click here :)

Memaparkan catatan dengan label ZB~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZB~. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Jun 2010

Another Precious moment- Banding

Bermula Khamis lepas aku ke Tasik Banding , Perak untuk join satu program jabatan, iaitu kem kesedaran alam sekitar KeKas. 3 hari di sana sangat best. Macam-macam berlaku, dan banyak pengalaman yang dapat aku cedok. Cuma jungle trekking di sana kurang mencabar macam yang pernah aku sertai sebelum ni la. Perjalanan singkat dan laluan yang tak memenatkan.

Permandangan di sana cantik. Subhanallah. Aku berfungsi sebagai fasilitator. Jadi masa banyak relaks. Kami fasilitator dan urusetia tinggal dalam rumah yang dibini daripada buluh beratapkan daun cucur. Pengalam tinggal dalam rumah camtu, waktu malam dan pagi2 subuh sangat sejuk. Nasib baik kami dibekalkan dengan sleeping bag, kalau x, terketar-ketar lah kami. Malam kedua hujan, bertambahlah sejuk. Kaki2 pancing jabatan suka sangat keluar memancing kat tasik tu, tapi kesian, tak dapat hasil.

Secara keseluruhan memang best lah kem ni. Ada banyak kekurangan tapi aku tetap suka sangat.

Isnin, 12 April 2010

Tiada Hati

Beberapa hari lepas, saya nampak status seorang kawan di fb yang tertulis, "heartless". Hari ni saya merasai ketiadaan hati tersebut. Saya sendiri yang tiada hati.

Semalam dapat mesej suruh pergi meeting hari ni, tiada hati
Bangun pagi, lepas sarapan, tiada hati
Berbincang dengan 'nenek' lepas meeting, makin tiada hati
Balik, tidur, bangun, tidur kembali, dan bangun lagi, masih tiada hati.

Siapa tau di mana hati saya?


***

Saya takmolah ada grandparent lagi kat sini. Mereka selalu menjadi penyebab saya sedih, secara terus atau tidak. Jadi saya mau declare bahawa mereka bukan lagi tokwan dan wan saya. Ceh, macam sungguh-sungguh jelah saya punya penyataan ni. Sebenarnya, bukan la apa sangat pon. Cuma ketidakseronokan perasaan sekarang menyebabkan saya mula mencari salah orang lain.

Kalau kita nak suka seseorang tu, jangan terlalu dekat dengan dia, nanti akan timbul sebab yang memberi ruang pada kita untuk kurang suka dia. Saya ni suka perasaan sukakan orang, I tresure the feeling.. Tapi sekarang, selepas mengalami itu dan ini, suka tu mula pudar, and i came up with that theory, yang mungkin juga dah pernah difikirkan oleh orang lain. Untuk membetulkan salah faham yang mungkin dah berlaku, saya nak bagitau, suka di sini bukan suka yang 'itu',okke. Suka ni maksudnya suka yang sekadar suka-suka sahabat, kawan, manusia.

Hubungan saya dengan kawan2 baik saya pon saya jaga dengan teori ni. Ada la sikit-sikit diaplikasikan tanpa rancang. Tapi kawan2 saya tu dah ibarat keluarga dah. Saya sayang mereka. Saya nak cakap saya sayang kamu kalau kamu sedang baca blog ni, ketika ini.

ps: penggunaan saya dalam entri kebelakangan ini mengejutkan aku, tapi okke2 jelah ye. Keadaan mengubah kita. Sore jaa..

Jumaat, 9 April 2010

Tentang Gambar

Saya sungguh sedih la ni. Ada orang sangat sensitif dengan gambar mereka. Ada yang tak suka bergambar, anti terus bergambar, tak nak bergaambar sorang2. Saya faham tu, saya sendiri pon pilih2 gambar untuk dipublish, untuk diletak di facebook atau mana2 social network (sekarang ada facebook je pun). Saya faham, betul, saya FAHAAM..Saya tau kita perlu berhati-hati dan jaga keselamatan diri semasa online. Masalahnya sekarang, orang yang sepatutnya faham tak nak faham pulak, saya tak kisah kalau gambar tu bermai-ramai, tp bila ada orang yang kisah, silalah konsider persaan mereka tu.

Baru-baru ni, saya di'tag' oleh seorang kawan ka fb, bukan tag gambar pon, cuma poster program solat hajat, dengan tujuan untuk menghebahkan program tersebut. Tadi pulak, waktu saya buka dan baca poster tu, tuan punya gambar, yakni yang meng'upload' poster tu, menyarankan sapa2 yang telah di'tag untuk tag lagi orang lain yang belum di'tag'. Dia cakap usaha sekecil itu pon dianggap dakwah, mengajak ke arah kebaikan. Jadi saya pon tag lah seorang dari friendlist saya. Tup tup, dapatlah pulak mesej dari dia (tuan punya gambar) tanya saya ni tag satu album ke tag gambar je, kalau tag satu album orang lain boleh tengok album tu yang ada gambar dia sekali. Saya x perasan, jadi saya cakap kat dia, "tak tau lah, rasenya cuma tag gambar je". Pastu dia kata, "takpelah, cuma dia malu kalau orang lain tengok gambar dia, nanti dia buang gambar dia lah kalo gitu". Dia tak marah pon, dan dia dah kata ok. Tapi saya ambil keputusan buang tag yang saya buat tadi. Sorang je yang saya tag pon.

Saya rasa sedih jugakla atas sebab gambar2 ni. Dah banyak kali saya dengar pasal gambar dan saya semacam dah dicop ada perkara tak elok tentang saya dan gambar. Sebelum ni, dalam satu program, timbul pulak isu pasal kami muslimat tak nak bergambar, tapi sibuk nak komen pasal gambar2 orang lain yang diupload kat fb tu. Walaupun bukan direct dituju pada saya, tapi saya terasa, sebab ada la satu dua gambar kat situ saya komen. Komen biasa, mungkin digedikkan oleh pembaca, dan menyebabkan komen saya menjadi menyampah. Maksud saya mungkin orang yang baca membaca dengan nada berbeza.

Satu hal lagi pasal kamera, ada orang beri respon negatif bila saya pegang kamera DSLR kepunyaan seorang colleague dan snap2. Okke, saya ambil gambar jantina lawan saya masa tu, bukan sebab gedik ye, saya tau saya tak gedik, saya takmo dan takut dicop gedik. Jadi jangan anggap saya begitu. Saya ambik gambar jantina lawan saya tu( gambar tuan kamera dan beberapa orang kawannya yang juga kenal saya ni siapa) sebab tuan punya kamera tu mintak tolong saya ambikkan, alang-alang saya dah pegang kamera tu, dan saya sangat berminat untuk snap gambar. Lagipon 2 gambar je yang saya snap, dan gambar muslimin tu saya tak dapat pon, sebab kamera tu bukan saya punya, okke. Yang lain, saya cuma ambik gambar barang lain untuk test2 je. Dan satu lagi saya amek gambar muslimat yang terlibat dalam program,atas permintaan/arahan tuan punya kamera. Dan benda ni penting untuk report.

Jadi, jika ada orang yang dah pandang serong pada saya, silalah betulkan balik paandangan anda tu(macamlah mereka terlibat baca blog saya ni). Nanti kang penin kepala tengok serong2 nih. Saya tak tau siapa yang menimbulkan isu pasal kamera dan gambar ni, dan tak tahu ditujukan pada siapa. Yang pasti saya terasa bila dengar pasal ni. Oleh itu, saya rasa mau menjauhkan diri dari 'meraka'. Mereka sangat berkira.

Satu lagi, untuk gambar2 yang saya pernah komen, saya dah delete semua komen saya, saya banyak komen pada poster program sebelum ni,sebab saya sangat excited bila tengok poster yang cantik. Jangan bimbang lah, saya dah xmo komen2 lagi gambar-gambar kamu semua.

~Saye-yang-suka-ambik-gambar-yang-sedih T_T

Ahad, 15 November 2009

Adakah aku hamba yang bersyukur??

Baru beberapa ketika lepas aku dengar kisah hidup seorang sahabat. Cerita beliau membuat aku tersentak, tersedar betapa keadaan aku lebih selesa berbanding orang lain. Aku seorang muslim yang mengamalkan cara hidup islam. Tak ada sesiapa yang menghalang aku dari memelihara aurat, tak ada sesiapa yang pernah sindir aku bila aku solat, dan tak pernah seorang pon halang aku menuntut di sekolah agama. Jika aku bandingkan pemahaman keluarga kau tentang agama berbanding keluarga sahabatu, memang dia lebih banyak diuji. Aku mungkin bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang menunaikan rukun islam yang lima, tetapi sahabatku bertuah kerana dia diberikan kesedaran untuk mengubah keluarganya. Memang, manusia tidak mungkin dapat mengubah manusia lain, tetapi manusia boleh menjadi sebab manusia lain berubah. Betapa besar tanggungjawab yang dipikul oleh sahabatku itu. Selepas mendengar kisahnya, timbul rasa syukur dengan apa yang aku ada, dan timbul juga rasa insaf dengan mengenangkan diri ini yang selalu lalai, lupa terhadap Yang Esa.

Semoga dia terus tabah dan tidak akan sekalipun mengalah dengan cabaran yang dihadapi, demi berdakwah dengan keluarga sendiri.

Sabtu, 10 Oktober 2009

10-10-1998..

11 tahun lepas, pada tarikh tersebut, bapa ku yg seorang telah meninggalkan kami. Waktu tu aku masih di sekolah rendah. Memang waktu ayah sakit ku x pernah pergi jumpa dia kat hospital, sebab budak bawah umur tak dibenarkan masuk ke wad-wad. Jadinye kalo pergi pon dok kat bawah je menunggu. Kehilangan ayah pada usia yang terlalu muda memang tak best, sebab tak dapat banyak masa dengan ayah macam adik-beradik lain. Kadang2 terasa jgk jeles bila diorang sempat buat itu dan ini ngan ayah. Tapi nak buat camne, dah tuhan lebih sayangkan beliau. Alhamdulillah, pemergian beliau sedikit sebanyak menimbulkan keinsafan dalam diri ku dan secara kurang disedari, membuat aku lebih tabbah dan menguatkan rasa ingin berusaha lebih. Al-Fatihah kepada Tuan Hj Bunyamin b Abu Bakar amn..Semoga rohnya dicucuri rahmat selalu, dan semoga doa2 kami menjadi doa2 anak soleh dan solehah yang akan sampai kepadanya.

Isnin, 5 Oktober 2009

Rumah buku~

Semasa cuti raya lepas, ku berpeluang menjengah ke rumah penggila buku daripada keluarga terdekat ku. Malang sebab masa tu tak bawa kamera, gambar2 ni disnap guna kamera handphone je. Dalam rumah ni, takda zon bebas buku selain bilik air. Tak payah cakap banyak, tengok je gambar-gambar ni.






ps: tapi sekarang keadaan lebih tersusun.

Jumaat, 7 Ogos 2009