click here :)

Ahad, 24 Mei 2015

Note #78 : Gaijin Khatulistiwa Mengembara di Jepun- Hari ke-7 (Tokyo)

Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-7 
(Tokyo)
7 Mei 2015

Bismillah

Hari ni nak ke Tokyo, dari hari pertama di Kawaguchiko dah rancang nak ke Tokyo seawal mungkin. Tapi bila tiba harinya, perasaan tu aneh sikit. Aku memang x sabar nak keluar dari Kawaguchiko yang sejuk, tapi aku rasa x selesa nak ke Tokyo. Mungkin perasaan xsuka bandar aku tu dah meninggi. Aih. Memang awal kami keluar haritu, nak ambik tren pukul 7 lebih. Kami keluar ke stesen. Di tempat menunggu bas, Yuri bertegur sapa dengan satu couple dari Indonesia. Mereka nak ke Pink Moss, kata Yuri, harini mesti dah x ramai cam semalam. Aku mengiyakan. Di stesen, kami terserempak dengan tenant yang tinggal di ryokan yang sama, couple dari Malaysia, dengan 2 orang anak. Semalam anak kecil dia menangis, lama juga, mungkin sejuk, mungkin spesis aku x tahan sejuk, maklumlah, kami dari khatulistiwa. Kesian baby. Aku bertegur sapa dengan si isteri ni, suaminya tengah beli tiket. Dia tanya, kami dah ke mana di Jepun, aku bagitau la, kata dia, mereka di Tokyo je. Mereka ambil bas dari Kawaguchiko straight ke Shinjuku. Kami pun menuju tempat yang sama, tapi memilih untuk guna kereta api sebab kami ada JRPass. Dari Kawaguchiko ke Otsuki, tambangnya 1140, kata orang ni, bas untuk 2 orang dalam 3000 yen, aku agak paling kurang 1500 seorang. Sebenarnya lebih mudah, xperlu tukar2 tren macam kami. Tapi aku khuatir juga kalau2 naik bas jumpa jem macam hari kami ke Kawaguchiko. Xsanggup dah rasanya. Masa tu sejuk, aku ambil peluang cop poskad2 aku dengan memorial stamp stesen Kawaguchiko. Lepas tu aku masuk ke tempat menunggu, lebih tertutup, boleh lari dari sejuk. Yuri keluar untuk rakam bunyi lagu melintas jalan di jalan depan stesen. Aku xmau, sejuk.

Cuti GW dah habis, harini dah boleh nampak budak2 pakai baju sekolah nak ke sekolah. Ramai diorang ni yang commute train untuk ke sekolah. Aku nampak tren dah sampai, tapi Yuri masih di seberang jalan. Aku keluar panggil. Kami masuk ke platform dari sini ada view tren berlatarbelkangkan Fujisan, ambil gambar lagi! Kemudian aku masuk tren. Raaamai budak2 sekolah, ada 2 jenis uniform. Satu pakai tie, satu yg hitam smart tu gaya budak sekolah jepun tu. Lepas tren bergerak, makin banyak variasi uniform sekolah aku tengok. Diorang ni kasut lain2 agaknya xkisah kot nak pakai kasut apa, macam2 warna aku tengok. Tapi budak2 perempuan pakai kasut hitam je. Aktiviti diorang dalam tren, main hengpong, xpun borak2 dengan kawan. Ada beberapa orang ni, masuk terus jumpa kawan. Agaknya dah janji masuk koc mana kot. Kalau orang2 dewasa yang pakai suit kemas tu, diorang tido dalam tren. Ada juga mengahadap hengpong. Aku dengan Yuri dok menelaah karenah budak2 dan orang2 dewasa dalam tren. Kami tiba di stesen Fujikyu Higland, memang belakang stesen je boleh nampak tempat tu. Pastu menghala ke Otsuki, ada satu stesen ramai budak2 turun tinggal sikit je yang masih xsampai destinasi. Ada satu stesen pula, golongan pekerja bersut turun. Yuri menimbulkan persoalan, “adakah orang ni terlepas stesen?”, aku tengok orang yang dimaksudkan, dia tengah tido. Kami buat spekulasi bermacam2, termasuklah, ‘kalau dia terlepas pun kita xkan tahu sebab mesti dia buat muka tenang je..’ Tah kenapa aku bersetuju juga.

Kami sampai di Otsuki. Kat stesen Otsuki boleh tukar ke JR tren untuk ke Tokyo. Memang kena tukar rasanya, sebab tren tadi berhenti last kat stesen ni je. Dekat exit, ada stamp lagi, cop lagi! Tapi kan, kat sini suhu lebih sejuk dari di Kawaguchiko tadi. Adeh laa, entah kenapa, aku ingat dah menghala ke Tokyo ni makin kurang sejuk. Terfikir gak, Otsuki ni celah mana ni sejuk sangat ni. Aku pun x tertahan tangan sejuk, kene masuk tangan dalam poket. Turun di platform, terus masuk waiting room. Fuh lega kat dalam tu. Pastu aku keluar jap tengok route map. Jauh juga Stesen Shinjuku(tujuan kami), stesen ke 24 dari Otsuki. Kalau stesen Tokyo, tambah lagi 4 stesen. Aku rasa mesti boring atas train ni. Ternampak Mitaka dalam route map tu. Oh, boleh la tengok stesen Mitaka sebelum pergi sana esok. Aku masuk semula ke dalam. Pastu teringat nak cek JRPass. Cek beg kecik xda, cek beg besar xda, beg paling besar memang xda lah. Aku dah cuak! Mana pulak pergi dia ni? Double check triple check pun xdak. Sementara tren x sampai lagi ni, baik aku gi cek tempat lalu tadi. Aku keluar dari waiting room, tetiba ternampak lah JRPass aku terbaring kat tepi pintu. Fuuh, alhamdulillah, lega. Xlama kemudian sampai la tren. Kami naik..

Dalam tren ramai juga orang nya, aku dapat seat, Yuri dapat lambat sikit. Kami tertidur sama macam orang jepun dalam tren. Sampai kat satu stesen ni, x silap aku namanya Tachikawa, semua orang keluar! Aku pelik, aik, xkan semua xnak pergi Tokyo kot? Kita xsampai Tokyo lagi nih! Aku duduk sambil2 blur, kemudian ada orang tren suruh kami keluar. Lahh, apesal x cakap awal kat route map tu kena tukar train? Mana kami tau, ingat direct jela. Itu yang aku fikir masa tu. Tapi sebenarnya silap aku, aku yang x perasan tanda yang menunjukkan kena tukar tu, dari Otsuki sampai Tachikawa tren line biru, dari Tachikawa ke Tokyo tren line oren. Itula, lan kali tengok betul2. Masa nak tukar tu pun salah tengok platform, kena ke platform sebelah, tapi kami mula2 ingatkan kat situ je. Masa tu ramai gila orang berpindah platform. Bila dah perasan silap platform tu, dah terlambat juga, berlari juga la nak naik tren. Nasib sempat, nasib ada seat. Aku memang dah start manja dah masa ni, aci nak seat je. Yuri cool lagi selalu xduduk. Kali ni memang kami akan terus ke Shinjuku.

Route map tren dari Otsuki, ada 2 ketapi, satu warna biru, satu oren. So kena tukar okey.

Sampai di Shinjuku kami turun, cari tren nak ke stesen yang dekat dengan hotel. Stesen yang kami cari ialah Jujo. Mengikut aku punya map. Dah sampai Tokyo ni, kena pandai tengok line apa nak naik tren. Ada Yamanote, ada Chuo, ada Keihin-Tohoku line (Semua ni JR). Omg, berselirat otak aku nak ingat. Mengikut map aku dari google map, kami kena naik Yamanote line ke Ikebukuro, dari sana tukar lagi, ambil Saikyo line menghala ke Kawagoe. Kami ikut je la. Sampailah kami ke Jujo st. Dalam tren tadi Yuri ada cakap, apesal Jujo je, bukan Higashi-Jujo ke? Aku x ambil pusing sebab aku xtau apa yang dia risaukan. Sampai tu, aku suruh Yuri tengok map nak ke Hotel. Tapi tengok2, map dia tu dari stesen Higashi-jujo. Ooo, patutlah dia risau. Aku nak usha tiket ke Mitaka, sebab esok kami dah xboleh guna JRPass. Pakcik kat situ tolong kami, katanya 360 sehala dari Jujo st ke Mitaka St. Mahal~ T_T

Pasal silap stesen tu, kami masuk balik, tanya orang kat kaunter. Acano nak ke Higashi –jujo. Kali ni aku x berapa paham apa dia cakap. Aku dengar dia cakap seberang2. So Aku angguk2 je. Pastu aku nak masuk, dia tanya pula, nak pergi dengan tren ke? Aku cakap ye. Sekarang dah musykil dah, aku ingat tadi dia cakap suruh ke platform seberang. Adoi. Yuri cakap kena naik tren yang kami naik tadi juga, tapi turun di Akabane. Di Akabane tukar naik Keihi-Tohoku line, satu stesen je dah sampai Higashi-jujo. Aku ikut je Yuri, sebab dia berpandukan tenet. Sampailah kami di Stesen Higashi-jujo(Hj). Dekat sini, kami naik lah tangga nak keluar. Sampai situ lost lagi sekali. Mana nak terjah ni? Aku tanya makcik jual surat khabar. Dia tunjuk jalan, katanya, turun lif ni, terus je sampai jumpa jambatan, pastu pergi ke kanan. Aku dan Yuri teruskan perjalanan. Tapi Yuri musykil lagi, sebab kata dia, dari stesen Hj ni, 2 minit je jalan dah boleh sampai. Kami terhenti jap kat tengah2 jalan tu. Sebab jarak dari tempat kami turun tadi dengan jambatan yang makcik tunjuk tu, agak jauh, bukan 2 minit tu. Kebetulan, ada orang lalu, aku tanya lagi, dia cakap benda yang sama macam makcik tadi. Aku kira ye la tuh, dah 2 orang cakap benda sama. Jalan punya jalan, sampailah dekat jambatan, kat sini kena naik bukit depan rumah orang untuk naik ke jambatan tu. Naik je atas, nampak koban (pondok polis)! Koban pertama yang aku perasan kat Jepun ni. Dok cerap2 mana la hotelnya sebab dah nampak landmark dia 7e. Tada! Dah depan mata rupanya. Tengok ke arah koban, belah kanan kami tu jalan ke setesen Hj rupanya. Kami silap pilih exit. Patut keluar dari situ, betullah 2 minit jalan. Masuk nak letak barang je ni. Masa check-in lambat lagi, pukul dua, sekarang baru pukul 11. So kami uruskan beg kami, sambil tanya macam mana nak ke Tokyo, nak ke Mitaka. Receptionist tu ambil railway map dan tunjuk, dia pun siap tunjuk plan location hotel tu dengan train station. Baru aku faham, Higashi-jujo st paling dekat dengan hotel. Tapi Jujo St pun masih dalam walking distance dengan hotel. Ok, sekarang dah dapat layout tempat, aku decide nak jalan ke stesen Jujo, sebab esok kami nak bertolak dari sana ke Mitaka. Baik tengok jalan siap2. Dah selesai kemas beg, bawa apa yang patut, simpan beg, tandas, kami keluar menuju Jujo St.  

Jalan sini berbukit, nak ke Jujo St kena mendaki. Alah, mana je kat Jepung ni x berbukit? Maybe Hiroshima, tempat yang pergi tu je la kot. Nagoya pun xda bukit, cuma ada pengalaman naik tangga 6 floor straight je, achievement unlock siap kat situ. Yuri ada cakap sakit tekak, aku tanya la nak try cari ubat kat farmasi x? Kitorang masuk, tapi skali lagi x tau nak cakap apa, orang tu dah tanya nak apa? Sambil senyum. Aku paksa otak aku fikir masa tu juga!  Apa yang keluar ialah “Nodoga itai”, sambil tunjuk kat tekak, ‘sakit tekak’ itu je yang aku mampu tuturkan. Kemudian dia tunjukkan satu ubat, ubat cecair. Aku tanya ada x ubat dalam bentuk gula2, dia cakap xda. Ubat tadi tu mahal juga, lebih 1000yen xsilap aku. Yuri xnak, sebab dia nak gula2 cam strepsil, katanya jom cari dekat 7e lah. Aku ikut je. Sampai 7e, ade pon ubatnya, cuma Yuri ragu2 nak amek yang x biasa tengok tu, kami x pandai baca, tapi mengikut illustrasi tu, yelah ubat sakit tekak aku rasa. Yuri beli gula2 yang lain, yang agak boleh legakan tekak. Lepas tu kami gerak ke stesen. Jalan kat sini area rumah2 dan kedai2. Xramai orang. Bukan kawasan pelancongan pun. Jadi bila kami berselisih dengan orang, biasanya mereka akan tengok juga lah. Kat Tokyo, sesetengah tempat akan dapat stares, tapi bukan intimidating lah bagi aku. Jalan punya jalan, ada la dalam15 minit, sampai kat Jujo. Tempat mula2 kami turun tadi. Masa aku menulis ni baru aku faham apa yang orang stesen cakap pasal ‘seberang’ tadi tu. Rupanya dari Jujo nak ke Higashi-Jujo dan sebaliknya, kena seberang jalan keretapi dengan jalan kaki. Itulah yang dia maksudkan. 

Dari sini, kami nak ke Otsuka untuk cari masjid nak solat zohor dulu, mulanya nak ke Tokyo Station, tapi xdapat maklumat ada surau kat sana, sebab xnak ambil risiko xda tempat solat, kami ke Otsuka. Nak ke sana, kena ambil tren ke Ikebukuro, stesen kedua dari Jujo, di situ, tukar ke Yamanote line untuk ke Otsuka. Yamanote line ni tren yang route dia satu bulatan, satu round. Kira kalau salah naik sekalipun, dan malas nak tukar tren, boleh je tunggu sampai tren ni pusing balik kat tempat tadi. Otsuka Cuma satu stesen sebelah Ikebukuro. Dekat, dan senang. Kami turun, mula nak cari jalan. Map Yuri buat hal pula, aku punya wifi yang nyawa2 ikan pula jadi harapan. Aku buka, dapat map sikit. Sambil tanya orang, sambil jalan. Dari exit ni, kena cari Bank, macam orang dekat kaunter JR tunjukkan, dah dekat dah bank nye. Pastu tenet hilang, mana laa nak terjah. Aku dapat ingat sikit, tempat ni bukan depan jalan, dia ke belakang sikit. Jalan2 tu, aku bagitau Yuri bukan jalan depan ni, dia pun ajak ke belakang, aku ikut, naik bukit lagi, pastu nampak ramai2 orang bukan Jepun,muka cam arab/pakistan gitu. Yuri syak, maybe situ, kami jalan lagi, dan Yuri cakap, “Ni ha!” Alhamdulillah, dipermudah urusan nak cari masjid ni. Sebut masjid, tapi tempat ni kecil je. Bangunan paling hujung dari sederet bangunan, dan 3 tingkat. Kami masuk, terus ke tempat yang ditulis ‘women only’. Masuk, bagi salam, jumpa lah sorang kakak dari Indonesia dengan baby dia, dan sorang makcik Jepun pakai tudung. Kami bersalaman. Kami ke tempat wudhuk, solat. Lepas solat, aku nak tanya mana ada tempat makan halal, masakan Jepun la kami nak. Tapi masa aku nak tanya tu, makcik tadi tengah siap2 kan makanan dia, nak makan tengah hari. Aku serba salah pula. Aku masuk balik, aku keluar balik, aku tunggu Yuri, x keluar2, pastu tiba2 makcik tadi ajak makan. Aku segan sebenarnya, tapi memang tengah lapar. Yuri keluar, aku pun terimalah pelawaan tadi, makcik tadi dah siap2 ambilkan pinggan. Lauk dia miso soup dengan salmon goreng tepung. Sedap! Aku suka nasi dengan sup miso. Kata dia rasa sup dia ni kurang sikit, dia sengaja kurangkan untuk lebih sihat. Masa ni la kami tanya tempat makan halal untuk makanan jepun. Kata akak tadi, susah, paling ada pun dekat stesen Yoyogi-uehara, ada satu kedai soba. Tapi kena pilih yang ebi(udang) je. Makcik pun mengiyakan, dia tambah lagi, kalau area situ, ada satu kedai jual tempura, situ ok, dia dah tanya dah bahan2nya. Aku iyakan je, makan nasi berlaukkan sup miso dan salmon ni sedap. Baru ni kali pertama kami makan makanan tempatan sejak tiba di Jepun 6 hari lepas.

Masjid di Otsuka, Tokyo


Lepas habis makan, makcik suruh tambah, katanya “enryoshinaide..”, aku dah kenyang, tambahan pula xmanis rasanya nak makan banyak. Jadi aku menolak dengan baik. Aku nak basuh pinggan, katanya xpayah, nanti dia basuhkan. Aku basuh juga lah, xkan nak biar. Tapi aku musykil juga macam mana adab orang Jepun, entah2 dia lagi suka kalau kita betul2 tinggalkan. Aku x pasti, tapi bila dia cakap, aku bawa balik la sudu aku tu, aku anggap dia bagi aku guna sinki situ lah. So aku basuh pinggan2 kami. Kakak Indonesia yang aku lupa namanya tanya, dah ke Tokyo Camii? Belum. Katanya masjid Tokyo Camii bagus, besar dan cantik. Aku xtau sangat sebab tengok pun dalam gambar je. Tapi dia beriya suruh kami pergi. Memang ada dalam perancangan kami nak ke sana esok. Kami minta diri nak ke tempat lain pula. Masa makan tadi, kami dimaklumkan ada seseorang meninggal dunia, pelajar kalau xsilap, mereka pun belum dapat maklumat lanjut. Patutlah ramai2 di depan tadi. Baru lepas solat jenazah. Masa kami keluar pun orang2 tu masih ada.

Kami nak cari kedai tempura yang makcik cakap tadi. Pusing satu blok x jumpa. Kami ambil keputusan untuk ke stesen semula. Dalam perjalanan, ternampak ada bunga ros mekar dan banyak di tepi pagar laluan tram (sini pun ada tram tapi berpagar, di Hiroshima selambadak je atas jalan raya). Bau wangi lagi masa lalu kat sepanjang jalan yang ada ros tu. Dah la cantik, wangi pulak. Aku ternampak Book-Off kat sini, aku ajak Yuri pergi tengok. Book-Off yang jual cd dan buku2 terpakai. Aku cari cd, cd album YUI yang berharga RM100+ boleh dapat dengan harga xsampai RM40 je. Yelah, barang terpakai. Tapi masih ok la, sebab tu dijual. Tapi aku x beli. Kami balik semula ke stesen.


Masa kami naik, eskalator ke platform, tiba2 ada sorang makcik rambut putih tegur aku kuat2, aku x sedar dia cakap ngan aku, bila aku pandang baru “Ohh tegur aku ke” dalam hati la cakap gtu. Kata dia “Israel?”, Ah sudahh, haritu Iran, ni Israel pulak, terus la aku nafikan, Israel ape obasan, tu bukan islam tu.. Aku cakap la, ”ie, Mareshia kara”, dia angguk2, kata dia “Kawaii ne, sukaffu wa..”, memuji dia, cakap tudung kami comel pula. Aku senyum2 je, xtau nak respon cemana. Pastu dia tanya kami nak naik tren arah mana, dia nak gi ke Ikebukuro, aku kata aku ke Tokyo, tunduk2 la sikit sebelum dia ke platform dia, aku dan Yuri ke sebelah bertentangan. Nampak dia menegur orang lain pula, Yuri kata, memang jenis peramah agaknye, sakan dia borak dengan orang tu. Kami naik tren menghala ke Tokyo, destinasi, Tokyo station, tapi bila lalu Nippori, aku cakap kat Yuri, sini boleh beli kain, ada textile street, saje test pancing. Makan pula, dia macam nak pergi la, aku ni kalau Yuri xmau pun xpa, sebab aku pun penat gak rasa masa tu.Tapi dah dapat green light tu, kami pun turun, cari mana laa textile street ni, nak cari kedai Tomato yang popular tu. Jalan punya jalan, berpandukan juga map Yuri, kami jumpa, kena jalan beberapa ratus meter juga dari stesen Nippori. Sampai sana, mula nak cari kedai Tomato. Aku usha kain kimono dekat kedai ni, aku xpasti la gred dia, tapi corak lawa2, harga 500yen semeter, pada aku ok la tu. Kalau ikutkan kimono betul harga mahal wey.Tokey kedai tegur, dia tanya, kami orang Malaysia ke? (Kali pertama orang terus teka kami orang Malaysia!! Excited!). Kami iyakan, kata dia, kalau orang malaysia biasa ambik kain ni 4 meter buat baju. Laaah, sahlah area sini memang jadi tumpuan orang kita. Aku x beli juga, sebab aku dengar Tomato ada jual kain 100yen semeter. Itu lah yang mak cari! Cari2 jumpa la satu Tomato. Tapi kain2nya 1000yen keatas untuk semeter. Kat sini jumpa satu family, orang Malaysia, encik tu tegur, ni dari mana ni? Yuri dah hampir jawab Malaysia dah, pastu cover balik, KL. Kami naik atas cuma jual lace. Turun balik. Xbeli apa2.

Dari situ, kami nampak 1 lagi kedai Tomato, meh try sana pulak lah, eh sini jual barang2 kraf je, butang2 semua tu. Aku keluar nampak satu lagi Tomato, eh rupa-rupanya berderet tu 2,3 kedainya. Ade dalam 4 ke 5 buah Tomato saja.  Aku masuk yang ni, haaa tudiaa kain 100 yen yang akak cari. Aku belek2, dah jumpa yang berkenan, tapi usha lagi sampai belakang. Kain banyak yang 100 yen-300 yen yang lawa2. Tapi susah nak dapat yang aku berkenan. Aku ke depan semula nak beli kain kotak2. Cara dia, kau kene tarik gulungan kain tu keluar, pastu bagi dekat tukang gunting. Aku pernah baca dalam blog orang cakap ni, sambil2 aku perhati juga cara orang buat. Jadi aku ambil satu gulung tu, bagi dekat tukang potong. Sambil tunggu, sambil usha lagi kot boleh belikan untuk mak aku. Tapi xsesuai pula. Tukang potong kain panggil, cakap, “Kain ni ade 3 meter je kak, x boleh nak jual 2m..” jadi aku pun angkat lah 3 meter terus. Orang2 yang keje sini muda2, budak laki pulak tu tukang2 potong kainnya.



Textile street Nippori


Yang gambar tomato tu la Tomato!


Sekitar textile street Nippori


Jalan masuk ke stesen Nippori. Dari sini boleh jalan ke textile street.


Yuri dah tunggu kat luar je masa ni, aku pula ke kedai Tomato sebelah, ada lagi kain 100yen, corak pun ada yang aku berkenan, fikir punya fikir, belek2, fikir lagi, xjadi ambil. Polisi kedekut masih berjalan. Aku ajak Yuri balik, ada satu lagi kedai, tapi akak x kosser dah nak masuk. Kami nak balik stesen, jumpa kedai kasut, Yuri masuk jap jenguk2, xda berkenan. Kami keluar jalan balik ke stesen. Kali ni kami menuju ke Tokyo station. Di Tokyo station sebenarnya, tujuan kami ialah nak naik Shinkansen. Masa kat Kawaguchiko tu sampai harini memang rindu shinkansen. Jadi kami mengambil keputusan nak naik untuk berehat/tidur dan melepas rindu pada shinkansen. Sebab dah x tau nak buat apa kat Tokyo masa tu. Tapi, sebelum ke trek shinkansen, kami ke TIC dulu, nak tanya jalan, dan day pass yang ada ditawarkan untuk area Tokyo. Aku tanya macam mana nak pi Sky Tree, Tokyo tower, apa2 je yang terlintas aku tanya. Pasal pass pula, ada Tokyo one-day free tix(Tokyo Free Kippu), pass ni boleh guna untuk JR, subway (ada 2 line ,Toei Metro dan Tokyo Subway), Street car, dan Nippori Toneri Line. Harga untuk ni ialah 1590 yen. Aku rasa mahal untuk sehari tu, lagipun belum tentu boleh pergi semua tempat. Kami pun dah bahagikan nak pergi mana esok, nak pergi mana lusa. Jadi aku ambil keputusan beli pass Tokyo Metropolitan District Pass (untuk JR central je), harga 750 yen. Untuk hari kedua, boleh beli Tokyo Subway Ticket (subway sahaja) harga 800 yen. Lepas dah siap berurusan dengan cik TIC yang sangat bagus dan membantu tu, aku dan Yuri pergi cari tempat nak beli pass. Kalau nak beli pass untuk hari esok, kena pergi ke ticket office. Kalau nak beli untuk haritu juga, boleh pergi kat mesin tiket biasa. Aku carilah, jauh juga nak jumpa. Sambil cari, ternampak Tower Mini. Baru tau Tower Records ada outlet yang dipanggil Tower Mini. Kami masuk satu ticket office ni,  tapi orang tu kata kena pergi office hijau. Yang kami pergi tu ticket office biru. Lah, ada pula warna2 nya. Akak xtau. Kami masuk ke tempat yang diberitahu tu, tanya la orang kat kaunter sambil tunjuk gambar pass dalam buku Tokyo Guide. Dia tenung punya tenung gambar tu, macam benda tu x wujud, lepas tu baru la, “Aahhh, ikut sini..” sambil usher kami ke mesin tiket. Aku tanya dia, tiket ni cover area mana je. Sebab orang tadi tu cakap cover area JR Central je. Then dia keluarkan pen highlight dia, tandakan dekat map aku. Ok, memang hafal dah korang ni kan. *Tabik! . Aku pun oklah, boleh beli, dia tolong tekan2 dan dapatlah kami beli pass untuk esok. Cuma satu la, esok kami nak ke Mitaka, tapi pass ni x cover sampai sana, so kena bayar tambahan. Pass cuma cover sampai 2 stesen sebelum Mitaka, stesen Nishi-Ogikubo.

Sedikit info tentang day pass yang ditawarkan di Tokyo


Route map pelbagai line JR. Warna tu juga petunjuk, route warna hijau, badan tren pun akan ada line warna hijau. Cth: Yamanote line warna hijau cair.



 Aku dan Yuri simpan tiket baik2, dan kami teruskan perjalanan cari trek shinkansen. Masa tiba kat sana, aku nak naik shinkansen menghala ke utara, tapi sebab Yuri macam x menyokong, dan aku pun dah penat nak mencari, aku ikut jela naik ke trek shinkansen mengahala ke Nagoya. Adakah kami nak ke Nagoya?! Oh tidak, nanti lambat pula nak balik ke hotel kami. Kami decide untuk naik sampai Atami je, lepas tu patah balik. Atami dekat je, sampai ke x sejam aku x berapa ingat. Kami naik memang untuk tidur, rehat, sambil aku cas hengpong. Masa ke trek, tren xda lagi, tunggu kejap, beli air, baru tren sampai. Memandangkan Tokyo ni hentian akhir untuk Kodama ni, aku dah tau dah, lepas semua keluar mesti kena tunggu diorang cuci dulu. Lagipun boleh nampak geng2 cuci tren dah siap2 beratur tepi pintu sebelum tren sampai lagi. Pakai baju pink terang dengan  topi, lawa dan kemas. Masa orang keluar tu, diorang ni akan tunduk sambil ucap terima kasih. Kalau 4 orang yang beratur, empat2 tu akan cakap benda yang sama, walaupun kalau orang belakang tu cakap terima kasih, orang yang turun tadi x de dengar pun. Gitu sekali adab dengan customer. Menghargai customer diorang hokey.  Aku dalam hati dok puji2 la akak2 cleaner ni. Dah siap tu, kami masuk, cari tempat duduk,kami amek gambar last naik shinkansen sebelum masing2 bersedia untuk tido. Yuri siap set alarm, aku x berani, sebab buatnya hengpong aku hang time nak tutup bunyi alarm, xke malu nanti. Dah la orang Jepun ni memang tiap2 kali naik tren diorang akan pesan set fon masing dalam manner mode (silent), kalau kat Green Car (koc mahal sikit) kena tutup teruih. Aku cas hengpong, tengok pemandangan dari bandar Tokyo ke luar bandar, pastu mata mintak tiduuuur.



Di trek shinkansen Tokyo




Keluar dari Tokyo

Sampailah di Atami. Hengpong Yuri berbunyi beberapa minit sebelum tren sampai. Aku dan Yuri memang tidur betul. Tapi rasa x puas lagi. Aku turun, mulut dan terasa nak makan lagi. Tapi apa je yang boleh beli? Atami ni area dekat pantai. Ingat kalau senang nak access ke pantai, mau aku pergi, tapi tengok keadaan macam jauh jugak je, kami x tanya, Cuma buat spekulasi sendiri. Kami ke kedai tengok2 apa yang ada, dan terus ke trek nak patah balik. Tunggu kat trek sambil hirup udara tepi laut. Memang ada bau laut. Tren sampai, kami naik dan tido macam tadi juga.





Sampai di Tokyo, kami nak mecari makanan. Bila cek tenet, mana ada tempat jual makanan halal, xjumpa pula. Kedai bento banyak kat stesen, aku berat mulut nak bertanya, ditambah dengan penat lagi. Kami keluar dari bangunan stesen dengan harapan nampak apa2 yang menarik, boleh pergi sana. Malangnya, xda, Cuma nampak shuttle bus untuk ke Sky-Tree, dan ada tempat menunggu bas ekspres, dengan mesin beli tiket. Kami masuk balik. Yuri masih semangat nak cari tempat makanan halal, aku dah x larat. Last2 dia pun usulkan kami balik je la. Dari Tokyo ni, ada direct ke Higashi-jujo, iaitu Keihin-Tohoku line. Sampai di Hj, sempat lah snap gambar JRPass depan tren last kami naik guna JRPass. Sedih betul hari last guna JRPass. Kali ni kami cari exit yang betul, 2 minit berjalan ke hotel. Singgah 7e dulu beli nasi. Sampai hotel, kena guna PIN untuk buka pintu. Amek card key dengan receptionist. Beg2 dah dibawa ke bilik. Alhamdulillah, xperlu la angkut sendiri. Kali ni bilik best, ada bilik air sendiri, siap bath tub, tv, peti, dapur. Best juga sini, walaupun sempit, tapi lengkap semua. Microwave ada kat lobby Aku makan nasi dengan kari ayam yeos, tapi x sedap. Macam geli sikit. Aku makan ikan bilis goreng Yuri sedap! Malam ni dapat berendam air panas! Kaki aku memang dah sakit betul, x sanggup nak pakai kasut dah rasanya, hampir melecet dah jari kelingking kanan tu. Siap solat semua, tidur. Esok nak ke Ghibli Museum!  






Sekitar luar stesen Tokyo


Itulah tren terakhir kami naik dengan JRPass. Warna biru untuk Keihin-Tohoku line. Design tren JR gini la, Kalau Chuo-Rapid tu, line kat badan ketapi warna oren.


ps: Sebenarnya aku xsabar2 nak post pasal persediaan,bajet dan beberapa tips yang aku rasa wajar kongsikan,dah 90% siap tulis dah pun. Tapi kena habiskan dulu cerita 9 hari ni. Aku suka berkongsi benda2 gini. Sebab aku suka sangat kalau dapat cari maklumat di internet sebab orang lain sudi share pengalaman mereka.




Tiada ulasan: