click here :)

Isnin, 11 Mei 2015

Note #72: Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-1 (KIX-Shin Osaka-Hiroshima)

Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-1 (KIX-Shin Osaka-Hiroshima)

1 Mei 2015

Dengan nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Aku bukan travel blogger, dan aku jangka tiada entri tentang travel selepas Siri Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun yang aku rancang nak tulis sebanyak 9+1 entri mewakili 9 hari aku di Jepun baru2 ni dan satu entri sebelum. Aku menulis untuk berkongsi apa yang aku rasa, nampak dan lalui. Moga2 bermanfaat kepada sesiapa yang baca.


1 Mei 2015 flight aku dijadualkan sampai jam 835, tapi sebab delay, ak sampai sejam lewat. Keluar dari perut burung besi, aku beratur untuk imigresen, lepas tanpa masalah, aku ke tempat ambik luggage, amek troli, jumpa beg, aku dan kawan pon angkut la naik troli. Skali sampai pulak orang bawa anjing cakap ‘Sorry dog check please..” something camtu la. Aku terkejut jgk, beriya anjing tu cium beg sampai terkena air liur dia. Mehhh.seriouslyy!! dalam hati aku berkata. Pastu pegawai tu tanya, ade bawa makanan ke. Aku ckp ade, dia suruh buka. Aku menurut. Nampak la makanan dalam tin dan serunding yang aku letak dalam plastik, dan ziplock bag. Dia tanya mende ni? Aku jawab dengan jujur. Pastu dia mcm bincang2 dengan pegawai sorg lagi, pastu dia kata makanan dalam tin ok, tapi yang ni, emm x ok la, kali ni dia bagi lepas, next time jangan bawa la dia nasihatkan. So aku lega, sebab tu bekalan makan aku untuk perjalanan kot, dah la tuna spread aku kene ambik dengan imegresen kat klia2. Aku menarik napas lega walaupun bengang juga air liur anjing tu dah ade kat beg aku T___T.


Nak keluar tu, ade sorang pegawai imigresen tegur, cuti kat malaysia sama dengan cuti Golden Week kat Jepun eh? Aku cakap kebetulan cuti, tapi pendek, 1 Mei + weekend + wesak kan. Keluar dari tempat tu, bebaslah lah kami nak merayap di Jepun. Tapi hakikatnya, waktu tu, aku masih blur+jakun+serabut+panas. Ternampak ade meja Travel Japan tengah iklankan wifi free dan access yang banyak di seluruh jepun. Kami register, kawan aku dapat, aku x dapat sebab wifi phone xstabil,budak tu bagi aku password soh try register sendiri nanti. Lepas tu kitorang nak pg tukar jrpass. JRPass naik ke tingkat 2, ade laluan ke bangunan sebelah, kat situ la train JR dan satu lagi line aku lupa nama dia beroperasi. Kati situ juga ade office untuk tukar JRPass. Tiba2 aku rasa baik pergi kutip info dari kaunter information kat bawah tadi, kami turun balik. AIKKK! Ramai pula org beratur nak berurusan. Aku pon dah terasa buang masa di situ, dah la sebab flight delay aku x sempat nak realisasikan plan nak ke Kaiyukan Osaka, maka kami naik balik ke level tadi dan terus ke JR Office


Kali pertama angkut beg beratt.. mak aiii, berat sungguh. Kami gagahkan juga menapak ke office kene naik tangga, dan beratur lagi. Ambik masa juga kat sini sbb ramai orang. Tiba turn aku, aku buat apa yang patut, dan reserve ticket untuk Haruka, tren dari airport ke station(St.) Shin Osaka. Dari Shin Osaka ke Hiroshima, Dari Hiroshima ke Shin Osaka semula. Aku nak dari Hiroshima ke Kyoto sebab hostel kami di sana. Tapi org JR tu cakap, xde tren direct, kene tukar tren di Shin Osaka, ke Kyoto, dia nasihatkan aku naik yang futsu (local) tren. Ade je Shinkansen dari Shin-Osaka ke Kyoto, tapi beza masa aku sampai dari Hiroshima dengan time jalan train nak ke Kyoto tu 3 minit je, kene tukar platform lagi turun naik tangga, takut x sempat la. Orang JR tu suggest kami naik local train je.


Dalam Haruka

Selesai tukar JRPass, kami turun, kawan aku ckp, eh, nak solat mane kita, aku pon aah, sekarang dah 1130, patut solat dulu sebelum pg. Kebetulan dalam airport ade prayer room. Kami masuk bangunan airport semula, pg tandas, ambil masa cari tempat solat, sampai2 je dah masuk waktu, solat, dah pun pukul 1215. Tiket yang aku reserve tadi jam 1216. Jadi kami memang x sempat kejar tren tu, tapi pergi juga lah ke ticket gate, verify JRPass, dan turun ke platform. Aku blur macam mana nak tengok jadual?! Semua aci kanji je. Aku nampak ade satu tren tengah tunggu kat sebelah. Aku buat xkisah dulu, sebab teringat nak pecah duit bila ternampak kedai kat platform tu. Semua note aku yang aku ada ialah 10,000 yen, risau susah nak berurusan nanti. Aku beli jus, dah risau makcik tu tanya ada duit kecil x, tapi jangkaan aku meleset, sebab makcik tu rilek je ambik n pulangkan baki. Cashier kat jepun ni, stail dia, kalau dapat duit tu, dia akan sebut jumlah duit yang kita bagi, lepas tu dia sebut berapa baki. Supaya jelas akad yang dilakukan, WAAAHH. Lepas beli air, aku tanya pakcik yang jaga tren yang menunggu tadi, “Encik, ni Haruka ke?” Dia jawab “X”, pastu siap bawa aku pergi tgk jadual kat tepi tangga, lepas tu dia teka aku dr Indonesia..bubuuu salah pakcik salah.. saya orang Malaysia Aku bitau. Dia mcm fikir kat mana malaysia, pastu nampak gaya macam dapat locate negara kita ni dalam kepala dia, sebab dia sebut Singapore, siap cakap panas lagi. Haha.


Sejam lepas tren Haruka yang terlepas, baru ade tren seterusnya. Aku jenguk2 mana tempat nak duduk minum, ternampak la kat belakang kedai tadi ade waiting room. Nak masuk situ kene tekan panel kat pintu tu dulu, baru pintu terbuka. Hampir semua stesen macam tu waiting room dia. Aku masuk, minum, dan makan burger yang beli semalam. Rilek2, pastu tiba lah Haruka. Tadi kami ade reserve tiket, tapi untuk yang ini,xde dah, xde tiket reserve, kene naik non-reserve koc. Boleh la duduk sesuka hati kat situ. Tren ni sampai ke Kyoto pon dia pergi. Sepanjang perjalan dari KIX ke Shin-Osaka, ade nampak Kyocera Dome! Kwn aku cuba ambil gambar, tapi x nampak sgt.


Di Shin Osaka, kami turun, cek jadual shinkansen ke Hiroshima, ade lebih setengah jam lagi, jadi kami pusing stesen nak cari loker letak beg, tanya kat org2 stesen, diorang cakap dalam ni xda, kena keluar, kami malas nak kuar masuk. Pusing2, jumpa information, tanya cemana nak pergi Kyoto dari situ, kebetulan tangga nak ke Platform shinkansen ke Kyoto tepi tu je, dia tunjuk. Dah xda loker kat situ, kami decide nak cari loker di Hiroshima jelah, terus kami ke trek shinkansen ke Hiroshima. Orang jepun panggil platform trek.Secara jujur, mula2 aku jejak kaki ke trek shinkansen, aku rasa 'Lahh, buruk je tempat ni', memang nampak lah lama dan furui dia tu. Aku selama ni dok bayangkan shinkansen ni bersinar2 baru dan kelihatan canggih futuristik. Huh, amek kaw kejutan budaya. Tapi terbukti imaginasi aku tu cuma bodoh2, dan naif sungguh, masih lagi stuck dekat imej shinkansen yang aku tengok dalam ensiklopedia kanak2 zaman aku sekolah tadika. Canggih dia tang speed dan keselesaan. Canggih dia tang teknologi shinkansen dah berumur lebih separuh abad dah di sana. Aku syukur dapat sampai ke Jepun time ni. Shinkansen yang aku patut naik tu nama Sakura, bertolak jam 1459. Dalam 1440 dia dah sampai kat trek. Ramai dah beratur. Kami dok la belakang2 orang tu, tunggu semua orang keluar, bajet lepas tu boleh masuk terus. Skali lagi meleset bila orang paling depan beratur dok syok dgn hengpong dia, xmasuk2 dalam tren. Tiba2 kat dalam tu ade makcik2 n akak2 dok pusing seat, kemas dan tukar kain lapik belakang, lap cermin. Laju gila sorang2 tu buat keja, keep up dengan shinkansen lah katakan. 


Dah dekat2 masa depart tu diorang keluar, penumpang yg beratur ni pon masuk, pilih tempat masing2. Aku dok tepi tingkap, kawan aku dok belakang aku. Sepanjang perjalanan, orang yang dok sebelah aku bertukar-tukar, kejap akak pakai uniform, kejap ojisan pakai sut, tah2 sacho (tokey) Ajinomoto dok sebelah,pon xtau. Aku menikmati pemandangan dari shinkansen sebelum tertidur, jaga tertidur lagi sepanjang 1 jam setengah perjalanan. Pemandangan lawa, bukit bukau hijau. Tapi tren asyik masuk terowong keluar terowong. Tido pun syok sebab seat selesa, luas dan boleh kebelakangkan seat tu tanpa was2 sbb orang belakang x terganggu.

 Trek shinkansen

 Dalam shinkansen



Hiroshima
Sampai Hiroshima, aku cari loker, tanya orang, dan jumpa. Tapi xcukup syiling pulak, masuk tempat tourist info tu tanya kalau boleh tukar, xdapat, diorang suruh pergi kedai makan sebelah. Masuk je kedai tu, terus pakcik kedai tau aku nak apa. Senang gila berurusan hari ni. Kami simpan beg, pergi ke exit tadi, baca je signboard, nampak dia tulis street car, pergi kat tempat menunggu. Rupanya street car atau tram ni ade 5-6 jgk. Laluan pon beza. Ade beberapa yang ada laluan sama. Aku tanya encik yang bertugas kat situ, Genbaku Dome mae kata aku, dia pon bagitau yang mana nak naik, english fluent bak ang, walaupun pakcik dah tua. Dia pun teka kami orang indonesia. Sini flat rate, nak turun mana pon bayar 240 yen(xsilap aku) untuk sehala. Cara dia, naik ikut pintu belakang, turun ikut pintu depan sambil bayar. Kalo xda duit kecik, boleh tukar dekat situ juga, ade mesin tukar duit. Boleh masuk note 1000 yen, dia akan kuarkan duit syiling 100 yen. Stesen tram kecik2 je kat tengah jalan, jadi kena alert nak turun mana. Amek map siap2.


Kami sampai di Kubah bom atom, memang betul2 depan stesen tram. Lintas jalan dan sampai! Secara jujur, sampai depan tu aku sebak tengok, hampir menangis tau. Sebak sebab dulu aku pernah baca novel karangan Othman Puteh, tajuk Debu Hiroshima. Cerita daripada pengalaman Abdul Razak yang berada di tempat kejadian semasa bom atom digugurkan di Hiroshima, kisah benar yang menyayat hati. Satu lagi, tempat yang cuma berada dalam kepala aku akhirnya betul2 depan mata, terharu. Aku bergambar dan pusing2 situ. Udara nyaman, ada cahaya matahari, tapi angin sejuk je, macam ekon! Gaijin khatulistiwa sedang jakun di situ. Sedap je berjalan. Pusing kubah, pastu jalan ke arah tourist information center, situ boleh lepak2, ade wifi, dan banyak vending machine. Aku keluar jalan2 ke arah Children peace monumen. Cerita pasal Sadako yang meninggal akibat radiasi bom atom, dia kanak2 lagi masa tu. 


Ada sorang pakcik naik basikal tegur kami, skali lagi ingat kami orang Indonesia, dia sebut perkataan dalam bahasa Melayu/Indonesia secara random, terima kasih la ape la, kami senyum angguk2 je sebab random sangat nak jawab pon xgheti. Pastu dok amek2 gambar tu, tetiba dia pusing berhenti offer nak ambikkan gambar kami, kami pon ok je. Kemudian jalan2 lagi sampai ke Hiroshima Flame of Peace, ke mcm tu lah nama dia. Aku terkilan sebab xdapat masuk muzium, sampai hiroshima dah pukul 5, sempat nya tgk2 sekeliling je la. Xpa, kita simpan Muzium kemudian, bila pergi Jepun lg! Aku dan kawan patah balik ke Hiroshima St. Untuk kejar tren kami ke ke Shin Osaka jam 1903. Guna reserve ticket kali ni. Oh ya, tren perjalanan jauh di Jepun, contohnya Shinkansen dan Express train diorang, ada reserve koc. Kita boleh beli awal, dan dapat tiket dengan tempat duduk. Kami yang guna JRPass, boleh tunjuk Pass dan mintak je nak reserve seat ke mana. Tapi kalau x reserve pun xda hal, naik je koc non-reserve, boleh pilih seat sesuka hati.

 Dalam tram. Sebelah driver tu ada kotak bayar tambang dan kotak tukar duit.

 Dalam tram. 

Stesen tram depan Genbaku-Dome Mae

Sepanjang perjalanan ke Shin Osaka, aku tidur jaga tidur jaga juga. Masa jaga aku nampak sorang budak U kat seat sebelah, depan aku, dia dok main game. Perghh jari smooth gila main, tahap master dah tu. Leka ak tgk dia main game. Sesekali dia buka LINE, twitter. Bak kata Taichi, LINE tu popular di sana. Aku sampai di Shin Osaka dalam jam 2040, terus kitorang cek ade x shinkansen ke Kyoto dekat2 masa tu. Tara! Ada! Dalam 3 minit nak berlepas, aku dan kawan berlari naik tangga bawa beg besar kami depan belakang dan sempat lompat masuk seminit dua sebelum berlepas, nasib baik orang Jepun tepat masa, xkan gerak awal atau lambat macam kat tempat kita. Sempat jgk la gaijin dari Philippines ni tanya pergi Kyoto ke ni? Aku jawab yaa. Walhal x jelas sgt pon. Tapi memang betul la hakikat dia. Dalam 15 minit dah sampai Kyoto St. Masa tu, keje kami nak cari subway Karasuma line ke Jujo pula, sebab tu station yang paling dekat dengan hostel. Alhamdulillah mudah kerja, beli tiket subway pon ok tanpa bantuan org lain, n kami sampai Jujo St. Tanya orang stesen cemana nak pg hostel, sambil tunjuk peta. Dia bantu, kami naik dan alhamdulillah xsusah nak cari. Hostel tu best! Hostel baru, host peramah, dan ade breakfast skali. Dah cek in tu, masuk bilik,mandi, makan megi, tido... esok nak pergi Nara dan jelajah Kyoto pula.

 Reserve ticket

Mesin beli tiket subway.

Stesen Jujo (SubwayKarasuma Line) 

PS: panjang ni satu entri, mungkin 1 hari perjalan kena pecah 2 bahagian pula lepas ni..

-kuroneko-




Tiada ulasan: