click here :)

Memaparkan catatan dengan label bebelan ZB~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bebelan ZB~. Papar semua catatan

Khamis, 7 Februari 2013

Note #21

In the name of Allah, The Creator...


Thursday, my morning begun with amina's crying. She wanna sleep, but cannot sleep, and ended up crying ridiculously and everything I've done was useless. Till i called up Chik for help. About 5 minutes later Chik came home and she fell asleep already. Babysitting alone is hard.

Tomorrow's another day to babysit her.

***

Give up?


The other voice in my head questioned me about giving up. It's all started with the interview. I prefer to know  the exact time for me to give up, so i can do it. The voice was asking about, "why give up so easily?" It does sounds bad if i say i am someone who is easy to give up. Let's elaborate the meaning of give up here. I would say, give up is important, for me, it means, letting go of something. I don't want to live tied to the failed past. I want to let go the dark past. So that's the use of give up here. Just imagine how to live holding to the past, because you decide to not give up. My definition, you can ignore me.



***

miscellaneous 


Whoops, i just realize that getting back to student life means 'student poverty'. I will not have money as three month before. I can't go to Japan Club on weekend because of classes, and i can't register for Japanese class because i can't afford it. Oh dear oh dear. Self study for N4 i guess. Can't be help then, i'll see what can i do to fix this.

Rabu, 11 Januari 2012

Birthday Wishes


2 Januari

Hari jadi kawan baik jgk, C, sy doakan yg terbaik untukmu.

3 Januari
Yang ni sy x sempat nak wish, tp saya ingt birthday beliyau. Selamat hari lahir kak izaisma...

8 Januari

Hari jadi kawan baik saya, maiko chan. Selamat hari lahir sahabat, saya doakan kamu supaya sentiasa dilindungiNya dan diberkati hidup..


10 Januari

Hari jadi abang saya. Selamat hari lahir Y! Semoga semuanya baik2..

Itulah list topten on january event..

Sila nikmati kek besar di atas..

Jumaat, 30 Disember 2011

Notes should be simple, If not, it is a literature pieces..

Ranting, complaining , i'm always so good soing this, n now i'm getting better.. ( this isn't mean for boasting tho).. T___T.. i'm about to start doing it again.

I'm sitting for exam in about 5 days. So here i am, waking up early in the morning n start scribble thins for my notes ( yeah, that's also means i'm a last minute person, sorry about that), sit still until my back ache, n at the same time working on my brain-cracking assignments, which is given to us just a 2 weeks before study week, where all of us had our busiest moments with other academic things, and couldn't start on it right away.

I try to keep my interest to the notes as long as i can, but sometimes, it just went away, i couldn't help it but close and continue later. But it become more irritating when it was just few pages left and the interest gone, n i should finish it by tonite, but i can't. I wanted to cry really hard~

The notes are so unfriendly to us, students. The words, sentences are so confusing. Or it's me who didn't have a good understanding in english? I'm sure i learned from one of my english course that we should keep our language as simple and understandable when use in public, like writing letters, CV, or reports, of course academic realted things. Because, why would we make it hard when there are easier things?

The notes surely got on my nerve, the language is so confusing, and even the info go back and forth, sometimes just repeating the same thing in complicated and more complicated sentenced, So so ridiculous.

Ahh!! mou, i better stop this now and go back to work. Pls pray for me if u ever read this. May u be blessed too.


Sabtu, 24 Disember 2011

Internet yang mengagumi siput...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih, maha pemurah..

AMARAN : 1. Penggunaan kata ganti diri pertama yang digunakan ialah AKU(kurang sopan okeh)
2. Bahasa campuran, rojak, buah, mi..bahasa mudahnya, cacamarba~



Dah lama betul aku sabar dengan internet di uni ni. Masa awal2 sem dulu ok je, laju je, boleh sgt untuk download ts. yang 200 mb tu. Kawan aku cakap, aku xpernah dapat sebab tak berada dalam kawasan liputan yang baik. Tapi sekarang, ts file memang berjanggut lah nak download, try tekan button dolod, dapat la satu dua mb, pastu terus interrupt. Kenapa weh kenapa?

Semalam aku mau tengok emuste superlive, live dari jepun nun, tapi disebabkan tenet tersedu-sedu dan menyiput, aku missed semuanya kecuali GAGA obasan. Ape kelas tgk makcik tu kat emuste? Buka radio kat malaysia ni pun boleh dgr sore dia. Tp serius, semalam baru aku kenal siapa itu Makcik GAGA. haha, aku memang slow dan outdated bab2 ni, xleh nak buat ape dah. Kalau sebut backstreet boys, beegees, ronan keating, aku kenal lah kan..

Dah la aku tengah bermood fangirl sem ni, masih terkawal, tapi..tapi..nak dolod itu, nak dolod ini..semua kena tunggu balik nanti, kat rumah kedua. Bukan aku menetap pun kat rumah kedua tu. Terhad je masa aku kat sana biasanya. Dah la banyak benda terkumpul dalam list to dolod aku ni..

Wahai internet, kau sepatutnya laju dan membantu, bukan menjadi siput yang membatu. Geram betul bila tempat yang dapat tenet free ni menyiput.

-end of my ranting-

Kalau ada orang terbaca entri ni, dan x kenal siapa aku, sila jangan judge. Kalau kenal sikit2 pun jgn judge. Jgn jgn okkeh.. x baik untuk kesihatan hati dan perasaan. Kalau je la, kalau2 ada sesiapa tersesat ke mari.


Khamis, 3 November 2011

O ____o

Biasanya korang tulis entri blog, fikir tajuk dulu ke tulis isi dulu?

..Bz yang menyebabkan saya x jenguk blog, dan alasan lain ialah, saya kurang minat blogging sekarang, mungkin sebab fb, twitter, dan lj lbh senang dikunjungi, lebih cpt berbanding blogspot. Kenak o?

Semalam saya ada baca satu blog budak ni, dia bising pasal uni kami, dan dgn x semena2 smua benda dia kaitkan. Baru first year, macam tu sekali dia membebel. Ok, stress kot kena hantar ke Sarawak, oversea lah katakan, nak jenguk rumah seminggu sekali pun x boleh. Itulah dia, tup2 hari ni dia minta maaf. Macam biasa, the damage is done, orang boleh memaafkan, tapi hati setengah2 orang dah terluka dengan ayat2 tajam sebelumnya. I say, forgive her, she's still kids. Simpan2 dalam hati, dan membengkakkan hati memang kepakaran orang kita. Saya x tau kenapa, sebab saya jarang dilukakan, err, mungkin x pernah, saya x faham perasaan tu. Tapi saya menganjurkan kepada yang dilukai sekalian supaya memaafkan dia. Saya x rasa apa yang anda rasa, jauh sekali saya nak faham perasaan itu. Tapi saya tau kalau menyentuh bab sensitif, pasti ada rasa sedih dan terluka. Maafkan dia, kerana memaafkan itu mulia...

ps: ok, saya marah jgk dgn budak sorang ni..

Tiba2 putus idea, nanti sambung lagi. Sekian untuk kali ini~

Isnin, 7 Jun 2010

Kilang Getah dan Kilang Sawit

Harini, aku melawat sambil belajar ke kilang getah, dan kilang sawit. Bau getah busuk, ok, boleh tahan lagi. Bau getah yang busuk melekat kat baju tudung,semua, itu membencikan. Setelah beberapa jam dalam keadaan itu, bau busuk, aku x kesah dah. Jari-jariku malas mau menaip saat ini, cuma mau update perkara yang bagiku menarik ni cepat2..Lain kali insyaAllah akanku upload gambar2 di sana. Ada ke orang kesah nak tengok gambar aku? huhu..

Rabu, 19 Mei 2010

Pagi ini..

Pagi masih awal, berada di tempat praktikal. Jari-jariku terasa mau berlari-lari di atas keyboard lappy ni. Baru saja dapat movi 'Made of Honor". Mcdreamy~ hmm...

Suasana pagi yang sejuk di luar dan dalam bangunan membuatkanku terbeku. Sampai bila nak buat kerja tiada kerja ni. Bila la nak dapat ikut bos keluar macam orang-orang lain tu? Dapat ke tak pergi ke Tasik Banding untuk kem? KAlau dapat pon mane aku mau cari barang-barang camping? Tak bajet pulak akan bercamping kat sini, satu pon x bawa balik.

Macam wujud kepuakan di sini, dan seperti biasa, aku yang cuba berintegrasi, tersisih dari U sendiri. Sekarang berkawan dan bercakap dengan student U lain. Ada rasa sedih, ada rasa tak kisah. Gembira? Belum tiba... Selamat pagi dunia~

Isnin, 17 Mei 2010

Blackout

Malam yang keputusan letrik..itu je yang nak tulis kat sini, memandangkan bateri lappy pon sangatlah dengki, niat mau menonton victor, victoria dan pengantin mayat pon terpaksa ditangguhkan..Harap letrik kembali cepat, nak gosok baju gi keje esok..selamat malam~

Rabu, 28 April 2010

Aku tak maut di medan tempur lah

Selepas berlalu tarikh 27 April 2010, aku terasa sangat lega. Seperti yang boleh dilihat pada entri sebelum ni, aku ada 3 paper dalam masa dua hari, dan benda ni sangat teruk. Ok, takmau cerita tentang situasi exam. Aku mau cerita apa yang aku fikir semasa exam tadi.

Begini, selama ni, aku sungguh berfikiran kurang matang. Baca buku, dan tau apa yang diajar di dalam kelas hanya untuk exam, senang kata memang aku ni exam oriented person lah. Lagi satu, aku selalu dengar orang kata, jangan kita belajar kerana exam, lagipon macam yang kebanyakan kita tau, belajar itu merupakan tuntutan dalam islam, dan itu dibuktikan dengan hadis sendiri.Tapi, aku tak pernah ingat kalau ada sapa2 yang cakap "jangan belajar kerana exam " ni ada bagitau sekali KENAPA jangan buat camtu. Oleh itu, aku pon dengan carefree nya menganggap it's okke to study just for examination.

Masa tengah exam tadi, aku mengambil masa untuk merehatkan bahu dan leher yang penat menjawab paper kedua, ketika itulah datang nya isu belaja ni. Pop up lansung dalam kepala aku, dan aku dapat konklusi bahawa, kita kena belajar betul2, bukan sekadar mahu lulus exam, sebab, kita nak jadi seorang yang kompeten dalam bdang yang kita pelajari. Kalau kita tau satu2 benda tu, kita kena tahu betul2, sampai kita boleh jelaskan pada orang lain kemudian. Bila jumpa benda susah, aku mula kata, " Sapa nak tau benda komplikated ni? Haraplah lecturer takkan tanya dalam exam nanti". Kalau tak masuk, takpa, senang ati, dan takkan tau benda tu sampai bila2. Kalau masuk pulak, mula mengeluh rugi tak baca, dan marah lecturer tanya benda yang kita taktau.

Baru sedar yang fikiran aku ni salah. Sampai bila mau hidup dengan tak tahu. Kita belajar untuk menjadi seorang yang berpengetahuan tentang perkara yang kita belajar, bukan untuk jawab exam semata. Bila dah habis belajar nanti, apalah lagi tujuan yang kita ada? Mesti clueless. Jadi, aku perlu berubah, mungkin belum sepenuhnya, kemahuan tu ada, dan aku akan cuba laksanakan. Semoga bejaya diriku..

Isnin, 5 April 2010

Bunga-bungaan!!

Baru semalam, aku terjumpa satu blog seorang yang berada setanah dan sepagar denganku. Ye, kamu faham kan maksud itu. Cuma aku belum pernah jumpa dia. Dalam blog tersebut, dia menulis tentang crush dia. Sangat berterus-terang lah. Mula-mula aku baca sebab mau berhibur saje (sebab sungguh tensi masa tu), lepas tu terus melekat. Dan yang menariknya, bila dah beberapa entri lepas dan kini aku baca, secara kebetulan, KEBETULAN, aku kenal pulak budak yang si penulis blog suke tu. Ye, aku kenal. Jadi makin melekatlah aku dengan blog tersebut, sungguh tak de keje aku ni. Cuma aku bertindak sebagai silent reader je.

***
Dia cakap, kalau kita minat orang tu, dan kita berbunga-bunga sorang2, ok..Tapi, bila orang tu tau dan dia pon berbunga-bunga jugak, tak ok dah. Aku setuju. Masa belum sesuai untuk berbunga-bunga, tak dibalas dengan bunga-bungaan takpela. Berbunga-bunga sorang2 pon cukup. Geh, lonely sungguh bunyi ayat tu. Maksud aku, aku tak bersetuju cinta sebelum kawen, jadi bila dah bersedia baru cari, kalo belum jauhkan diri. BAHAYA lah kalau terjatuh suka secara serius pada masa yang tak sesuai.

***

Oh tidak..dah jadi love talk pulak di sini..Juz my 2 cents..

ps: credit goes to dia sebab memperkenalkan perkataan tension tanpa 'on'

Rabu, 24 Mac 2010

Frogs are mammals...

Prof L: Do you know frogs?

Me: Yes..

Prof L: Frogs can change their sex.

Me: Oh really, I never know that?

Prof L: Yes, may be caused by pesticides. But there's another one, we have mammals frogs.

Me: , we have?

Prof L: Yes, they are in the parliament, very loud, likes to jump here and there.Maybe caused by pesticides too..

Me: haha..i get it..

***

Last Saturday i went for a jungle trekking. Well, in my place, here, the jungle trekking is together with hiking. We have to walk up a little to the mountain and there only we can enter the trail in the jungle. I think walking in the jungle is fun. But i don't like went i feel too tired and not enough oxygen. Someone tell me if we're climbing up, i mean, walking up the mountain, we should only breath using one nose, don't use mouth, because t will make us more tired. I tried, and it work

While trekking, this one girl wearing snickers complaining about her snickers get dirty. I said to myself, " you are doing jungle trekking right now, of course getting dirt is a must. You won't go home without any stain." And, why snickers? When i shop for shoes to to go there, i choose the one for hiking purpose, i can't let myself buy the one for jog. It's not suitable, but if you wear the one for jog, it is safe enough for the place we're go to, but snickers is not an option. My jogging shoes are done after 3 times mount climbing + jungle trekking. Cannot be repaired anymore, and i get myself a new hiking shoes. I hope there's another chance to go hiking again.

***

Again, i feel annoyed with people around me. And, I suddenly hate the music they listen to. I don't really listen to music everyone listen too, but i don't hate it before. Now I AM..please,don't make me listen to your unacceptable music..no offense, i really can't take it..

Selasa, 9 Mac 2010

Jam tangan- jam henset- jam mp4

Aku ada satu cerita nak dikongsi...

Kisah ni pasal seorang budak, dalam cerita ni dia satu2nya watak..

Cerita bermula apabila budak ni bangun pagi. kemudian dia tengok handset dia berkecai kat bawah tepi katil dia. Kemudian dia pon mengumpul tenaga untuk memasang balik handsetnye itu semata-mata untuk tengok dah pukul berapa la kinek tok*. Jam di hansetnya menunjukkan jam 645 pagi. Dia lega sebab kelas dia start pukul 8 pagi.

...tut..tut..dia termenyambung tidur, sedar balik jam pada hanset tadi menunjukkan pukul 7 lebih. Dia bangun, mandi, dan bersiap-siap nak ke kelas pukul 8. Lepas tu dia ternampak jam tangan kat atas meja, nampak macam baru pukul 7, dia abaikan. Lepas tu si budak 'on'kan mp4 sambil bersiap-siap. Dia tengok jam pada mp4 nya menunjukkan sudah 830 pagi. Dengan confusenya, dia tengok balik hanset, baru 740 pagi. Dia buka pintu bilik dan tanya pada seorang kawan yang berada di ruang tamu. "Gee sekarang dah pukul berapa?", dia jawab, "830". .....

Kelas pukul 8 sudah terlepas, jadi dia menunggu waktu untuk ke kelas seterusnya pada pukul 10. Ada presentation. Unfortunately this natural late comer can't help being late. Dia sampai di kelas pada waktunya, tapi kumpulan pertama yang dipilih untuk pembentangan sudah bersedia di depan. Dan yang paling best, dia merupakan presenter yang pertama. Dengan kelam kabut dia letak beg dan keluar ke depan. Menyampaikan apa yang yang perlu disampaikan dengan termengah-mengah. Suara terketar-ketar sebab terkejar-kejar naik tangga ke kelas...

Daripada cerita budak ni, kita boleh ambil beberapa pengajaran:

1. Jangan tidur lambat supaya tak bangun lambat.
2. Jangan percayakan 100% hanset anda.
3. Dapatkan jam meja untuk diletak dalam bilik anda.

Sorilah tulisan ku hari ter'rojak' pulak...


*Kinek tok = sekarang ni

Khamis, 4 Mac 2010

P-O-L-Y-M-E-R

Hari ada exam untuk subjek yang dipanggil Polymer. Seperti biasa, aku yang so-called-last minute-person ni study bemula 2 hari lepas, tapi start pulun semalam. Aku suka je bace2 last minute ni, tapi takdelah terer pon dalam hal ni. Selalu mencari nahas setiap sem.

Sebelum masuk exam hati kool je walaupun kepala terasa kosong, tengah jawab soalan tu, muka berkerut, mulut dah jadi kecik da muncung, lepas jawab exam muka senyum, tapi seluruh badan penat..berjalan dengan kepala masih memikirkan nak pergi tak kelas seterusnya...Komen tentang exam--->"TIADA"

Sebut pasal kepala kosong, perutku masih kosong. Air pun belum diteguk hari ini. Misi mencari makanan akan bermula selepas 2 jam dari sekarang. Aku dah buat keputusan untuk pergi ke kelas seterusnya. Saya mau jadi budak baik. Nak masuk kelas lecturer yang disayangi, Dr P.

Risau dengan result sem ni nanti...

Isnin, 1 Mac 2010

Bila Menangguh Bukan Lagi Pilihan...

Dengan Nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Aku sedang berada dalam masalah ketika ini. Tapi aku masih boleh mengawal perasaan. Masalah aku ialah, lappy aku rosak sudah..

Macam mana lappy kesayangan aku tu buat hal? Mungkin, err..aku agak yakin tu kesilapan aku sendiri. Dengar2 daripada orang yang tau pasal komputer ni, dia cakap hardisk rosak. Kalau betul, habislah semua harta, kenangan aku dalam lappy tu. Gambar2 yang aku penat2 kumpul untuk dikenang. Nota2 study aku..Oh, harap ada sesuatu boleh dilakukan untuk selamatkan barang2 tu.

Sejak beberapa hari lappy aku tak berfungsi, aku mula mengambil peluang menyiapkan kerja2 yang perlu diselesaikan dengan menggunakan lappy kawan2. Bila mereka tak guna je, aku terus rembat dan buat kerja aku. Tak sangka masa desperate camni aku dapat siapkan tugasan2 dengan cepat. Bila menangguh bukan lagi pilihan, aku jadi mampu menyiapkan tugas2 awal2 lagi.

Aku mau lappy cepat sihat. Nak beli baru macam susah, sape la yang nak support. Apa2 pon aku berharap aku dapat mengharungi hidup tanpa lappy beberapa minggu lagi tanpa sebarang tekanan yang kuat.

ps: terima kasih sangat2 buat kawan2 yang sudi meminjamkan aku lappy mereka ketika aku perlukan..sayang kamu semua..

ps2: ku pinjam perkataan lappy dari miz lyle hikari..halal eh..

Selasa, 16 Februari 2010

Rehat sebentar~


Baru je membaca jurnal untuk assignment, dah nampak semacam je. Jurnal yang sebelum ni pulak macam guna bahasa alien, satu pun aku tak dapat tangkap walaupun 2 kali baca. Jurnal kedua yang ku baca lebih ringkas, Alhamdulillah~ Tapi masih tak dapat menulis ape yang perlu ku tulis untuk menyiapkan assignment tu. Jadi jari2 ku mula mau berlari2 di atas keyboard lappy ini.

***
Esok aku mau keluar, kereta ku sewa dari 10 pg- 10 mlm. Mau penat kakiku berjalan-jalan esok. Oh, harap2 aku tak perlu mengikut kawan2 berjalan ke tempat yang aku tak gemar. Jadi driver memang membosankan bila pergi ke tempat yang tak menarik. Aku harap 7 destinasi esok akan kami sampai dengan selamat tanpa sebarang masalah dan selamat pulang ke tempat tinggal kami semula.

***

Bako!! here i come. Agak berdebar-debar ingin menjejak kaki ke Bako. Kat sana ada monyet belanda yang takda kat tempat lain. Sebuah taman negara yang ternama di Sarawak. Okkeh, nanti sekembalinya aku dari sana akan ku ceritakan di sini, bila free.

Rabu, 27 Januari 2010

Kebelakangan ini..

1. Sabtu lepas, aku pergi ke Rumah Kanak-kanak Kuching. Ada program, bersama mereka, main-main, mendekatkan diri dengan mereka, mendengar luahan hati mereka walaupun tak banyak. Membuat aku rasa betapa bertuah aku kat sini, dilahirkan sebagai aku. Masa nak balik, diorang nangis2, sama lah, kami yang nak balik ni pon turut menangis, insyaAllah adik2, kami datang lagi kalau ada rezeki.

2. Pertandingan memanah, aku join. Walaupun pada mulanya terpaksa/takut, tapi berakhir dengan seronok. Walalupun tak menang, aku dapat sesuatu, aku dapat sedikit keyakinan utk pegang bow dan shoot.

3. Internet dekat tempat aku ni dah lebih 3 hari limited. Bengan sebab aku nak ber'facebook' tak dapat. Huh! Nak cari maklumat untuk assigment pon payah kalau gini. Harap dapat tak lama lagi~

Ahad, 10 Januari 2010

Yukimi sushi

Korokke


Maki sushi, takoyaki...



Takoyaki

Hari ni keluar dengan beberapa orang geng gi beli barang2 makanan untuk diletak dalam loker, untuk kegunaan emergency khususnya. Lepas tu, kitorang pergi ke Matang Jaya makan sushi. Aku sebenarnya x berani nak telan sushi tu kalo betul2 buatan jepun. Sebab, aku tak tahan weh makan benda mentah2 ni. Bagi aku, kat sini(Yukimi sushi) ada sushi bercitarasa Melayu, aku rasa mungkin dia sesuaikan dengan lidah dan tekak orang kita kot. Lidah melayu mana biasa dengan ikan mentah. Tapi dalam gambar kedua kat atas ni, yang ada anak panah tu, yang tu benda mentah, aku makan, dan taknak makan lagi lepas ni. Ade gak sushi yang nampak macam ootoro, tapi bukan ootoro lah. Yang lain ok, sedap je. Terima kasih kawan2 sebab sudi teman ku ke sana~

***

Bila dengar suara2 baru azan kat kolej ni rasa sedih la pulak. Entah kenapa, cam kehilangan sesuatu pulak. Padahal mana ada ku hilang apa2. Hairan dengan emosi manusia, terlalu kompleks.
Allah itu Maha Bijaksana..

Sabtu, 2 Januari 2010

shop-a-holic

Orang Malaysia memang suka membeli-belah

Shopping perkara yang sinonim dengan perempuan. Bila ada jualan murah, pasar raya mesti penuh dengan perempuan. Pernah dengar tak ayat ni,

1."Kalo tak beli sekarang rugi, nanti balik kang menyesal".

2." Duit banyak melayang, tapi tak pe puas hati".

Aku kurang bersetuju dengan orang yang macam ni. Kalau beli sesuatu hanya berasaskan "saya berkenan, saya beli" memang tak patut. Dengan kata lain, berlandaskan nafsu semata-mata. Biasanya orang yang begini memang menggunakan duit mereka mengikut kemahuan dan bukan keperluan. Kita orang islam sepatutnya fikir tentang pembaziran, walaupun pembaziran tu boleh dilihat dalam pelbagai aspek, tapi yang paling ketara adalah pembaziran wang. Membazir amalan syaitan.

Hairan dengan kewujudan shoppaholic

Jumaat, 1 Januari 2010

Pada hari pertama tahun 2010

Masa naik lrt ke sogo pagi tadi, aku rasa lrt tu laju betul. Fuh, x sangka, lrt pon bersemangat pada hari pertama 2010 ni.
Sampai kat sana, aku pusing2 sogo, lepas naik dan turun barang yang aku mahukan tak dijumpai. Akhirnya aku terpikat dengan makanan juga. Satu2nya barang yang aku beli di sogo ialah makanan. Tujuan sebenar aku nak cari beg baru atau mungkin baju. Malang, aku belum menemui yang sesuai dan yang aku berkenan. Adakah taste aku terlalu rare atau dengan kata lain pelik dalam kalangan rakyat Malaysia, sampai pembekal handbag tak bekalkan pattern yang memikat aku?

Encik Pemandu bas rapid kL bagi aku kalendar, haha best2..aku suka dapat kalendar tahun baru.

Khamis, 31 Disember 2009

2010



Selamat tinggal 2009, illustrasi(haha, cam bagus je) kat atas ni aku buat sempena menyambut tahun baru 2010. Tahun 2009 bakal melabuhkan tirai. Sepanjang tahun 2009, memang banyak perkara yang aku mahu kenangkan, ada juga yang aku mahu lupakan. Tapi kalau perkara tak best yang aku alami aku lupakan semua tak boleh juga, sebab nanti aku tak akan belajar dari kesilapan yang mungkin menjadi punca perkara tak best tu. Begitulah hidup ada bahagia, ada derita. Kita memang berharap hanya yang terbaik untuk hidup, tetapi harapan kita tanpa izin-Nya takkan ke mana.

Sempena tahun baru, aku mengharapkan yang terbaik buat diriku, orang2 yang aku kasihi, dan juga saudara2 seislam denganku, semoga harapan kita diiring dengan doa yang ikhlas dan semoga Dia membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya. Allah ya Rahman wa Rahiim. Amiin

ps: aku mau bekerja kuat tahun ni, kalo aku lupa ingatkan aku tau!