click here :)

Memaparkan catatan dengan label makan~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan~. Papar semua catatan

Selasa, 28 Ogos 2012

Catatan Perjalanan #2


4th day of syawwal ( 22nd august 2012)


Malam
Aku buat pizzai, pizza yang dibuat oleh aku dinamakan pizzai. Sebenarnya, aku dah hilangkan resepi doh pizza yang dapat daripada kotak mauripan. Memang lupa langsung, sampai risau aku camne nak buat pizza tu. Kali kedua aku buat, doh pizza tu jadi mampat sket, pastila kurang sedap. Oleh kerana aku dah menghabiskan sebahagian duit raya untuk beli barang2 buat pizza ni, lagi2 keju mozarella siap parut yang mahal tu, aku pun rembat ape yang ada, campur2, uli2, tinggalkan, dan puff! Jadilah doh pizza aku. Dah siap bakar semua, rupa2 nya menjadi laa.. Agaknya aku ni memang ‘tensai’ kot.. kekeke.. //masuk bakul angkat sendiri alert//

Ps: sambil buat pizzai sempat lagi gi main bunga api dgn usop n dikman.. ^^

Baju Raya
When arrived at home 2 days ago, the first thing i look for is my parcel. A friend told me she sent me something. I donno what it was. Opening the parcel, a cute jubah kind of dress popped up. The color is denim like, i immediately try it on. Unfortunately i’m fat and not fit the dress. T____T. My friend must be thought i am so small, our last meeting was, 3 years ago. When i was only 45kg. I was I was WAS..lol..Maybe i’ll give the dress to my sis, she’s a lot smaller than me, even after having a baby. No FAIR ~~ >3<

Miscll
Ade cerita hindustan, robot2 apetah. Pastu Boboi naik waktu pintu terbuka tadi. Sejak balik ni, Boboi tu manjenya makin menjadi2. Siap tidur atas riba orang lagi. Diorang pun suke memanjakan Boboi. Geram tengok dia manja sangat. Tapi xpelah, bagi peluang kat dia. 2 hari lagi xde dah nak manja2 lagi.. 

***

ps: lupa dah pasal baju tu, dah tinggalkan kat rumah..huffhuffhuff

ps2: cadangnya nak letak gambar sikit, berlagak dgn pizzai aku. Tpi skrg dah pukul 1230, esok nak bangun subuh. Jadi lepas2 ni lah ye letak gambar tu. 

ni hah pizzainye


sebelum


SIAP!

Isnin, 6 Disember 2010

Croquette, Korokke, Bergedil..

Aku suka makan korokke yang makcik sushi yukimi jual. Sedang bercuti2 di rumah ni, aku cuba lah pulak buat sendiri korokke ni. Susah2 je sebut korokke, orang melayu panggil bergedil je pun. Ye bergedil, inilah hasil bergedil buatan sendiri. Kalau ikutkan, rupa luaran tu kurang menarik lah sikit, tapi sedap je aku rasa. Jadi luaran tak kisahlah. ^_^ v


ps: sedikit perbezaan antara korokke dan bergedil.... biasanya bergedil x salut dengan tepung atau bread crumbs, korokke pula kebiasaannya disalut.

Ahad, 5 September 2010

Pakcik penulis

Baru je beberapa minit melepasi jam 12 tengah malam. Baru je beberapa minit hari semalam berlalu, tp tu ikut waktu orang puteh la, ikut waktu islam, maghrib menandakan hari baru bermula.

Siang tadi, aku ke kinokuniya, lepas berjalan2 scan2 beberapa rak novel, aku melangkah mendekati pintu masuk tadi, kemudian ternampak seorang pakcik berimej seniman. Rambut dan janggutnya panjang, spek tergantung di leher. Dalam hati aku kata, "Wow, harini aku nampak A. Samad Said real depan mata". Sedikit eksaited di situ. Lepas pusing2 kinokuniya, tak nampak lagi beliau di mana2...

****

Balik dari kinokuniya, aku dimaklumkan kami akan berbuka puasa di luar, ada orang mau belanja. Lokasi? Nasi Dagang Ulik Mayang. Sebenarnya, aku bukan suka pun berbuka di luar ni. Buat rumit nak solat je. Awal juga kami sampai, 630 ptg dah tunggu depan meja dah. Makanan kat situ tak la special pun, nasi dagang terengganu. Bagi aku, rasa makanan2 kat situ biasa je, ok2 je, makan yang mak buat lagi seronok kot.. haha..tapi makcik aku kata nasi dagang tu SEDAP! Jadi betul kot sedap, aku yang kurang pandai menilai. Servis mesra, tapi agak slow. Mungkin juga kebetulan masa kami pergi kot dia terlambat. Entahlaa..

Yang penting, terima kasih kepada orang yang belanje, kerana anda, saye kenyang..

Jumaat, 26 Februari 2010

Dr P..


Aku sayang giler kat Dr. P..

entri ni dibuat khas untuk Dr. P, Tadi dia bagi kami oren sempena Tahun Baru Cina. Terima kasih Dr~

I love orange, i love Dr. P.

Ahad, 10 Januari 2010

Yukimi sushi

Korokke


Maki sushi, takoyaki...



Takoyaki

Hari ni keluar dengan beberapa orang geng gi beli barang2 makanan untuk diletak dalam loker, untuk kegunaan emergency khususnya. Lepas tu, kitorang pergi ke Matang Jaya makan sushi. Aku sebenarnya x berani nak telan sushi tu kalo betul2 buatan jepun. Sebab, aku tak tahan weh makan benda mentah2 ni. Bagi aku, kat sini(Yukimi sushi) ada sushi bercitarasa Melayu, aku rasa mungkin dia sesuaikan dengan lidah dan tekak orang kita kot. Lidah melayu mana biasa dengan ikan mentah. Tapi dalam gambar kedua kat atas ni, yang ada anak panah tu, yang tu benda mentah, aku makan, dan taknak makan lagi lepas ni. Ade gak sushi yang nampak macam ootoro, tapi bukan ootoro lah. Yang lain ok, sedap je. Terima kasih kawan2 sebab sudi teman ku ke sana~

***

Bila dengar suara2 baru azan kat kolej ni rasa sedih la pulak. Entah kenapa, cam kehilangan sesuatu pulak. Padahal mana ada ku hilang apa2. Hairan dengan emosi manusia, terlalu kompleks.
Allah itu Maha Bijaksana..

Rabu, 30 Disember 2009

Tamagoyaki dan tako

Antara tako yang aku buat, yang ni paling elok.
Tamagoyaki to tako

Beberapa hari ni aku banyak tengok video masak memasak orang jepun, benda yang simple dan selalu ada dalam bento(bekal makanan) orang jepun ialah dua benda dalam gambar kar atas ni, tamagoyaki(telur goreng gulung) dan tako(sosej yang dibentuk macam sotong). Ni first try, walaupun nampak kelakar, kira bolehlah tu. Nanti aku akan buat yang lebih cantik. Rasa benda ni takda special pon, rupa je lain sikit dari yang kita selalu makan. Oh ye, kalau korang nak cuba, bolehlah dapatkan panduan kat utiub, senang je.

Jumaat, 24 Julai 2009

Masa beli makanan..

Anda perasan tak ekspresi muka anda semasa memilih lauk-lauk masa beli makanan tu macam mana? Tadi ada lah makanan yang bukan kategori lauk, tapi ulam. Bila tengok tu dah rasa bahagia. Pastu masa tengah ambik makanan tu ku senyum je. Siap wat bunyi 'ooOOh'. Nasib baik tak da orang dengar. Tapi bila ku nampak makanan yang ku suka memang macam tu jadinya. Adakah ku seorang je camtu?

Ahad, 19 Julai 2009

Tempe, Parenkima?! dan Kakarot..

Tengahari tadi ku makan nasi dengan tempe.. 2 hari lepas dengan kakarot (karot) sebelum tu dengan parenkima( kentang). Bila diingat balik, entah sejak bila ku suka makan makanan-makanan yang disebut tu. Tempe baru je, sebab kat rumah dulu, mak tak pernah masak, sebab tak dijual di tempat kami. Parenkima tu sejak kecik kot ku suka, sama lah dengan kakarot. Kentang ku panggil parenkima sebab, masa matrik dulu, kami belajar pasal jenis-jenis tisu pada tumbuhan, pastu untuk tisu parenkima, contoh yang diberi ialah ubi kentang, kebanyakan buku yang kami baca menggunakan contoh yang sama. Jadi masa makan-makan dengan kawan sebilik, mulalah kami gelarkan benda ni parenkima je.