click here :)

Khamis, 21 Mei 2015

Note #77 : Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-6 (Kawaguchiko: Shibazakura Fest, Lake Kawaguchiko)

Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-6 
(Kawaguchiko: Shibazakura Fest, Lake Kawaguchiko)
6 Mei 2015

Bismillah


Yuri memang sentiasa bangun lagi awal dari aku. Pagi pertama di Kawaguchiko tu memang satu kejutan bagi aku. Xsangka sejuk sejuk sejuukk sangat. Payah betul nak bangkit dari futon Nobita. Aku gagahkan juga la. Lagi satu yang menjadi kepayahan ialah pasaal Subuh awal! 3 setengah dah masuk, 430 dah habis. Mencabar hidup di Jepun. Bangun pergi gosok gigi, seram nak kumur sebab air sejuk sangat. Dah siap solat tu, aku perasan Yuri xda kat bilik. Tah mana dia pergi. Aku golek2 jap atas futon empuk, berkira2 dalam kepala macam mana nak mandi. Xlama kemudian Yuri masuk, Lengkap pakai sweater dan stokin. Aku heran, mana dia pergi pakai lengkap macam ni, bukan tadi baru lepas solat ke? Rupa2nya, dia keluar ke depan Kawaguchiko St. Nak tangkap gambar sunrise kata dia. Ooo. Dan dekat jam yang ada tulis suhu semasa tu, menunjukkan 7 degree celcius. Patut la sejuk sangat. Gaijin Khatulistiwa kenott. Brr. Yuri dah siap2 nak mandi, aku masih lagi berkira2. Yuri punya ketahanan sejuk tu 3,4 level up dari aku lah. Sebab selamba boleh keluar sejuk2, pastu mandi sejuk2. Aku nak buka sweater pun takut. Maka satu keputusan dah aku capai. Xmau mandi haritu, aku xmampu wey! Sebabkan aku dah decide begitu, aku siap2 pakai dan makan nasi yang dibeli semalam. Harini lauk kurma ayam adabi! Wahh, berparti nasi aku harini. Aku ke bilik makan, panaskan nasi dengan kurma, makan panas2. Syok makan nasi panas di pagi yang sejuk. Sedap pula tu. Alhamdulillah. Xlama kemudian si Yuri join. Dia ni bukan suka makan sangat, orang nya pun kurus, jadi kapasiti kecil, makan tuna denga sekut pun dah ok, bukan macam aku, biskut keras, xsedap, nasi baru best, lembut. Memilih betul.

Nasi aku banyak, nasi kat LAWSON ni banyak dan murah! Aku prefer nasi LAWSON dari 7e, dekat Kawaguchiko ni LAWSON paling dekat, dekat situ la aku start kenal nasi LAWSON. Lama juga la nak habiskan nasi sebanyak tu.Yuri makan 2x biasanya. Kami duduk kat situ sampai cerah, matahari dah naik, tapi baru pukul 630. Dah siap2 barang, kami keluar. Masa ni dah ok dah sejuk dia, dah lebih 10̊C. Aku pun pakai biasa je, masih terasa sejuk dari biasa, so aku pakai mask nak bagi tahan sikit. Kami sempat bergambar kat sekitar kawasan tu. Kemudian ke Kawaguchiko St. Tengok balik pamplet kat situ. Ingat nak ke Ice Cave dan 2 lagi gua yang ada di kawasan berdekatan. Tapi x tau cara nak pergi.TIC x buka lagi. Awal sangat lagi semua pun x buka. Kami nak ke Shibazakura tu pun kaunter tiket belum buka. Nampak info kat stesen, katanya 50% bloom kat Shibazakura (Pink Moss). Oh Shibazakura ni tempat bunga, diorang tanam bunga kecik2 dan baanyak warna pink,putih, lawa la, aku ada nampak sikit masa lalu semalam.Aku cek jadual bas dekat kaunter khas Shibazakura event, boleh naik bas biasa atau bas ekspres khas. Bas biasa kami dah serik nak naik, kami memilih bas ekspres, mengikut jadual, lebih sejam lagi masa untuk berlepas. Sebab xda arah tujuan, kaunter tiket pun belum buka, kami ke LAWSON untuk coffee, mai sechawan! Semalam dah nampak dah coffee tu, tapi tutup, kami x sempat beli. Kali ni pergi semata nak minum. Aku order Teh susu je padahal. Harga 180 yen untuk satu cup kecik. Hehe, Jepun kan. Kami duduk dekat bar seat menghadap ke luar. Aku belek2 newsletter kat tepi tu, baru perasan ada mesin Loppi, ala mesin untuk beli tiket Ghiblli dan tiket muzium doremon tu. Kami minum2 sambil borak2. Tiba-tiba.. ada la 2 orang gadis lalu depan LAWSON ni. Aku cakap kat Yuri, “EHH, tengok2, mesti orang Malaysia ..” sambil tuding jari ke arah mereka. Diorng siap galas beg besar. Aku dan Yuri cepat2 habiskan minuman kami, sebab ada orang Thai kat sebelah ni x cukup tempat duduk, diorang nak makan nasi. Dah siap minum kami beredar, menuju ke stesen.

Berlakon je tu. Yang tinggi tu jam dengan penunjuk suhu

Aku heran kenapa dari jauh nampak besar Fujisan, gambar kat atas dekat, tapi kecil.



Kat stesen, kami nampak orang sedang beratur nak beli tiket. 2 gadis yang kami yakin dari Malaysia tadi tengah beratur, aku macam nak tegur, lama juga berkira-kira macam mana nak tegur. Tapi satu perkataan pun x terkeluar. Kemudian kami ke bangunan stesen, aku lupa kenapa kami ke sana. Patah balik ke kaunter tiket Shibazakura, bas dah sedia menunggu, orang2 yang beratur tadi dah koyak tiket dan naik bas. Aku mendekati petugas yang koyak tiket lepas semua dah naik bas, tanya bagaimana kami nak ke gua2 yang aku sebut tadi. Dia struggle nak jelaskan dalam english + japanese. Aku pun susah juga nak paham pasal japanese aku limited, bila bercampur tah kenapa aku makin pening. Tapi ok lah, lama2 dia tanya aku, aku paham Jepun ke? Aku serba salah, nak cakap paham bimbang nanti aku x paham, nak cakap x paham, aku paham sikit2. Aku cuba bagitau dia aku paham sikit, tapi dia cakap lebih kurang, “ Lah apesal xcakap paham Jepun, kan senang..” Bermulalah explanation dalam bahasa Jepun solid, tapi yang mengejutkan aku ialah, aku rasa better dia ckp Jepun terus, senang sikit aku paham walaupun ada perkataan aku x paham, dan dia kena terangkan guna ayat panjang. Cerita dia, nak ke gua2 tadi tu, kena balik ke stesen Kawaguchiko, dan naik bas lain. Bayar tambang lain, dan agak mahal la. Dia pun kata, “Nanti fikir2lah sambil pergi Shibazakura ni..” sebab nampak muka aku kurang gembira dengan tambang tu. Memang respek la dengan staf ni, sungguh2 dia melayan pertanyaan aku walaupun language barrier tu agak kuat. *Tunduk hormat.

Machi cafe's teh susu


Kami naik bas. Aku dengan Yuri x dapat duduk sebelah2. Aku duduk sebelah perempuan Jepun, Yuri duduk sebelah orang lain, sebelah lagi tu rupa2 nya gadis2 melayu malaysia yang kami xjadi tegur tadi. Mula2 aku nampak Yuri dengan mereka tu bertegur sapa. Lepas tu borak sakan wey. Aku jugak bosan sorang2. Masa ni tengah berkira-kira nak tegur perempuan sebelah aku. Lama juga la sebelum aku tegur dia. Aku bantai cakap Jepun aku yang limited lagi broken tu. Nama dia Chisato, mana dia datang aku lupa. Dia ni suka daki gunung, travel sorang2, daki sorang2. Fuh, memang jenis yang suka sorang2 kot. Aku cakap la kat Malaysia ada Gunung Kinabalu, dan aku perkenalkan sikit pasal Malaysia. Benda paling famous kat Malaysia pastilah suhu yang tinggi. Dia tanya aku, makanan kat Malaysia cemana, aku cakap banyak yang pedas. Pastu dia buat kesimpulan, “Atsui kuni, karai ryouri..(negara panas, makanan pedas..)”, haha macam menakutkan bunyinya, kowaii. Lepas beberapa ketika borak, dah hilang topik, senyap la jadi nya, krik2. Dari perbualan kami, aku belajar 2 vocab baru, satu ‘juutai’ maksudnya jem, jalan jem. Kedua, ‘ippaku’ kalau kita nak kata bermalam 1 malam, 1 malam tu disebut sebagai ippaku, 2 malam nihaku, dan seterusnya. Alhamdulillah, bermanfaat juga aku menegur orang sebelah.



Bila kami sampai di Shibazakura, aku turun, Yuri dah ada kat bawah dengan kawan2 baru. Rupanya 2 orang tadi tu budak sama fac dengan dia kat uni. Tadi pon dia ada cakap macam kenal. Aku gembira jumpa kawan baru, kami berempat jalan masuk sesama. Masuk tu je dah start kagum. Padahal baru sikit kami tengok. Baaaanyak bunga kecil2 yang di tanam, warna putih, pink, pink terang. Cantik sangat sebab dia banyak, kawasan besar. Ada la jumpa pokok sakura satu dua. Dari sini ada view Fujisan. Memang xlepas lah bergambar kat sini. Sebenarnya, bunga2 kat situ xbanyak jenis, Cuma bilangan je melampau. Katanya masa tu baru 50-80% bloom. Kalau 100% mesti lagi lawa. Pusing2 pun nampak benda sama je, kami cari kawasan yang dapat tengok bunga lain, sikit je bunga lain. Lepas dah bosan2 kat situ, kawan baru cakap dia nak balik dulu, sebab diorang nak kejar ketapi ke Tokyo. Aku den Yuri pusing2 la sikit lagi. Ada fujisan kecil (tengok gambar!), lepas tu kami pun beransur keluar. Dekat dengan exit, ada stamp lagi! Kami cop2 dulu saki baki poskad yang ada, dan gerak ke tempat tunggu bas. 

Ini pun berlakon juga

Fujisan mini kat belakang tu

Patutlah panggil Pink-Moss, dari jauh memang nampak macam lumut pink. Lawa.


Close up




Mujur masa tu orang xramai lagi menunggu, bila bas sampai, kami antara orang yang awal juga dapat naik. Yang belakang sikit kena tunggu bas seterusnya. Perjalanan dari Shibazakura ke Kawaguchiko St x dekat, jadi tentu2 lah aku dan Yuri tidur sepanjang perjalanan. Kami terjaga bila dah dekat nak sampai. Plannya, sampai nanti nak sewa basikal dari ryokan kami. Cecah je kaki turun bas, kami berkejar ke tandas dulu. Sebenarnya kami memang nak ke ryokan dah, tapi kami memilih tandas stesen sebab tandas ryokan x best, xda air dan bau hancing. Kat stesen xda air gak, tapi xda la bau. Awkward bila orang beratur, kita pergi isi air dalam botol dulu. Nasib baik x ramai masa tu. Lepas keluar tandas tu hah ramai pula yang beratur tu. Aku dan Yuri ke TIC dulu, tanya pasal cara nak ke Tokyo esoknya tu, dan jalan ke tasik Kawaguchiko. Lepas tu kami ke ryokan, masuk ikut pintu depan nak sewa basikal. Jumpa la dengan tuan yang jaga cashier, bukan orang semalam orang lain in charge nampaknya. Aku cakap la dalam bi, “nak sewa basikal”, dia pun ambik kertas booking ryokan tu, tanya aku nak cek in ke, pulak, rupanya2 dia ni cina yang x faham bi, aku try sebut ‘jitensha’ kot2 la dia paham Jepung. Xjalan lah wey. Pastu dia keluarkan fon suruh aku tulis dekat app translate, aku pun buat la, ooo baru dia faham, nak balas balik tu dia sibuk tulis kat fon, kebetulan ada la 2 orang lagi balik. Cecepat dia panggilkan orang tu, kami lega ada gak orang cakap english akhirnya. Aku cakap la nak beskal, orang tu tanya nak yang mana? Harga beza baru dengan lama. Aku nak yang lama je, jimat  300 yen (berjimat dgn tegar). Tokey cakap, “xpalah, amek je yang baru, saya bagi harga sama je”, ini seperti pucuk dicita ulam mendatang! Aku pun dengan gembiranya setuju, akk cina tadi yang uruskan, dia minta paspot Yuri, pastu potostet, dan tinggal kat meja, kemudian keluar nak ambik beskal. Nasib baik Yuri minta balik, kalau x mesti dia dah lupa nak pulangkan (bab2 paspot kena beringat betul, bahaya kalau tercicir). Aku ke tempat basikal, satu tinggi, satu kurang sikit. Yang tinggi tu sah2 kena bagi Yuri. Aku tengok yang satu lagi, aku mengeluh “Alamakk, seat tinggi laa..” Paham pula akak tadi tu bila aku mengeluh, terus dia turunkan seat, dan ajar aku cara nak ejas seat tu. Lepas dah agak ok, aku try naik, tinggi juga. Aku nak rendah lagi, tapi x dapat la pulak nak ejas. Gigih juga masa tu. Tiba2, dia keluar lagi tolong ejas sampai yang paling rendah. Pun masih tinggi untuk aku. Haila gaijin khatulistiwa berkaki pendek. Tapi xpa, aku boleh kayuh dan jingkit cecah tanah tu kira bolehla. Kami kunci basikal, naik atas dulu untuk solat, masa tu dah nak masuk waktu,jadi baik tunggu solat dulu sebelum ke Lake Kawaguchiko. Kami sempat la rehat2 guling2 jap sementara tunggu masuk waktu.

Di simpang depan Kawaguchiko St. boleh nampak ni


Lepas solat, kami gerak. Masa mula2 nak kayuh basikal, kakikukaku. Keras keting rasanya, dah lama x berbasikal. Aku mula2 cuak juga nak lalu jalan raya sempit yang bas2 dan lori2 lalu. Aku kuatkan juga hati mengayuh, turun bukit, kena jaga brek, tadi dah siap2 kenal pasti brek mana yang patut aku tarik. Hokey, xda masalah, nak melintas jalan kat Jepun senang, xda masalah. Kami gerak berpandukan tanda kat jalan je, sebab kami dah lupa yang orang TIC bagitau tadi. Akhirnya sampai la kami kat tempat tujuan, Lake Kawaguchiko. Memang besar tempat ni, kereta pun banyak dok park. Tapi tujuan kami yg pertama secara spesifik ialah Kachi-Kachi ropeway. Ropeway ni aku rasa kita panggil kereta kabel. Yang macam kat langkawi tu. Mencari menggunakan basikal ni kurang la renyah dia. Senang juga jumpa. Tapi kan, renyah tu muncul juga, sebab benda ni atas bukit, disebabkan kami x mampu nak kayuh naik bukit, kami terpaksa tuntun basikal naik. Penat woh. Kejap je naik bukit x jauh. Sampai atas, kunci basikal, panjat tangga pula. Ropeway ni harga untuk sehala 410 yen. Aku tanya la, kalau beli sehala boleh balik dengan cara lain ke? Kata orang kaunter, boleh, jalan makan masa 40 minit turun jalan kaki. Terkejut mak! Jadi aku beli 2 hala. Kalau kita beli 2 hala terus masa nak naik, dapat diskaun, sepatutnya 820 yen, diskaun 100 yen, dapat la 720 je. So aku lah orang pertama yang beratur untuk naik ropeway tu, orang pertama sebab yang depan dah selamat naik dulu. Dok selpi2 dengan Yuri sedas dua. Kemudian sampai ropeway tu, kami naik. Muat la berbelas orang rasanya kalau aku x silap perhati. Ropeway ni saiznya besar dan panjang  berbanding kereta kabel Langkawi. Tapi tempat duduk ada 3-4 gitu je, khas untuk orang tua atau kanak2 barangkali, aku x duduk sebab ape barang naik ropeway duduk, kita jakun2 la dulu tengok pemandangan Tasik Kawaguchiko dari atas. Jalan nak ke atas x jauh, tapi sempat la narrator kartun tu bebel2 bercerita pasal Gunung Kachi2 tu.Aku x tumpukan perhatian, jadi xtau apa dia cakap walaupun ada je versi english.

 Sampai kat atas, aku nampak stamp lagi! Itu aje yang ko nampak wahai gaijin. Aku serang itu dulu, tapi aku malas nak korek beg cari poskad. Aku cop je atas tiket, dan lepas tu aku nyesal malas masa ni. Kami naik ke atas, nampak la view Fujisan yang baik punya kalau x kerana awan tu. Awan tu sibuk cover puncak fuji. Ramai juga orang kat atas ni, ada makanan, ada tempat duduk2, ada beberapa lah benda yang boleh dijadikan bahan penarik pelancong. Tapi mungkin x sangat bagi aku. Ada view point, naik atas tu lagi jelas untuk amek gambar. Dekat tepi tangga nak naik ke view deck tu, ada tempat semayang lagi, diorang beli kepingan porcelain yang dijual, lepas tu baling biar lepas loop yang ade kat tempat sembahyang tu. Maybe lepas tu boleh buat hajat kot, aku x pasti. Aku dok perati kat orang2 yang cuba, susah juga agaknya, banyak x masuk. Lepas tu ada satu couple ni, yang lelaki tu bg je perempuan tu buat, yang perempuan ni macam2 pulak, duk cakap “ehh ehh doushio doushio..” lambat pula dia nak baling tu, pastu baling pon lembik2.. Aku xtau nak rasa apa masa tu, aku pandang Yuri, Yuri pandang aku. Disebabkan di tempat ni kebebasan bersuara tu ada, selamba kami cakap, “kenapa ko nak gedik2, baling jela..” hahaha..  Yuri siap cakap, boleh pula lelaki tu tahan dengan makwe dia. Kami naik atas. Dari atas duk berharap dapat ambil gambar Fujisan. Aku duk kagum dengan apa yang ada depan aku, aku perhatikan dari kaki gunung tu, nampak macam ada hijau, tapi makin naik jadi batu.. wahh.. pelik sungguh ciptaan Allah, yang penting nampak cantik tu melampau2. Dari sini, boleh nampak Fuji-Q Highland, amusement park Aku tunggu lah kat tengah panas tu tercongok dengan harapan awan berarak pergi. Watashi nak ambil gambar dess. Sambil2 tunggu tu, aku jenguk kat bawah, ade tempat sembahyang lagi! Kat sini cara dia lain, xpayah baling2. Dekat situ ada 2 ekor patung arnab kat atas 2 tiang, so lepas diorang sembahyang, diorang kene gosok2 kepala arnab belah kanan, lepas tu gosok2 kaki arnab belah kiri. Leka juga aku tengok sorang2 pergi buat ritual tu. Sampai ada sorang pakcik ni beriya dia gosok kepala arnab tu, mau berkilat. Sambil2 perhati diorang aku kerling awan yang cover Fujisan, tapi awan sayang puncak fujisan, xmau dia pergi. Aku pasrah, dan turun ke bawah. Turun ikut tangga yang sama naik tadi. Nampak sorang budak perempuan buat cobaan membaling porcelain tadi. Serius muka dia, dari lbh kurang 10 keping yang dia try, ade la 5 masuk. Terer budak ni sorang. Aku cakap dengan Yuri, “Citer dia jangan gedik je, masuk la benda tu..”, kahkah, best kebebasan bersuara di Jepun ni. Padahal tadi ada je terserempak dengan orang Malaysia sekeluarga. Berbalas senyum je kami. Sudah2 lah tu, kami pun turun sebab memang dah x berharap nak snap gambar Fujisan dari situ lagi. Pelik juga, sejak semalam dah berapa banyak kami ambil gambar Fujisan, tapi x puas2. Kami ke laluan turun, singgah sekali lagi dekat stamp tadi untuk cop poskad. Sebab tu aku cakap tadi aku nyesal malas cari masa naik. Haih.. Tapi nasib baik x kena tinggal denga ropeway yang turun. Sampai kat bawah, kami bergerak untuk tengok keadaan sekeliling. Nak pusing tasik hajat di hati.

Ber-Nagoya style depan entrance Kachi-kachi Ropeway

Nampak x 'tugu' arnab tu? Itu la yang diorang gosok

Awan x mau pergi. Nampak x gradient hijau-biru di kaki Fujisan tu?

Ini la loop untuk baling2 tu


Orang ni bukan perempuan yang aku ceritakan. Orang lain.



Katanya, kalau bunyikan loceng, pandang Fujisan dan buat hajat, akan termakbul.

Ambik basikal, berkayuhlah kami ke arah melawan arah jam. Sepanjang laluan, banyak kali kami berhenti, sebab jumpa pokok yang macam sakura, aku x pasti tu sakura ke x. Sebab macam lain, tapi warnanya pink, dan petals yang jatuh tu nampak sama. Entah, lawa, so amek je gambar kat situ. Lepas tu jumpa pula momiji, ambik gambar lagi. Senang cite, habis masa dekat gambar je. Lama juga kami berkayuh, dari tepi jalan, turun ke tepi tasik, naik semula, turun lagi, lalu tepi hutan, tepi jalan besar, akhirnya sampai lah dekat satu koen(taman) ni, dekat entrance ada kedai souvenir, tapi yang aku tuju cuma jihanki (vending machine) dia je. Malangnya aku x berkenan dengan air situ. Aku x beli apa2. Kami teruskan perjalanan ke taman tu. 

Sakura?

Momiji

Laluan tepi hutan, masa mengelilingi tasik


Hijau sangat taman tu! Aku sukaaa. Aku berbasikal kat trek joging, kemudian musykil boleh ke bawa basikal kat rumput? Sebab kami was2, dan xda contoh teladan untuk diikut, kami tinggal je basikal kat tepi laluan, tapi naik ke rumput sikit nak elak halang laluan. Pastu duduk lah dekat bangku situ, ada dua bangku, kami amek sorang satu. Kawasan luas, kami borak sambil layan angin sejuk, situ angin kuat juga bertiup. Pastu aku nak buat benda yang aku dah lama nak buat. Baring atas bangku. Sebenarnya nak baring atas rumput, tapi segan sebab ada ojisan, obasan lalu2 situ, kang x sopan pula. Bila line clear aku baring ah atas bangku tu. Nak je tido rasanya, tapi bangku batu,, keras..Yuri pon sama buat gitu. Kemudian kami bangun jalan2, tengok ikan koi besar gila dalam kolam. Aku take turn jalan2 denga Yuri, sebab basikal x konci. Kejap je jalan situ, xrajin nak pg jauh2. Aku patah balik ke bangku tadi, on the way tu, ada sorang perempuan Jepun ni, dia tengok2 aku, senyum2, aku pun membalas sambil tunduk. Aku cakap dengan Yuri pasal perempuan tu, Yuri pon cakap benda yang sama, dia tengok, macam nak tegur Yuri, haha comel. Diorang ni 3 couple dengan anak masing2 pergi main kat taman. Comel sangat bawa bola main sepak2. Sekali, bola tu jatuh dalam kolam ikan koi besau2 tadi tu. Yang budak laki paling besar ni cepat2 letak beg kat rumput, sambil lari laju2 ke seberang kolam tu. Pastu dia mencari sesuatu, dapat la kayu panjang, dia nak tarik bola tu, tapi x cukup panjang, pastu dia hulur dekat ayah dia suruh tolong. Cantik pula angin pun tiup bola tu ke arah mereka, dapat la ambil dengan mudah. Aku fikir, anak Jepun ni memang cergas dan cerdas, bila ada situasi macam tu, laju je dia fikir nak buat apa, memang reliable lah budak tu. Dah dapat bola, mereka beredar jauh sikit dari kolam. Dekat taman ni, ramai juga beriadah, main badminton, main catch ball, wahh, selalu tengok dalam jdrama je orang main catch ball. Tapi main badminton kat sini x best, sebab berangin sangat. Ada juga beberapa orang bawa anjing jalan.

Taman


 Sambil aku duduk borak dengan Yuri, kami perasan ada sorang makcik kat bangku tepi, dia tuntun basikal sampai ke depan bangku dia, baru tau, macam tu kalau nak bawa basikal. Boleh je lalu atas rumput. Haha. Xlama kemudian, lalu lah pulak sorang pakcik. Kat sini memang ramai warga senior, dari tadi naik basikal memang rajin aku menegur diorang, cakap ‘konnichiwa’ je, pastu diorang suka, senyum2 diorang membalas, Tu salah satu yang aku suka sangat kat sini, greet orang tua, dan diorang akan suka. Oh pasal pakcik tadi, dia lalu, tengok2 kami, macam pelik lah aku dengan Yuri ni. Aku pun ringankan mulut ber’konnichiwa’, pastu dia balas, dia stop, jalan ke arah kami. “Iran kara?” lebih kurang gitu lah soalan dia, bantai cakap Jepun dengan kami. Aku terus geleng2, cakap bukan lah, kami orang Malaysia.. Dia pun cakap pakai tudung, orang kat Iran, random gila dia cakap. Tiba2 masuk New Delhi, pastu dia cakap muka aku macam orang india, muka yuri macam Jepun, aku dengan Yuri boleh faham la apa dia cakap kadang2 ambik masa juga. Isi perbualan sangat random, dia terkejut aku cakap Jepun dengan dia, katanya ‘jouzu ne (pandai)”, aku tersipu-sipu dipuji, kahkahkah, padahal aku punya nihongo (bahasa jepun) sangat lah limited dan aku main taram je sebut apa2 yang mau keluar, kadang2 tersekat di halkum yang tiada. Satu benda yang aku ingat dia cakap, “Sukafu wa komarimasune, mottainai, dakara, jinsei ni ne.. “ Lebih kurang la ayat tu mungkin x betul.. Tapi maksud dia, susah jugak kena pakai tudung ni kan, sebab yela, hidup kat dunia ni..maksud dia yang aku tangkap, kena la cantik2 sementara hidup ni. Kalau x salah maksudnya gitu. Aku sebagai muslim rasa bertanggungjawab la nak betulkan anggapan dia tu, aku cakap aku x rasa pakai tudung ni menyusahkan. Pastu dia angguk2 je la. Lama dia cakap2 situ, aku perasan makcik kat sebelah senyum2 je. Pakcik tu terus cakap sampai lah tahap aku pon dah x tau apa motif dia, random gila isi perbicaraan dia tu. Tengah pakcik dok cakap2 tu, makcik tadi datang, dia kata, meh la dia dengar pula cerita2 pakcik tu, pastu pakcik tu tanya2 benda yg aku x paham, Mereka berdua pun duduk dekat bangku, masa dia ajak pakcik tu, makcik tu macam hint2 kami suruh beredar. Aku syak dia rasa kami terganggu dengan bebelan pakcik tadi, so dia tolong lepaskan kami. Hahaha. Baik laa makcik tu, sangat considerate. Kami pun mengambil peluang cabut! Sebenarnya nak je lepak situ lama2 lagi. Haih la.

 Kami terus mengayuh lagi ke depan, lalu jambatan, pastu lalu satu tempat ni, bunyi muzik. Aku syak itu adalah music forest (xtau betul x), tapi kami lalu luar je. Bangunan kat sini stail omputih dulu2, berapa kali kami lalu jambatan kecil yang cantik, bergambar sakan sepanjang jalan. Sepanjang trek tepi tasik ni ada pokok sakura, ada juga yang masih berbunga. Kat tebing2 tasik pun ada juga bunga kecil2, aku suka tengok. Dari tempat tu, view gunung Fuji jelas, tapi agak jauh. Dah petang macam ni baru xda awan. Sebab angin kuat petang kot, jadi aku rasa sesiapa yang nak naik kachi2 ropeway tu, baik gi petang la. Untung boleh dapat tengok Fujisan besar depan mata. Dekat tempat ni keje kami bergambar je lah. Lawa.. Aku terus ke laluan yang disediakan, tapi nampak makin ke arah rumah2 orang, ada bot sikit2, musykil di situ, nak terus ke? Boleh teruskan ke? Sampai ke tempat tadi x kalau terus? Sebab xyakin, aku pun tanya orang, mana nak ke Kawaguchiko St. Orang tu kata kena patah balik. Aku tanya xleh ke depan eh? Dia kata xleh. Terpkasa la patah balik. Dekat2 sini, ada sekumpulan gaijin Malaysia sebenarnya, yang aku jumpa kat atas Kachi2 tadi, mereka tengah syok bergambar dengan sakura. Tapi jumpa orang Malaysia di Jepun, aku jadi berat mulut, susah nak menegur, lagi2 kalau kumpulan ramai gitu. Aku berlalu tanpa menyapa mereka.

Salah satu pemandangan dari tepi tasik

Fujisan dari lokasi selepas taman

Tebing tasik pun ada bunga

Daun sakura

Jambatan kayu nampak lawa


Area yang disyaki Music Forest. Batu ni berbunyi bila ada orang lalu

Kita hug Fujisan!


Bila fikir kena patah balik, motivation turun. Bosan lah lalu jalan sama, jauh kami mengayuh tadi, tasik Kawaguchiko luas sangat. Dekat2 nak sampai taman tadi, aku dengan Yuri dah cakap2, tah2 pakcik dan makcik tadi tu ada lagi. Skali surprise! Memang ada lagi, syok lagi bercerita, dah nak maghrib pakcik oii..haha, kami lalu sambil lambai2 mereka berdua, diorang membalas. Angin makin kuat dan makin sejuk masa ni, aku dan Yuri terpaksa pakai mask. Dah la aku ni berpakaian sesuai dengan iklim khatulistiwa, nipis je, hampir gigil juga. Odw balik ni, beberapa kali mengah sebab laluan bukit, lalu kat tepi jambatan besar, ada tulis suhu, dah drop jadi 15, alamak..Aku berharap dapat sampai ryokan cepat, dah penat rasanya. Sampai satu tahap kami betul2 mengah, terpaksa berhenti kejap, duduk, minum air. Sambung lagi, mengah lagi, aku siap turun dan tuntun basikal sebab dah penat sangat nak kayuh. Sekarang ni dah sampai area yang xjauh dari Kachi2 Ropeway tadi. Laluan ni, ada tourist bus, namanya Retro Sightseeing bus.Tapi perihal di mana nak naik, atau kemana dia pergi aku x pasti la, xda buat research. Rasanya dekat japan-guide atau tripadvisor ada je. Tepi2 jalan ni banyak hotel, banyak juga rumah2 tumpangan pelancong, xsilap aku, aku nampak Hana hotel, mungkin branch yang sama dengan di Kyoto dan Hiroshima tu. Parking hotel pun banyak. Sambil2 lalu, sambil2 cuci mata tengok matahari makin rendah, tasik Kawaguchiko ni nak kata lawa sangat, xjuga, tapi sedap mata memandang la. Part yang cantik sangat2 cuma di kawasan taman tadi, sebab x banyak bot2 macam dekat tepi jalan ni, dan boleh nampak Fujisan. Kalau di kawasan yang tepi jalan ni, xde nampak sangat Fujisan. Lama juga terasa nak sampai ke hotel. Ada berhenti kejap kat kedai buah, tapi nampak cam mahal, x jadi beli. Terus kami balik ke ryokan.

Sampai ryokan, aku dan Yuri decide untuk ke LAWSON, beli makanan, aku cam biasa, makan nasi! Kurma ayam adabi masih ada, kena habiskan sebelum bertolak esok. Yuri ada nasi yang pagi tadi belum habis, so dia beli Pocari Sweat je, Tapi siyes Yuri ketagih Pocari Sweat kat Jepun ni, macam hari2 dia beli. Haha. Sampai ryokan awal, Yuri dah rasa macam xsihat, dia solat then tido. Aku terkam makanan dulu, masuk bilik tengok Yuri tido, aku join sekali dengan perut kekenyangan. Xtahan lah, penat sangat. Masa tu baru lepas manghrib je la. Tapi sebab x selesa baju belum bertukar, aku terjaga balik, solat, then sambung golek2 atas futon. Sambil tu aku online dan juga transfer gambar2 dari kamera. Aku terima wasap dari abang aku, dia tanya, x pergi Hitachi park ke? Aku xtau mana tempat tu, aku tanya la. Katanya tempat tu x jauh dari Tokyo, dekat denga laut juga. Abang aku attached gambar skali, lawaaa weyy, lebih kurang Pink-Moss, tapi kat sana bunga warna biru! Kalau ikutkan hati teringin nak pergi, tapi aku agak sentap sebab belanja di Kawaguchiko tinggi, banyak dah spent sini, jadi aku pun cakap, mahal tambang nak ke Hitachi Park, xdapat pergi lah. Tambahan pula, di Tokyo nanti JRPass kami dah expired

Aktiviti malam tu bebas, buat kerja sendiri, layan online, sampai lah tiba waktu tidur, kami siap2 cuci muka. Masing-masing dah dapat belang kat muka dah. Merah! Semalam Yuri dah cakap, orang Malaysia yang dia jumpa tu muka belang, Kami pun dah perasan yang area Kawaguchiko-Fuji ni, panas terik, tapi angin/hawa sejuk. So secara psikologi, aku rasa la, aku dah tertipu, sebab hawa sejuk tu, aku rasa x perlu nak cover muka. Kadang teringat baru lari dari panas. Masalah dia panas tu x rasa. Haha. Itula kami pun dapat muka belang sunburn.Cait. Dah siap2 tutup lampu nak tidur, sempat membahan traditional taxi, gelak sakan juga la sebelum tidur, menghiburkan diri. Memang itu bahan ketawa sepanjang perjalanan lepas tu pun. Okeh, Esok nak bertolak ke Tokyo. Kata Yuya dan Taichi, Tokyo 3x sesak Nagoya. Ohemjii. Tokyo kowaii kata aku dan Yuri. Aku pun macam rasa x berapa gembira nak ke Tokyo. Salah satu sebab, mungkin sebab badan dah penat, dan kami menghampiri hari2 terakhir di Jepun. Sambung nanti ya. Lepas habis semua 9 hari, aku share  cerita sebelum bertolak dan bajet insyaAllah.


Nah layan gambar beberapa keping lagi:

Aku panggil bunga Doremon, kata Nikkusan, ni Dandelion



Sakura

Manhole di area tasik Kawaguchiko  (gambar terbalik, ada Fujisan di situ)

Ps: nasib baik entri untuk 5 hari pertama aku buat laju2, sekarang dah lemau, mood makin pergi, sekarang aku lebih tumpu pada realiti. Tapi aku dah mula misi “Nothing Impossible’ aku. Kalau aku boleh disclose, maybe aku cerita lah nanti. Tengok keadaan. Sekarang terlalu awal. Mengada nak sebut2 juga tu..haha


Tiada ulasan: