu, kami x pandai baca, tapi mengikut illustrasi tu, yelah ubat sakit tekak aku rasa. Yuri beli gula2 yang lain, yang agak boleh legakan tekak. Lepas tu kami gerak ke stesen. Jalan kat sini area rumah2 dan kedai2. Xramai orang. Bukan kawasan pelancongan pun. Jadi bila kami berselisih dengan orang, biasanya mereka akan tengok juga lah. Kat Tokyo, sesetengah tempat akan dapat stares, tapi bukan intimidating lah bagi aku. Jalan punya jalan, ada la dalam15 minit, sampai kat Jujo. Tempat mula2 kami turun tadi. Masa aku menulis ni baru aku faham apa yang orang stesen cakap pasal ‘seberang’ tadi tu. Rupanya dari Jujo nak ke Higashi-Jujo dan sebaliknya, kena seberang jalan keretapi dengan jalan kaki. Itulah yang dia maksudkan. 

Dari sini, kami nak ke Otsuka untuk cari masjid nak solat zohor dulu, mulanya nak ke Tokyo Station, tapi xdapat maklumat ada surau kat sana, sebab xnak ambil risiko xda tempat solat, kami ke Otsuka. Nak ke sana, kena ambil tren ke Ikebukuro, stesen kedua dari Jujo, di situ, tukar ke Yamanote line untuk ke Otsuka. Yamanote line ni tren yang route dia satu bulatan, satu round. Kira kalau salah naik sekalipun, dan malas nak tukar tren, boleh je tunggu sampai tren ni pusing balik kat tempat tadi. Otsuka Cuma satu stesen sebelah Ikebukuro. Dekat, dan senang. Kami turun, mula nak cari jalan. Map Yuri buat hal pula, aku punya wifi yang nyawa2 ikan pula jadi harapan. Aku buka, dapat map sikit. Sambil tanya orang, sambil jalan. Dari exit ni, kena cari Bank, macam orang dekat kaunter JR tunjukkan, dah dekat dah bank nye. Pastu tenet hilang, mana laa nak terjah. Aku dapat ingat sikit, tempat ni bukan depan jalan, dia ke belakang sikit. Jalan2 tu, aku bagitau Yuri bukan jalan depan ni, dia pun ajak ke belakang, aku ikut, naik bukit lagi, pastu nampak ramai2 orang bukan Jepun,muka cam arab/pakistan gitu. Yuri syak, maybe situ, kami jalan lagi, dan Yuri cakap, “Ni ha!” Alhamdulillah, dipermudah urusan nak cari masjid ni. Sebut masjid, tapi tempat ni kecil je. Bangunan paling hujung dari sederet bangunan, dan 3 tingkat. Kami masuk, terus ke tempat yang ditulis ‘women only’. Masuk, bagi salam, jumpa lah sorang kakak dari Indonesia dengan baby dia, dan sorang makcik Jepun pakai tudung. Kami bersalaman. Kami ke tempat wudhuk, solat. Lepas solat, aku nak tanya mana ada tempat makan halal, masakan Jepun la kami nak. Tapi masa aku nak tanya tu, makcik tadi tengah siap2 kan makanan dia, nak makan tengah hari. Aku serba salah pula. Aku masuk balik, aku keluar balik, aku tunggu Yuri, x keluar2, pastu tiba2 makcik tadi ajak makan. Aku segan sebenarnya, tapi memang tengah lapar. Yuri keluar, aku pun terimalah pelawaan tadi, makcik tadi dah siap2 ambilkan pinggan. Lauk dia miso soup dengan salmon goreng tepung. Sedap! Aku suka nasi dengan sup miso. Kata dia rasa sup dia ni kurang sikit, dia sengaja kurangkan untuk lebih sihat. Masa ni la kami tanya tempat makan halal untuk makanan jepun. Kata akak tadi, susah, paling ada pun dekat stesen Yoyogi-uehara, ada satu kedai soba. Tapi kena pilih yang ebi(udang) je. Makcik pun mengiyakan, dia tambah lagi, kalau area situ, ada satu kedai jual tempura, situ ok, dia dah tanya dah bahan2nya. Aku iyakan je, makan nasi berlaukkan sup miso dan salmon ni sedap. Baru ni kali pertama kami makan makanan tempatan sejak tiba di Jepun 6 hari lepas.

Masjid di Otsuka, Tokyo


Lepas habis makan, makcik suruh tambah, katanya “enryoshinaide..”, aku dah kenyang, tambahan pula xmanis rasanya nak makan banyak. Jadi aku menolak dengan baik. Aku nak basuh pinggan, katanya xpayah, nanti dia basuhkan. Aku basuh juga lah, xkan nak biar. Tapi aku musykil juga macam mana adab orang Jepun, entah2 dia lagi suka kalau kita betul2 tinggalkan. Aku x pasti, tapi bila dia cakap, aku bawa balik la sudu aku tu, aku anggap dia bagi aku guna sinki situ lah. So aku basuh pinggan2 kami. Kakak Indonesia yang aku lupa namanya tanya, dah ke Tokyo Camii? Belum. Katanya masjid Tokyo Camii bagus, besar dan cantik. Aku xtau sangat sebab tengok pun dalam gambar je. Tapi dia beriya suruh kami pergi. Memang ada dalam perancangan kami nak ke sana esok. Kami minta diri nak ke tempat lain pula. Masa makan tadi, kami dimaklumkan ada seseorang meninggal dunia, pelajar kalau xsilap, mereka pun belum dapat maklumat lanjut. Patutlah ramai2 di depan tadi. Baru lepas solat jenazah. Masa kami keluar pun orang2 tu masih ada.

Kami nak cari kedai tempura yang makcik cakap tadi. Pusing satu blok x jumpa. Kami ambil keputusan untuk ke stesen semula. Dalam perjalanan, ternampak ada bunga ros mekar dan banyak di tepi pagar laluan tram (sini pun ada tram tapi berpagar, di Hiroshima selambadak je atas jalan raya). Bau wangi lagi masa lalu kat sepanjang jalan yang ada ros tu. Dah la cantik, wangi pulak. Aku ternampak Book-Off kat sini, aku ajak Yuri pergi tengok. Book-Off yang jual cd dan buku2 terpakai. Aku cari cd, cd album YUI yang berharga RM100+ boleh dapat dengan harga xsampai RM40 je. Yelah, barang terpakai. Tapi masih ok la, sebab tu dijual. Tapi aku x beli. Kami balik semula ke stesen.


Masa kami naik, eskalator ke platform, tiba2 ada sorang makcik rambut putih tegur aku kuat2, aku x sedar dia cakap ngan aku, bila aku pandang baru “Ohh tegur aku ke” dalam hati la cakap gtu. Kata dia “Israel?”, Ah sudahh, haritu Iran, ni Israel pulak, terus la aku nafikan, Israel ape obasan, tu bukan islam tu.. Aku cakap la, ”ie, Mareshia kara”, dia angguk2, kata dia “Kawaii ne, sukaffu wa..”, memuji dia, cakap tudung kami comel pula. Aku senyum2 je, xtau nak respon cemana. Pastu dia tanya kami nak naik tren arah mana, dia nak gi ke Ikebukuro, aku kata aku ke Tokyo, tunduk2 la sikit sebelum dia ke platform dia, aku dan Yuri ke sebelah bertentangan. Nampak dia menegur orang lain pula, Yuri kata, memang jenis peramah agaknye, sakan dia borak dengan orang tu. Kami naik tren menghala ke Tokyo, destinasi, Tokyo station, tapi bila lalu Nippori, aku cakap kat Yuri, sini boleh beli kain, ada textile street, saje test pancing. Makan pula, dia macam nak pergi la, aku ni kalau Yuri xmau pun xpa, sebab aku pun penat gak rasa masa tu.Tapi dah dapat green light tu, kami pun turun, cari mana laa textile street ni, nak cari kedai Tomato yang popular tu. Jalan punya jalan, berpandukan juga map Yuri, kami jumpa, kena jalan beberapa ratus meter juga dari stesen Nippori. Sampai sana, mula nak cari kedai Tomato. Aku usha kain kimono dekat kedai ni, aku xpasti la gred dia, tapi corak lawa2, harga 500yen semeter, pada aku ok la tu. Kalau ikutkan kimono betul harga mahal wey.Tokey kedai tegur, dia tanya, kami orang Malaysia ke? (Kali pertama orang terus teka kami orang Malaysia!! Excited!). Kami iyakan, kata dia, kalau orang malaysia biasa ambik kain ni 4 meter buat baju. Laaah, sahlah area sini memang jadi tumpuan orang kita. Aku x beli juga, sebab aku dengar Tomato ada jual kain 100yen semeter. Itu lah yang mak cari! Cari2 jumpa la satu Tomato. Tapi kain2nya 1000yen keatas untuk semeter. Kat sini jumpa satu family, orang Malaysia, encik tu tegur, ni dari mana ni? Yuri dah hampir jawab Malaysia dah, pastu cover balik, KL. Kami naik atas cuma jual lace. Turun balik. Xbeli apa2.

Dari situ, kami nampak 1 lagi kedai Tomato, meh try sana pulak lah, eh sini jual barang2 kraf je, butang2 semua tu. Aku keluar nampak satu lagi Tomato, eh rupa-rupanya berderet tu 2,3 kedainya. Ade dalam 4 ke 5 buah Tomato saja.  Aku masuk yang ni, haaa tudiaa kain 100 yen yang akak cari. Aku belek2, dah jumpa yang berkenan, tapi usha lagi sampai belakang. Kain banyak yang 100 yen-300 yen yang lawa2. Tapi susah nak dapat yang aku berkenan. Aku ke depan semula nak beli kain kotak2. Cara dia, kau kene tarik gulungan kain tu keluar, pastu bagi dekat tukang gunting. Aku pernah baca dalam blog orang cakap ni, sambil2 aku perhati juga cara orang buat. Jadi aku ambil satu gulung tu, bagi dekat tukang potong. Sambil tunggu, sambil usha lagi kot boleh belikan untuk mak aku. Tapi xsesuai pula. Tukang potong kain panggil, cakap, “Kain ni ade 3 meter je kak, x boleh nak jual 2m..” jadi aku pun angkat lah 3 meter terus. Orang2 yang keje sini muda2, budak laki pulak tu tukang2 potong kainnya.



Textile street Nippori


Yang gambar tomato tu la Tomato!


Sekitar textile street Nippori


Jalan masuk ke stesen Nippori. Dari sini boleh jalan ke textile street.


Yuri dah tunggu kat luar je masa ni, aku pula ke kedai Tomato sebelah, ada lagi kain 100yen, corak pun ada yang aku berkenan, fikir punya fikir, belek2, fikir lagi, xjadi ambil. Polisi kedekut masih berjalan. Aku ajak Yuri balik, ada satu lagi kedai, tapi akak x kosser dah nak masuk. Kami nak balik stesen, jumpa kedai kasut, Yuri masuk jap jenguk2, xda berkenan. Kami keluar jalan balik ke stesen. Kali ni kami menuju ke Tokyo station. Di Tokyo station sebenarnya, tujuan kami ialah nak naik Shinkansen. Masa kat Kawaguchiko tu sampai harini memang rindu shinkansen. Jadi kami mengambil keputusan nak naik untuk berehat/tidur dan melepas rindu pada shinkansen. Sebab dah x tau nak buat apa kat Tokyo masa tu. Tapi, sebelum ke trek shinkansen, kami ke TIC dulu, nak tanya jalan, dan day pass yang ada ditawarkan untuk area Tokyo. Aku tanya macam mana nak pi Sky Tree, Tokyo tower, apa2 je yang terlintas aku tanya. Pasal pass pula, ada Tokyo one-day free tix(Tokyo Free Kippu), pass ni boleh guna untuk JR, subway (ada 2 line ,Toei Metro dan Tokyo Subway), Street car, dan Nippori Toneri Line. Harga untuk ni ialah 1590 yen. Aku rasa mahal untuk sehari tu, lagipun belum tentu boleh pergi semua tempat. Kami pun dah bahagikan nak pergi mana esok, nak pergi mana lusa. Jadi aku ambil keputusan beli pass Tokyo Metropolitan District Pass (untuk JR central je), harga 750 yen. Untuk hari kedua, boleh beli Tokyo Subway Ticket (subway sahaja) harga 800 yen. Lepas dah siap berurusan dengan cik TIC yang sangat bagus dan membantu tu, aku dan Yuri pergi cari tempat nak beli pass. Kalau nak beli pass untuk hari esok, kena pergi ke ticket office. Kalau nak beli untuk haritu juga, boleh pergi kat mesin tiket biasa. Aku carilah, jauh juga nak jumpa. Sambil cari, ternampak Tower Mini. Baru tau Tower Records ada outlet yang dipanggil Tower Mini. Kami masuk satu ticket office ni,  tapi orang tu kata kena pergi office hijau. Yang kami pergi tu ticket office biru. Lah, ada pula warna2 nya. Akak xtau. Kami masuk ke tempat yang diberitahu tu, tanya la orang kat kaunter sambil tunjuk gambar pass dalam buku Tokyo Guide. Dia tenung punya tenung gambar tu, macam benda tu x wujud, lepas tu baru la, “Aahhh, ikut sini..” sambil usher kami ke mesin tiket. Aku tanya dia, tiket ni cover area mana je. Sebab orang tadi tu cakap cover area JR Central je. Then dia keluarkan pen highlight dia, tandakan dekat map aku. Ok, memang hafal dah korang ni kan. *Tabik! . Aku pun oklah, boleh beli, dia tolong tekan2 dan dapatlah kami beli pass untuk esok. Cuma satu la, esok kami nak ke Mitaka, tapi pass ni x cover sampai sana, so kena bayar tambahan. Pass cuma cover sampai 2 stesen sebelum Mitaka, stesen Nishi-Ogikubo.

Sedikit info tentang day pass yang ditawarkan di Tokyo


Route map pelbagai line JR. Warna tu juga petunjuk, route warna hijau, badan tren pun akan ada line warna hijau. Cth: Yamanote line warna hijau cair.



 Aku dan Yuri simpan tiket baik2, dan kami teruskan perjalanan cari trek shinkansen. Masa tiba kat sana, aku nak naik shinkansen menghala ke utara, tapi sebab Yuri macam x menyokong, dan aku pun dah penat nak mencari, aku ikut jela naik ke trek shinkansen mengahala ke Nagoya. Adakah kami nak ke Nagoya?! Oh tidak, nanti lambat pula nak balik ke hotel kami. Kami decide untuk naik sampai Atami je, lepas tu patah balik. Atami dekat je, sampai ke x sejam aku x berapa ingat. Kami naik memang untuk tidur, rehat, sambil aku cas hengpong. Masa ke trek, tren xda lagi, tunggu kejap, beli air, baru tren sampai. Memandangkan Tokyo ni hentian akhir untuk Kodama ni, aku dah tau dah, lepas semua keluar mesti kena tunggu diorang cuci dulu. Lagipun boleh nampak geng2 cuci tren dah siap2 beratur tepi pintu sebelum tren sampai lagi. Pakai baju pink terang dengan  topi, lawa dan kemas. Masa orang keluar tu, diorang ni akan tunduk sambil ucap terima kasih. Kalau 4 orang yang beratur, empat2 tu akan cakap benda yang sama, walaupun kalau orang belakang tu cakap terima kasih, orang yang turun tadi x de dengar pun. Gitu sekali adab dengan customer. Menghargai customer diorang hokey.  Aku dalam hati dok puji2 la akak2 cleaner ni. Dah siap tu, kami masuk, cari tempat duduk,kami amek gambar last naik shinkansen sebelum masing2 bersedia untuk tido. Yuri siap set alarm, aku x berani, sebab buatnya hengpong aku hang time nak tutup bunyi alarm, xke malu nanti. Dah la orang Jepun ni memang tiap2 kali naik tren diorang akan pesan set fon masing dalam manner mode (silent), kalau kat Green Car (koc mahal sikit) kena tutup teruih. Aku cas hengpong, tengok pemandangan dari bandar Tokyo ke luar bandar, pastu mata mintak tiduuuur.



Di trek shinkansen Tokyo




Keluar dari Tokyo

Sampailah di Atami. Hengpong Yuri berbunyi beberapa minit sebelum tren sampai. Aku dan Yuri memang tidur betul. Tapi rasa x puas lagi. Aku turun, mulut dan terasa nak makan lagi. Tapi apa je yang boleh beli? Atami ni area dekat pantai. Ingat kalau senang nak access ke pantai, mau aku pergi, tapi tengok keadaan macam jauh jugak je, kami x tanya, Cuma buat spekulasi sendiri. Kami ke kedai tengok2 apa yang ada, dan terus ke trek nak patah balik. Tunggu kat trek sambil hirup udara tepi laut. Memang ada bau laut. Tren sampai, kami naik dan tido macam tadi juga.





Sampai di Tokyo, kami nak mecari makanan. Bila cek tenet, mana ada tempat jual makanan halal, xjumpa pula. Kedai bento banyak kat stesen, aku berat mulut nak bertanya, ditambah dengan penat lagi. Kami keluar dari bangunan stesen dengan harapan nampak apa2 yang menarik, boleh pergi sana. Malangnya, xda, Cuma nampak shuttle bus untuk ke Sky-Tree, dan ada tempat menunggu bas ekspres, dengan mesin beli tiket. Kami masuk balik. Yuri masih semangat nak cari tempat makanan halal, aku dah x larat. Last2 dia pun usulkan kami balik je la. Dari Tokyo ni, ada direct ke Higashi-jujo, iaitu Keihin-Tohoku line. Sampai di Hj, sempat lah snap gambar JRPass depan tren last kami naik guna JRPass. Sedih betul hari last guna JRPass. Kali ni kami cari exit yang betul, 2 minit berjalan ke hotel. Singgah 7e dulu beli nasi. Sampai hotel, kena guna PIN untuk buka pintu. Amek card key dengan receptionist. Beg2 dah dibawa ke bilik. Alhamdulillah, xperlu la angkut sendiri. Kali ni bilik best, ada bilik air sendiri, siap bath tub, tv, peti, dapur. Best juga sini, walaupun sempit, tapi lengkap semua. Microwave ada kat lobby Aku makan nasi dengan kari ayam yeos, tapi x sedap. Macam geli sikit. Aku makan ikan bilis goreng Yuri sedap! Malam ni dapat berendam air panas! Kaki aku memang dah sakit betul, x sanggup nak pakai kasut dah rasanya, hampir melecet dah jari kelingking kanan tu. Siap solat semua, tidur. Esok nak ke Ghibli Museum!  






Sekitar luar stesen Tokyo


Itulah tren terakhir kami naik dengan JRPass. Warna biru untuk Keihin-Tohoku line. Design tren JR gini la, Kalau Chuo-Rapid tu, line kat badan ketapi warna oren.


ps: Sebenarnya aku xsabar2 nak post pasal persediaan,bajet dan beberapa tips yang aku rasa wajar kongsikan,dah 90% siap tulis dah pun. Tapi kena habiskan dulu cerita 9 hari ni. Aku suka berkongsi benda2 gini. Sebab aku suka sangat kalau dapat cari maklumat di internet sebab orang lain sudi share pengalaman mereka.