click here :)

Memaparkan catatan dengan label Ramadhan Kariim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan Kariim. Papar semua catatan

Ahad, 5 September 2010

Pakcik penulis

Baru je beberapa minit melepasi jam 12 tengah malam. Baru je beberapa minit hari semalam berlalu, tp tu ikut waktu orang puteh la, ikut waktu islam, maghrib menandakan hari baru bermula.

Siang tadi, aku ke kinokuniya, lepas berjalan2 scan2 beberapa rak novel, aku melangkah mendekati pintu masuk tadi, kemudian ternampak seorang pakcik berimej seniman. Rambut dan janggutnya panjang, spek tergantung di leher. Dalam hati aku kata, "Wow, harini aku nampak A. Samad Said real depan mata". Sedikit eksaited di situ. Lepas pusing2 kinokuniya, tak nampak lagi beliau di mana2...

****

Balik dari kinokuniya, aku dimaklumkan kami akan berbuka puasa di luar, ada orang mau belanja. Lokasi? Nasi Dagang Ulik Mayang. Sebenarnya, aku bukan suka pun berbuka di luar ni. Buat rumit nak solat je. Awal juga kami sampai, 630 ptg dah tunggu depan meja dah. Makanan kat situ tak la special pun, nasi dagang terengganu. Bagi aku, rasa makanan2 kat situ biasa je, ok2 je, makan yang mak buat lagi seronok kot.. haha..tapi makcik aku kata nasi dagang tu SEDAP! Jadi betul kot sedap, aku yang kurang pandai menilai. Servis mesra, tapi agak slow. Mungkin juga kebetulan masa kami pergi kot dia terlambat. Entahlaa..

Yang penting, terima kasih kepada orang yang belanje, kerana anda, saye kenyang..

Sabtu, 4 September 2010

Raye dah dekat?

Dah rajin pulak aku menaip kat blog ni beberapa hari ni. Oh ye, aku terbaca dekat blog rakan2 asyik sebut dah nak raye. Bila tarikhnye raye tu ye? Aku kurang pasti, kalendar tak ada depan mata, jadi selalu lupa mau cek. Tapi aku terperasan jugak raye dah dekat sebab aku dah berada di tanah air, cuma belum sampai rumah je lagi.

Ramadhan kali ni lain macam sikit rasenya. Terlalu pantas, sebab cuti 2 minggu ni ke...atau kerana sepanjang Ramadhan ni banyak aktiviti berlaku? Em..memang terasa bila Ramadhan makin menjauh, seakan2 merajuk, seolah-olah mahu aku tahu betapa banyak masa berharga aku telah abaikan sepanjang dia di sisi....

Ramadhan tahun ni, memang berbeza, kalau aku dipanjangjan umur, diberi lagi kesempatan bertemu Ramadhan seterusnya, aku takkan bertemu lagi dengan orang2 yang berada di sekeliling sewaktu Ramadhan kali ini.. pasti ada suara2 yang takkan kudengari lagi waktu itu.. bila membayangkan saat akan datang, terasa sedih...sepi..sendiri..

Seperti kata dia, rugilah kali ni, kalau kita x jumpa Al-Lail yang istimewa itu...

Semoga aku dan dia diberi kesempatan bertemu Ramadhan seterusnya~

Jumaat, 3 September 2010

Senior~

Sekarang, aku membelog dari terminal udara Kuching. Sambil2 menunggu ketibaan burung besi berwarna merah tu, aku mengisi ruang2 yang ada dengan bertenet.

Peristiwa hari ni buat aku teringin untuk mengungkapkan satu pepatah ni,

"Yang tua dihormati, yang muda dikasihi (disayangi)"

Beberapa jam lepas, aku mengalami kesulitan untuk sampai ke tempat aku berada sekarang. Aku jadi marah. Tapi sekejap je, dah tak marah dah waktu menulis ni..haha..lucu bila diingat kembali.

Kawan aku cakap, "kuroneko, maafkan jelah diorang tu, diorang kan budak2 lagi.."

Aku cakap, "yelah, aku tak simpan dalam hati pun, memang diorang tu budak2 lagi.."

Mereka yang terlibat tu, selain aku dan kawan2, memang budak kecil lagi pada pandangan kami, sebab diorang baru tahun pertama di u kami. Sangat mentah, sangat innocent...

Untuk adik2, kakak tak marah pun, err... mungkin marah, tapi kejap tadi je, tak simpan dalam hati pun, lebih2 lagi dalam bulan mulia ni. Apa yang berlaku ada hikmahnya.

Oh, burung besi yang bakal membawa aku terbang ke tanah di barat sana mengalami kelewatan, macam biasa...

ps: Apa yang diceritakan di sini biarlah di sini sahaja~ :)

Selasa, 24 Ogos 2010

Bulan..

Semalam, ak mendongak ke langit, nampak bulan, belum bulat, tetapi hampir sempurna bentuknya, mungkin malam ni bentuk dia akan nampak jelas, bulat, sempurna..bila tengok bulan penuh, mengambang, hati rasa sayu...terfikir, bagaimana status ibadat2ku? Bagaimana status puasaku..adakah pahala puasaku bulat seperti bulan purnama? Selalu aku tengok bulan purnama, aku pasti senyum, hati tenang je..tp kali ni, tgk bulan purnama, masih senyum, cantik..cuma timbul rasa sedih, kerana itu tandanya kita berada pada pertengahan ramadhan.

Lepas ni, kita akan kira hari dari banyak ke sedikit. Dari 15 hingga lah 1, kemudian hari raya. Ramadhan bakal berakhir. Bulan mulia penuh barakah akan berlalu.. Oleh itu, aku sangat teringin untuk melakukan ibadat2 sunat, dan menyucikan hati ni.


Sabtu, 12 September 2009

Harapan Ramadhan..




Bismillahirrahmaanirrahiim..

Sabda Rasulullah s.a.w, ” Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’ban Bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan Bulan umatku”.

Dah 22 hari puasa, dan dah masuk pon 10 malam terakhir Ramadhan. Bermakna Ramadhan makin meninggalkan kita. Secara tulus dari hatiku, sebak dada, sedih sangat rasa bila memikirkan Ramadhan yang mulia akan berlalu. Bulan yang penuh barokah.

Suasana bulan Ramadhan sangat berbeza, suasana yang menggenbirakan. Sungguh ku ingin sekali jika setahun itu merupakan Ramadhan..

Semoga Allah merahmati setiap saat hidupku,

semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku,

semoga Allah menyucikan hatiku,

semoga Allah menjaga setiap langkahku,

semoga Allah menunjukkan jalan yang benar kepadaku,

semoga Allah memeliharaku, keluargaku, keturunan kami,

Semoga Allah menyayangiku..

Semoga ku berpeluang bertemu Ramadhan yang akan datang..

Amiin~





Rabu, 19 Ogos 2009

Ahlan Ya Ramadhan!!

Oh, sedar tak sedar, lagi 2 hari nak tiba ramadhan.. Yayy puasa!! Ku pasti, masa tu nantilah kepenatan melanda, sebab kelas ku setiap hari habis petang2, masa yang dah kepenatan nak jalan balik, memanah lagi, tapi, disebabkan bulan ramadhan ini lebih baik dari bulan2 lain, kegembiraan tu terasa. Em, ye, bulan yang bila kita beramal, pahala yang kita dapat akan berlipat kali ganda.Kalaulah kita boleh nampak pahala tu, secara fizikalnya, mesti kita akan sanggup tak buat kerja dunia ni waktu tu. Tapi bila tak nampak, sanggup pulak kita tak buat amalan2 extra waktu tu.

Ramadhan membuat kita lebih sihat. Ye lah waktu biasa kita makan semahunya, ada apa, makan je. Bulan puasa ni, kita makan waktu malam je, waktu malam je maksudnya singkat je lah, 12 jam je lebih kurang, nak tido lagi, Secara otomatik, kita pon tak makan banyak sangat. Ingat jangan terlampau makan makanan dan minuman yang banyak gula ye, elakkan diabetes. Lagi pon Rasulullah s.a.w pernah bersabda, perut yang penuh ni punca segala penyakit.

Akhirnya, masa ni lah waktu kita nak repair hati kita, walaupun dah cuba jaga hati, tapi ada juga kerosakan yang berlaku. Apa yang boleh kita buat ialah repair je lah hati kita ni waktu tu, kesian dia asyik sakit. Caranya rajinkan buat amalan extra. Aduh, nak tahajud, payahnye..Em2, ku tau, memang payah, tapi nak cuba la ni. Jangan give up terus. Yea kuroneko, awak boleh buat, gambatte!!
Selain tu, bertadarrus jom, satu hari satu juzuk.

Akhir sekali , nak ucap selamat menempuh bulan ramadhan yang mulia dengan sabar.