click here :)

Isnin, 8 Jun 2015

Note #81 : Bajet dan Tips ke Jepun

Persediaan, bekalan, belanja, sedikit tips.

Tiket flight


Entri ni nak cerita serba sedikit pasal persediaan, termasuklah bajet dan benda2 kecil yang perlu diambil perhatian. Okeh, mula dengan tiket flight. Aku beli tiket, Oktober 2014, tarikh penerbangan Mei 2015. Aku memang dah plan nak dapatkan tiket KL- Nagoya, dan Haneda (Tokyo)-KL. Aku kalau boleh nak elak Golden Week (GW), tapi Yuri xdapat, terpaksa lah pilih GW jgk. Pilih tarikh dengan Yuri senang, kami cepat capai kata sepakat. Jadinya, kami setuju untuk mengembara selama 9 hari di Jepun, iaitu bertolak Jumaat, kembali semula Sabtu. Dalam Februari, aku dapat emel dari AirAsia (AA), katanya route KL-NGO dah cancel. Kami diberi pilihan, 1. Re-route ke Osaka(KIX) tanpa sebarang caj tambahan, 2. Cancel dan refund, 3., Maaf aku lupa. Pastilah aku pilih re-route. Tapi x boleh confirm masa tu, kena tunggu individual emel dari AA,baru kita reply nak yang mana. Dipendekkan cerita, tinggal sebulan lebih lagi dengan tarikh nak berangkat, masih xdapat emel tu. Aku pun emel AA, tup2, AA balas cakap team yang uruskan benda ni dah alert kes aku, xsampai sehari, dapat confirmation bagitau yang dah konfem kami re-route, siap dengan itinerary baru. Mudah je, kenapa la buat kami tunggu sampai x keruan. Haish. Aku tengok itinerary baru, bertolak pukul 1, aku ingat 1 tengahari, rupanya 1 pagi! Dijangka sampai pukul 835 pagi waktu Jepun. Tiket balik pula, pukul 1145 malam dari Haneda. Aku rasa kami dapat masa maksima. Sangat baik dah tu.
Lahai banyak pula cerita, maaf ye. Tiket pergi balik, basic sahaja, rm852. Kalau kena masa, boleh dapat lagi rendah dari tu. Aku x ambil insuran perjalanan AA, sebab aku nak beli sendiri. Aku cuma beli beg 20kg (yang paling murah), itupun satu route seorang ambil, aku dengan Yuri share 20 kg tu. Aku ambik masa pergi, dia ambil masa balik. Alhamdulillah dua2 beg kami pergi balik xlebih berat. Masa beli tiket, aku Cuma beli tiket semata-mata. Makanan dan beg tu aku tambah beberapa minggu nak berangkat tu.

Hotel/Hostel


Hotel pula, sejak awal2 beli tiket dah survey. Plan asal nak gerak dari Nagoya-Osaka-Fuji(Kawaguchiko)-Tokyo. Satu tempat 2 malam menginap. Tu keje Yuri. Dia dah siap2 book beberapa hotel, tapi harus diingat, kena pilih yang free cancellation, in case ada perubahan. Nasib baik la kami dah beringat pasal free cancellation tu. Kami punya plan kan memang berubah, memang ada hotel kena cancel dan book yang lain. Plan kami berubah kepada Osaka-Nagoya- Kawaguchiko-Tokyo. Kat sini, selain berubah destinasi, ada satu lagi masalah. Jap aku citer kat bawah nanti. So hotel ni, boleh siap2 bayar semua terus, senang keje. Yuri cari hotel semua kat agoda, dia pilih option pay-later, kiranya sampai tarikh beberapa hari nak check-in tu, dia akan tolak duit dari kad kita. Itu ada polisi free cancellation lah, dah dekat baru tolak, memang dia akan tulis bila tarikh tolak duit. Tengok betul2 bab tu. Sebab kami terkena, terlepas pandang satu, ingat nak pilih satu lagi hotel, sebab hotel kat Kyoto tu nampak cam jauh, so kami book satu lagi yang ada ‘shuttle-bus’ free. Bila nak cancel, kena cas, ada la dalam RM50+. T_T  Satu lagi, bila pilih hotel, pastikan hotel tu dekat dengan apa2 stesen, kalau boleh stesen utama, JR (kalau guna JRPass), atau paling x pun stesen apa2 lah, subway ke asal ada access yang mudah untuk lokasi2 korang nak tuju. Boleh cek guna google map. Kalau dekat agoda cakap ’15 minutes walk to train station’, korang kena cek sendiri JARAK dia, berapa meter, kilometer, sebab masa berjalan berbeza, kalau jarak ni, korang boleh bajet sendiri lah.

Klik SINI untuk cerita lebih lanjut mengenai hostel/hotel.

JRPass (Pengangkutan utama)


Seterusnya JRPass Nationwide, 7 hari. Aku memilih untuk guna JRPass sebab rancangan perjalanan aku tu nak pergi jauh2. JRPass ni memang berbaloi dibeli untuk perjalanan jauh2. Harga yang aku dapat dari JTB, RM 902. Aku pernah tolong abang aku beli tahun lepas, dari Wendy, satu agensi perlancongan dengan harga RM1000+. Dekat 100 lah beza dia tu. Dari JTB, boleh cek online harganya. JTB punya office dekat area Imbi, tapi aku beli dari booth JTB masa MATTA Fair. Untuk beli JRPass ni, kena tunjuk pasport masing2. Prosedurnya begitu. Selain JRPass Nationwide, ada lagi pilihan lain, untuk JR je ada mengikut area, contohnya macam JRPass Kansai wide, harga pun murah lagi sebab tempat dia cover tu lebih kecil. Kelebihan JRPass Nationwide, kita boleh naik apa2 kenderaan JR (kereta api, bas, feri, shinkansen) yang beroperasi dalam kawasan yang ditetapkan oleh JR, tanpa had selama 7 hari. Ada juga pass untuk 14 hari, 21 hari. Semua tu harganya beza lah juga. Nationwide ni memang luas, biasanya memang boleh je guna di mana2 boleh kata gitu lah. Tapi ada la sedikit pengecualian. Itu korang boleh cek sendiri nanti. 


Kalau shinkansen pula, boleh naik semua kecuali Nozomi, dan Mizuho. 2  shinkansen ni laju, jadi JRPass x cover sebab lebih mahal harganya. Berapa aku x pasti. Masalah yang aku sebut kat atas, pasal JRPass ni la. Kami pergi 9 hari, JRPass Cuma cover 7 hari. Kena betul2 pilih tempat mana nak guna, kalau x rugi. Mulanya, aku ingat nak aktifkan JRPass hari ke-3 di Jepun, maksudnya 2 hari pertama di Nagoya, aku akan guna pass di Nagoya atau bayar je tambang. Tapi memandangkan kami tiba di Osaka. Aku tukar plan, kita guna terus hari pertama sampai tu. Sebab, nak pergi Hiroshima, Kyoto, Osaka tu jauh2 juga, dan boleh naik shinkansen untuk jimat masa. Sebab tu kami memilih untuk guna di sini. Aku pun dapat maklumat dari bloggers katanya di Tokyo banyak guna subway dan lain2. Jadi ok la tu, JRPass kita guna untuk perjalanan jauh je. Kalau ada masa untuk cek tambang dari satu tempat ke tempat2 tujuan tu, boleh juga, mungkin lebih jimat dari JRPass. Guna JRPass atau tidak, bergantung pada plan perjalanan sendiri, boleh cari lagi maklumat ikut kesesuaian plan masing-masing.



Atas: Day pass untuk Toei subway di Tokyo
Bawah: JR Central Day pass, di Tokyo juga.

JR Pass nationwide



Makanan (kritikal untuk muslim)


Untuk survive di Jepun, makanan itu penting! Jepun ni bab2 nak jupe makanan sangatlaaa mudah. Nak cari yang halal tu masalah dia. Aku mengambil jalan mudah, bawa makanan dari rumah je. Beli megi cup dan lauk dalam tin adabi. Aku ulang sekali lagi, adabi! Aku x berani makan yeos sebab pengalaman mabuk tu. Aku syak sebab makanan lah. Adabi punya rendang ayam dan kurma ayam sedap oh, tolak tepi la bab minyak melimpah tu. Lauk2 ni boleh makan dengan nasi instant dari 7e atau LAWSON. Masuk microwave, terus boleh makan. Nasi yang paling murah aku jumpa di 7e, harga x sampai 130 yen, itu pun yang satu bungkus ade 3 unit, satu unit tu harga dalam 130 yen. Yang kat LAWSON pun lebih kurang sama harga, tapi boleh beli satu2 dan lagi banyak. Aku lagi suka nasi LAWSON (dah penah cakap sebelum ni). Nasi instant ni pun bukan nasi putih je, kat LAWSON lebih banyak pilihan,ade beras perang, ada beras yang macam pulut hitam, harga mahal sikit dari nasi putih. Ikut selera dan bajet koranglah. Aku makan nasi putih je. Nak panaskan nasi, boleh terus suruh orang kat kaunter konbini(convinient store) panaskan lepas bayar, kalau kat hostel/hotel ada microwave lagi senang. 


Air pula, air mineral yang paling murah, 108 termasuk GST. Kat 7e dia tulis 100yen,masa bayar baru dia cas GST, di KIOSK kat stesen2 ketapi, terus dia tulis 108yen. Oh ade la yang lagi murah, dekat Donki (Don Quijote). Masuk GST jadi 105 yen xsilap aku. Tu untuk botol biasa tu, 500ml ke aku kurang ingat. Yang aku selalu beli jenama Iroha. Kalau di vending machine, harga cecah 140yen sebotol. Air Evans pun harga lebih kurang je. Katanya kat Malaysia mahal eh? Sana standard sama dengan air mineral lain je. Aku memang ada la 2,3 kali beli air dalam sehari tu. Selain makanan utama ni, korang bekal la makanan macam roti dan coklat untuk alas perut sepanjang berjalan. Aku beli 2 keping coklat bar besar + 2 yang kecik comel tu. Hampir habis okeh, aku bukan hantu coklat pun, aku x layan coklat2 ni kalau kat rumah. Tapi kat sana kena makan. 


Roti, aku beli roti sandwic gardenia, makan dengan serunding yang memang aku bawa dalam beg ke mana2. Masa lapar boleh makan, mostly dalam tren aku makan. Xpun masa tunggu tren (sebenarnya ada juga bawa tuna spread, kene ambil masa scan barang kat KLIA2, padan muka,sape suruh x cek dulu). Itu cuma cadangan aku, tapi aku nasihatkan jangan bawa makanan berasaskan daging, ayam, sebab diorang agak particular barang macam ni kena declare, silap2 kena ambik masa kat airport, aku ada ceritakan dalam entri pertama. Kalau korang malas bawa makanan banyak, boleh je tanya orang 7e onigiri mana xda daging/arak/pork. Aku malas nak tanya, sebab tu aku bawa je. Satu lagi kena lebihkan bajet makan la kalau nak makan macam tu. Aku jumpa kawan kat  sana, diorang makan nasi dengan sayur je, xde la gigih bawa tin2 dan megi cam kami. 


Terpulang pada korang la tu. Aku cuma kongsi cara aku. Peruntukan untuk makanan aku 10 000 yen untuk 9 hari.  Oh lupa pesan, pastikan korang ada makanan yang boleh dicapai segera untuk dimakan waktu mula2 tiba di sana. Aku pun ambik tips dari blog saudari hafeezafauzi. Beli burger malam bertolak tu, pagi esok terus boleh makan. Memang perlu la bagi aku, mengelakkan kita kelaparan dan stres hari mula2 sampai. Kat Jepun ni kita boleh je makan dalam tren, kat platform, kat memana pun, sebab bagi orang Jepun, sendiri buat sampah sendiri uruskan, xmacam orang Malaysia, takut sangat cleaner xda kerja, padahal xda kesedaran (ceh tiba2 hangin).


Nasi instant. Dalam ni ada 3 pek

Satu pek rupa camni

Pandangan dari tepi.


Ubat-ubatan,


Aku beli banyak ubat, panadol, panadol aktifast, koyok2,  ubat mabuk perjalanan (walaupun aku xda motion sickness), ubat gastrik. Itu yang aku sempat fikir, tapi sila lah sediakan juga ubat selsema, sakit tekak, plaster dan apa lagi yang rasa perlu. Fikirkan kemungkinan yang akan berlaku, minyak angin pun penting juga. Aku masa mabuk makanan tu, asyik mintak minyak angin Yuri, nasib baik di bawa. Plaster pun aku minta belas ihsan Yuri. Koyok penting, untuk elakkan sakit2 kaki berjalan seharian berlarutan. Jadi malam2 sila urut kaki sendiri dan tampal koyok. Pasal koyok ni pun aku ikut cara yang saudari hafeezafauzi buat.

Bajet/Money changer

Aku sertakan screen cap bajet aku kat bawah sekali untuk rujukan lebih jelas. Maaflah aku x tau cemana cara terbaik untuk share bajet aku. Harap membantu. Aku tau bab bajet ni yang paling penting untuk travel. Sebenarnya, ramai yang aku perasan dapat buat bajet lebih rendah dari aku. So boleh la study semua, kemudian ubah suai mengikut preferance sendiri. Rate untuk bajet aku ialah 1000 yen = RM 30.73, aku ambil purata dari rate yang aku dapat masa tukar duit. Aku tukar duit berperingkat, 3 kali. Aku tukar duit 2 kali di Midvalley, sekali di Nu Sentral. Di Midvalley, korang boleh cek rate semasa secara online, dekat www.moneymaster.com.my , di Nu Sentral, rate nya lebih rendah 0.05 dari di Midvalley. Kena beringat pasal tukar duit, korang kena anggap diorang sentiasa xda duit kecil. Pengalaman aku, 3 kali pergi, 3 kali aku dapat note 10 000 sahaja, itu dah RM300 lebih tu, jadi bajet2 lah berapa nak pergi tukar, risau juga terkurang duit bekalan. Aku harap sesiapa yang rujuk plan bajet aku boleh faham kira2 yang aku buat. Kalau xfaham boleh je tanya.

Travel insurance


Sangat penting! Aku x beli AA punya travel insurance sebab yang tu cuma cover masa kita atas flight dan kalau kehilangan/kerosakan bagasi je. Aku memilih Takaful Ikhlas Kembara. Perlindungan selama 10 hari perjalanan, beg hilang, kematian dan lain2, hanya dengan rm15. Lebih baik, dan syariah compliant. Terpulanglah nak beli travel insurance apa pun, janji beli yang patuh syariah. Pada aku yang ni lebih baik dari beli perlindungan untuk perjalanan dalam flight sahaja. Dapatkan detail prosedur macam mana nak claim semua tu sebelum pergi. Ni aku x sempat buat. So aku nasihatkan sesiapa yang nak ke luar negara cek benda ni dulu. Aku beli takaful ni secara online je. Tapi susah nak terangkan cane nak buat sebab aku pun bersusah payah baru dapat. Kalau susah sangat emel je customer care depa.

Solat


Bab solat pula. Aku dinasihatkan oleh mak aku bawa botol spray kecil, untuk isi air, nanti senang nak wudhuk. Sekarang ni di Jepun dah ada tempat2 yang sediakan surau. Di KIX ada, Osaka St. ada, Haneda airport ada, masjid pun ada di beberapa tempat. Masalah bila kita berada jauh dari tempat2 tu. Terpaksa la solat juga di mana2 yang munasabah. Nak cari yang tertutup payah. Pengalaman aku, 2x aku solat di tempat awam. Satu masa di Nara, solat di platform, satu lagi di Tokyo, solat di kawasan laluan nak ke subway (yang ni xramai orang lalu lalang). Selain tu, kami sempat balik hotel/hostel solat. Biasanya solat zohor asar, tu kami solat jamak qasar takdim, maghrib isyak, buat ta’khir bila dah balik dari perjalanan hari tu. 

Masa ambil wudhuk pun kena beringat juga. Tandas kat Jepun kan jenis yang lantainya  x basah, tempat ambil wudhuk tentu2 lah xda. Kena guna sinki. Masa guna sinki ni, jangan tadah air dalam tangan dan curah kat kaki pulak, cukuplah basahkan sedikit dan sapu kaki tanpa perlu basahkan lantai atau angkat kaki ke sinki. Kita di tempat orang kan, kena lebih menjaga kelakuan, imej islam tu penting kena jaga. Pakaian untuk solat, aku cadangkan pakai pakaian yang boleh buat solat terus, xperlu bawa telekung. Secara peribadi, aku x selesa kalau solat di tempat terbuka dengan pakai telekung (maybe sebab aku xde pengalaman). Jadi baju aku aku kira ok lah untuk bawa solat, tapi aku bawa stokin bersih dan hansock sebagai tambahan khas untuk solat. Bawa ke mana2 in case kena solat kat luar. Sejadah pun sama, bawa ke mana2. Aku selalu lupa pasal sejadah. Terpaksa bentang map untuk sujud.

Botol air jangan dilupa, maksud aku botol mineral. Pastikan kalau ke mana-mana ada botol kosong tu dalam beg. Tujuan dia untuk tadah air sebelum masuk tandas awam. Hehe. Banyak tandas yg xde bidet, kalau x sedia siap2 air mana nak cekau? Even dalam flight pun sama. Dekat kebanyakan hostel/hotel dan airport memang ada bidet. Dekat stesen tren biasa xda. Tips untuk kawan2 seakidah sekalian..

Pakaian


Aku pergi 9 hari, 8 malam. Aku bawa 6 helai baju, dan 4 seluar. Mengikut maklumat yang aku dapat, awal Mei (masih spring) ni sedap je cuaca untuk jalan dan x berpeluh. Memang ya, angin sejuk je. Tapi peluh juga sebab Matahari terik di setengah2 tempat, lagi-lagi kalau jalan dengan beg berat. Aku memang selalu angkut je beg aku yang banyak barang tu. Menapak pun boleh tahan jauh2 setiap hari. Kalau boleh kurangkan lagi bagus, lagi selesa. Sebab baju xcukup sepasang sehari, aku memang kena re-use lah. Kalau x peluh sangat xpe xbasuh, kalau dah jalan sampai kurus tu kena la juga basuh. 2 hostel yang aku duduk ada sediakan mesin basuh dengan bayaran 200 yen untuk cuci, 100 yen untuk keringkan. Prepare awal2 kalau cadang nak basuh baju, yang penting cek hostel tu sediakan mesin x. Sabun boleh beli kat konbini, 7e ke, LAWSON ke, Circle K ke. 


Selain baju untuk pakai harian, aku bawa sweater tebal untuk tidur malam stokin pun bawa extra. Malam sejuk la. Satu lagi, bawa la outer wear untuk pakai kat tempat2 yang sejuk waktu siang. Aku xsedia untuk tu, sebab tu kalau baca dalam entri sebelum ni aku banyak komplen sejuk. Dah la gaijin khatulistiwa, pakai baju nipis2 je kat sana. Even Japanese pun kebanyakannya pakai 2 lapis bila keluar. Tudung aku xcukup untuk cover sejuk, kena ade jaket atau cardigan juga. Xkan nak pakai sweater tidur keluar. Yuri bagi pinjam face mask, membantu juga lah untuk tahan sejuk. Selain pakaian, mungkin perlu consider sediakan lipbalm. Bibir aku jadi kering, sakit. Jadi aku beli lipbalm dari 7e sebab x tahan sangat.

Kasut


Yang ni penting SANGAT! Aku dah lama usha2 kasut yang sesuai untuk jalan banyak + bawa beban berat + long hour + long distance walk. Mula2 tu terfikir nak beli kasut yang decent la cam Skechers ke, Asics ke. Tapi bila makin hampir nak berangkat, aku buat keputusan untuk guna kasut biasa2 je yg  beli kat BATA (sebab poket dah kering). Malang bagi aku kasut tu x friendly. Kaki aku manja bab2 kasut, tapi aku degil nak juga try kasut baru tu. Memang seksa kaki. Hari2 sakit kaki. Terpaksa gilir dengan selipar. Pakai selipar pun sakit. Aku xsuka pakai selipar jalan jauh. Tapak macam kena lipat pula. Masa aku ikut abang aku menapak mencari kedai Eiger di Bandung, aku pakai sneaker baru, first time pakai, 1st day memang jalan all out, sakit macam nak melecet, tapi xmelecet, dan hari2 lepas tu makin ok, kasut ni bagus. Trip Jepun ni xmacam tu, makin lama makin sakit. Jadi, bagi aku, kasut perlu diberi perhatian, invest lebih sikit xpe, sebab pergi tempat jauh kita nak maksimakan perjalanan. Kena jaga kaki, dalam masa yang sama jalan banyak. Terpulang, kalau ada ciri2 kaki manja macam aku, invest la untuk kasut yang sesuai, kalau kaki lasak, untonglaaa. Hmm pengajaran buat aku.

Plan perjalanan


Aku xsebut pasal persediaan perjalanan secara detail, sebab, aku xsempat nak buat tu. Aku cuma ikut acuan perjalanan dari abang aku yang dah pergi sebelum ni, dan modify. Aku tau nak tuju ke mana,tapi nak naik apa semua tu aku x betul2 study. Yuri ada dapatkan cara untuk ke hotel dengan google map. Aku ada buat sikit plan perjalanan guna google map. Tapi sikit sangat, memang kalau bukan sebab abang aku tolong sediakan yang hari pertama punya plan, memang aku xkan tau apa2. Satu lagi aku cuma sediakan plan google di Tokyo, nak ke Ghibli dan nak ke Hotel. Itu pun sesat juga. Sebab tu kalau korang baca entri aku sebelum ni, aku banyak sangat pergi TIC dan tanya orang. Memang banyak bergantung pada orang sepanjang perjalanan kami. Nak berpandukan internet, mana nya selalu dapat akses. Mujur kami dapat juga kadang2. Yuri la, aku punya x. 


Dah x sempat buat plan betul2 pasal kenderaan semua tu, aku cuma baca beberapa website macam japan-guide, tripadvisor, dan blog2 yang bercerita pasal travel ke Jepun ni untuk maklumat sendiri. Mujur juga, itu membantu. Aku belum bagitau pasal flexiroam kan? Aku sebenarnya entitled for free simcard untuk data roaming di Jepun, sebab aku beli tiket ke Jepun dalam masa promosi diorang. Aku dah kontek flexiroam ni tanya cemana nak redeem semua, aku siap tanya kot, kalau simcard free dah abes cane? Boleh beli on the spot x? Dia balas, boleh, banyak lagi ni ha yang free nye. Bila masa aku nak redeem xde pula hey! Tiba2 kata simcard saiz micro dan saiz biasa dah habis, tinggal yang saiz nano je. Developer pon gedik nak buat macam2 saiz. Nasib baik plan asal memang xbergantung pada internet sangat.

Plan perjalanan, aku mula dari Osaka-Hiroshima-Kyoto(+Nara+Osaka)- Nagoya(Narai)-Kawaguchiko-Tokyo. Boleh kata mula dari selatan ke utara lah. Aku x sempat lama di Kansai (Kyoto, Osaka), aku rasa terkilan, sebab Kyoto tu, kalau spend seharian pun belum tentu cukup. Banyak tempat popular aku x pergi contohnya, Kiyomizudera, Ginkakuji, Nijo Castle. Entah2 banyak gila lagi tempat yang patut pergi aku x pergi. Aku fikir, Kyoto ni, tempat yang wajib spend at least 1 hari suntuk untuk berjalan dalam Kyoto sahaja. Nara boleh la spend separuh hari, kat sana kalau berminat nak masuk tengok patung Buddha besar gilos tu, atau mana2 pagoda, mana2 temple, boleh la peruntukkan masa lebih sikit, sehari. Aku xberapa minat, jadi tengok rusa je kat situ. Aimi kata ada tempat lawa kalau naik bukit sikit, lupa nama dia. Berbaloi juga la masa kat sana. Tapi, jangan buat lawatan Nara+Kyoto dalam satu hari macam aku, rugi, sebab masa banyak habis dalam tren je.


Hiroshima, at least spend one night here. Sewa la Hotel Hana ke, Aki hostel ke, boleh jalan2 naik tram. Yang paling penting, nikmati tinggalan sejarah bom atom kat situ. Aku memang rasa rugi besar sebab x sempat masuk muzium bom atom. Jalan2 di kawasan kubah bom atom je dah makan masa, jadi peruntukan masa sehari semalam di Hiroshima baru berbaloi. Aku yakin, attraction kat sini lebih dari yang aku tau.  Aku suka sangat Hiroshima, bandar yang tenang pada aku.
Osaka. Kat sini aku ada hajat nak ke Kaiyukan, akuarium. Dah lama aku impikan nak masuk akuarium yang besar, boleh jalan kat terowong (walaupun bukan dating mcm budak2 Jepun lol). Aku memang suka tengok ikan dan hidupan laut/akuatik ni. Terkilan xdapat masuk situ sebab kami sampai lambat, tambah pula dengan plan perjalanan yang sangat longgar (ikut hati dan emosi), masa mula2 sampai emosi x baik, so skip2. Next time x boleh buat macam ni lagi. Bertenang~

Nagoya. Dari Nagoya, aku nak ke Narai, kalau sempat boleh juga ke Tsumago dan Magome di Nakatsugawa. Persamaan ketiga-tiga tempat ni ialah semuanya post-town zaman Edo. Aku xtau yang mana lagi menarik sebab x sempat pergi Tsumago Magome. Elok juga sebenarnya kalau peruntukkan 1 malam di kawasan ni (dipanggil juga Kiso Valley). Orang belanda yang aku jumpa pun bermalam di Matsumoto. Tempat ni memang berbaloi diberi lebih masa untuk jalan-jalan. Aku dah cadang nak bermalam, malangnya xdapat cari hotel dari Malaysia. Aku pun xtahu macam mana nak cari lagi, tup2 kami cancel dan tambah hari bermalam di Kawaguchiko. Xdan nak pergi ke Tsumago dan Magome untuk buat perbandingan mana lagi best. Di Nagoya sahaja, sehari suntuk belum tentu cukup. Aku aim nak ke Railway Park, Toyota, Nagoya-jo, Atsutajingu Shrine, Osu-Kanon market, Oasis 21 di Sakae. Antara semua ni, 2 aku x sampai. Osu-Kannon dengan Atsutajingu shrine. Sebab x sempat, hari dah gelap. Yang payah sikit sebab, Railway park jauh dari tempat lain, dah la jauh, pastu lama pula masa spent kat situ, sebab memang menarik. Balik dari Railway park tengahari dah. Baru start jalan dekat kawasan lain2. Osu-Kannon tu cuma tempat beli-belah, mungkin boleh cari souvenir situ. Mungkin boleh skip.

Kawaguchiko. Tujuan dia nak dekat dengan Fujisan je. Kalau boleh nak nikmati alam kat situ. Aku xtau jarak antara Hakone dan Kawaguchiko ni jauh. Kalau x, mungkin aku pilih Hakone. Satu la,  pendapat aku sendiri, dan ramai orang yang aku jumpa, kami sepakat merasakan yang area Fuji ni, x kisahlah Kawaguchiko ke, Hakone ke, cuma perlukan 1 hari je, day trip je. Paling lama pun 1 malam. Unless kalau ada hajat nak hiking ke apa. Ok lah. Pendapat aku yang menguatkan kata2 tadi, kos di kawasan gunung ni tinggi. Nak gerak ke mana2 naik bas semua tu, adoi, gigil tangan nak hulur duit. Bukan boleh jalan sangat pun, dan xboleh guna JRPass. Area Kawaguchiko xda day pass, setahu aku la. Area Hakone ada. Kalau cover tren(odawara ke hakone)+tiket untuk attraction (ropeway, cable car), ada yang sampai 3900, untuk 2 hari xsilap aku. Ada juga pilihan lain. Tapi pricey juga la. Sedia duit dalam 5000 ke untuk selamat kalau nak ke Hakone. Senang citer, kalau nak agak bajet kat area Fuji (Hakone, Kawaguchiko) ni, agak dalam 5000-6000 yen lah. Aku memang xtau nak agak berapa, aku pergi letak 3000 je, mau x nangis bila kos situ melebihi 5000. Tu pun termasuk dengan silap pilih route. Kalau plan betul2 boleh save lagi sebenarnya. Di Kawaguchiko, ada 3 buah gua, tourist spot. Naik bas ke sana mahal. Selain tu ada ropeway, fujiQ highland(amusement park). Kat FujiQ highland ada roller coaster yang curam dari tempat lain, ada rumah hantu yang femes. Tapi aku xminat amusement park. Kalau duit terlebih bolehla.

Tokyo. Sini tempat orang kerja. Sangat sesak. Aku x suka tempat sesak dan penuh dengan orang berkejar pergi kerja. Tapi masalah dia, di Tokyo sahaja pun baanyak tempat untuk ditengok. Yang aku boleh highlight, Odaiba:GUNDAM, Statute of Liberty mini, Rainbow Bridge(malam je nampak rainbow nye), cruise(xsure naik kat mana). Tokyo tower, bagi aku, xnaik pun xpe, tapi pergi la usha kat dalam ni, ada Mugiwara Store lagi. Bagi peminat One Piece wajib pergi. Souvenir kat kedai official Tokyo Tower mahal2 belaka. Cuba tengok kedai2 yang banyak kat bawah tu, ada je keychain yang nampak decent. Harga lebih murah. Ginza untuk shopping di Uniqlo paling besar di sana. 12 tingkat. Ada juga kedai jual barang2 kimono, jinbei. Kedai makanan Malaysia, Pakistan yang halal. Naik subway senang ke sini. Selain tu, kena ke Tokyo Camii (masjid), Asakusa beli belah dan kalau nak naik Sky Tree. Shibuya, Akihabara, untuk shopping. Shibuya ada Hachiko. Tempat2 ni aku x pergi, so xleh cerita banyak. Banyak lagi attraction di Tokyo. 2 hari la kot kalau nak cover banyak tempat dan puas hati. Tokyo ada beberapa pilihan day pass, kalau rancang dengan teliti, boleh dapat best deal untuk kos pengangkutan. Jangan bimbang.

Seluruh perjalanan, ikutkan preferance aku, aku cadangkan mula dari Tokyo 3malam, sehari tu buat day trip ke Hakone atau Kawaguchiko atau mana2 area yang boleh nampak Fujisan dengan jelas. Lepas Tokyo, pergilah ke Nagoya termasuk Kiso valley, mungkin 3 malam lagi, 1 malam di Hiroshima, 2 malam di Kyoto, 1 hari kena spend di Osaka. Kiranya, beli tiket ke Haneda, balik nanti dari KIX (Osaka). Aku suka dari tempat sibuk beransur ke kawasan yang lebih tenang. Cadangan aku je. Terpulang pada kesesuaian trip masing2 lah sebenarnya. Satu lagi, ikut tujuan trip, kalau minat shopping, boleh la spend masa di Tokyo banyak sikit (sebab banyak kedai), kalau berpuas hati dengan nature macam aku, tuju la tempat2 yang boleh nikmati nature.  Aku boleh share tempat2 yang aku pergi je. 

Trip aku ni memang on budget, aku x fikir sangat nak beli souvenir, aku pun x tumpukan pada attraction mahal dan berbayar, sebab aku cukup suka dengan nature (suka juga shopping sebenarnya), so dapat tengok benda2 gitu dah ok. Of course USJ, Disneyland tu aku xpernah fikir langsung nak letak dalam plan. Bagi aku tempat2 tu bukanlah melambangkan Jepun. Nak pergi untuk gambar sahaja pun aku xberapa nak, melainkan xperlu tambang (guna JRPass je) dan ada masa. Tambang transport kat Jepun agak mahal (aku bandingkan dengan Malaysia la) T_T. Macam aku kata, aku xminat amusement park sebab mahal. Dalam tu memang seronok boleh main macam2. Kalau duit terlebih bolehlah nak spend RM200-300 pergi tempat main macam tu. Sanggup ke?! Aku belum lagi la (duit poket xcukup T_T), siapa suka go on lah, xde hal ;)


Sebenarnya, aku cuak masa malam nak bertolak sebab xda satu pun kertas aku print untuk bekal. Cuma beberapa file pdf untuk hari pertama di sana.  Aku xdapat buat persediaan rapi sebab 2-3 minggu sebelum bertolak aku sakit, beberapa hari sebelum pergi siap demam lagi, sampai dalam seminggu tu 3x pergi klinik. Dah la x dapat cuti. Dugaan. Siap risau kalau2 x dapat pergi. Nak tukar duit, beli makanan pun xlarat. Gi tukar duit, balik demam, gi beli makanan, balik demam. Waktu ni semua nasihat kawan2 untuk kebah demam aku buat. Makan vitamin c, minum air banyak2 sampai sebelum tidur 5-6 kali gi tandas, minum air barli, makan kurma, minum b’young. Nak cepat sihat punya pasal. Jadi beberapa bulan sebelum travel jaga kesihatan dan buat stretching/excercise regularly, supaya badan x terkejut tiba2 kena berjalan banyak. Satu lagi, sedia lah nak hadap cuaca sejuk kat area Fujisan, kawan2 aku, diorang rasa nak demam bila balik dari sana. Harap sesiapa yang baca entri ni dapat manfaat. Aku berkongsi dengan harapan dapat memudahkan orang lain. InsyaAllah.

Nah bajet list seperti yang dijanjikan:


Kos sebelum berangkat




Kolum belah kiri tu dalam MYR, tapi total dia aku dah convert pegi JPY. So semua total aku letak dalam JPY kecuali yang mana dah label MYR tu. Grand total MYR. Paham kan kira2 aku ni?




PS: Jepun ni negara yang aku rasa selamat. Tempat yang ko boleh tidur dalam tren dengan beg terbuka, xpayah sentiasa jaga beg risau pick-pocket, boleh jalan dengan tenang walaupun perempuan sorang2. Tokyo lain sikit berbanding tempat lain.

PS2: Jepun ni tempat yang aku rasa gembira bila greet orang2 tua, ohayou gozaimasu atau konnichiwa, sebab mereka akan balas dengan senyuman. Benda yang aku x buat kat sini, manada aku rajin bagi salam dekat orang di Malaysia, walaupun benda tu dianjur oleh islam. Err.. well, aku patut cuba amalkan. Bila ucap ‘Ohayou’, jangan tinggalkan ‘gozaimasu’, sebab gozaimasu tu melambangkan politeness. Lagi2 dengan orang tua, obaachan, ojiichan, kena lah beradab. Walaupun gaijin, kena jadi gaijin yang beradab sopan.

PS3: Do me a favor boleh? Follow instagram account saya pls,  search : poketto.clothing, atau klik sini  poketto.clothing . Thanks~




43 ulasan:

yantsty berkata...

Good infomation, insyaAllah tahun depan saya pergi. Ada fb tak boleh tanya nanti sebelum saya pergi or wspp no? Kiranya awak pegi sorang ke ?

kuroneko berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kuroneko berkata...

yantsty , Terima kasih sudi baca entry saya. Eh tak, saya pergi berdua. Boleh add fb saya Zainab Bunyamin. InsyaAllah ada apa2 saya boleh bantu, saya bantu :)

Munira Mustapha berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Akak convert duit malaysia brapa ribu sblom prgi?

Sony berkata...

Salam, Saya sukerrr sgt info awak ni. very polite and tak poyo, tambah pulak bab cara solat and wuduk tu... sgt helpful. Blh bg saya your contact for some more info? i.e email or what. TQ

kuroneko berkata...

40 000 yen, rate 3.07 .. lebih kurang rm1200+

kuroneko berkata...

mr Sony, sy lambat tgk blog, luckily u found me on fb. Btw, thank you. I appreciate Your comment a lot.

cooking-n-crafting berkata...

Good info. Tqvm.. i am going with my sister this 10 dec.. will be using your useful tips...

kuroneko berkata...

Glad it could be useful for you. have a nice winter trip ya. :)

moi chan berkata...

Baru ingat nak folo abang turun osaka. Sbb osaka sampai pagi. Haneda sampi malam. Hm... Kena fikirkan balik ni.

kuroneko berkata...

Moi chan, Kalau sampai malam tido epot dlu? Hehe.. Tp kalo smpai pg pon, dah dkt tghri jgk kan? Kul 9-10 gtu. urusan imigresen pun makan masa. Ikut plan perjalanan n kesesuai je. Itu yg plg penting sbnrnya. Btw, mntak nasihat abg awk la, dia mgkin lg tau apa yg terbaik..

nazhazel berkata...

salam nak tnya ada suggestion x tempat tinggal dekat tokyo utk 2 org yang private room...cari dalam airbnb macam xberani n mcm mahal..ada suggestion x tenkiu

kuroneko berkata...

nazhazel ,
Saya stay hotel Flexstay Inn Higashi Jujo, rate 400 lebih 2 malam,1 bilik 2 orang. stesen JR paling dekat Higashi-Jujo, satu lagi stesen JR yang dalam walking distance, stesen Jujo. Hotel ni memang tepi stesen higashi jujo je. cuma dia x termasuk dalam pass sehari JR central, jadi kena bayar lebih sikit kalau guna pass tu pon. Tempat ni convenient lah juga, kecik tapi ok je sebab lengkap dengan blik air, tv, dapur kecik, selesa. Satu lagi option, try kapsul hotel? Ada kenalan saya tinggal kat satu kapsul hhotel area asakusa, katanya sangat selesa, cuma untuk beg besar kena sewa loker, n waktu siang biasanya xboleh ada dalam bilik sebab diorang nak kemas. kapsul hotel boleh dapat bawah rm100 untuk seorang, 1 malam. Sori xmembantu sangat, sebab boleh cerita apa yang sy tau je. Semoga jumpa tempat yang sesuai :)

kuroneko berkata...

nazhazel, sorry salah info, Flexstay Inn Higashi Jujo cuma lbh kurang RM 290 2 malam, 1 bilik, 2 orang. murah jgk tu :)

Sebuah Ilmu Biasa Yang Luar Biasa berkata...

Boleh bagi email x tuan tanah. Senang saya nk bertanya. Sebab plan tahun depan je sana.

kuroneko berkata...

boleh~ zainabbunyamin@gmail.com

kay-a berkata...

bab makanan...boleh download kat android phone software bernama "Halal Gourmet Japan"..dia akan list down semua kedai2 yg certified halal dan selamat utk Muslim makan..halal gourmet japan pun ade website..boleh pegi ke https://www.halalgourmet.jp/..sangat membantu..

kuroneko berkata...

Wah, noted, tq utk info ni.

Qhaseh Shukour berkata...

Salam,
Info menarik tentang trip ke Japan. Bercita-cita utk pi sana.Agak takut utk bjaya ke survive kat sana.Banyak nk kena taw nak kena study. Saya akan baca lebih2 lagi dari blog cik ni..mekasih banyak share.
Total bajet sorang utk ke Japang dlm RM3k++ la ye?

kuroneko berkata...

Ya, 3k+, kalau kecikkan destinasi nk lawat, lg murah. Jgn risau, prepare apa yg boleh, insyaAllah ok. Pg nti tau :)

kuroneko berkata...

Terima kasih sudi bc blog saya :)

Mohd Fakhree berkata...

Assalamualaikum..
Sy fakhree.
Nk gi osaka 29/2/16
Ada special tips x??
Sy pergi tanpa travel agent, sebab nk jmpa kwn di tokyo nnti.
Gi dengan family.
Dri kansai airport nak ke bndar osaka naik train ke ?smpai airport jam 11'45 gitu

kuroneko berkata...

Waalaikumsalam. Special tips cemana tu? kalau tips2 seperti yg ditulis kat atas, myb bleh apply jgk. .. Dr epot ke osaka ade tren n bas. Biasa org naik tren. Tren JR Haruka. Ade satu lg tren yg bukan operate by JR. Kalau ade apa2 benda spesifik nk tau, sila lah kontek akk kat sini atau emel. Tp my info pon terbas jgk. N akk xda itinerary. Have fun pg jpn dgn fmly!

kuroneko berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nadeafu chan berkata...

Salam kak. Nak tanya, selalu urusan imigresen tu lama x? Apa yg menyebabkan dia jadi lambat? Thanks :)

kuroneko berkata...

nadeafu chan, lambat sebab ramai orang, beratur panjang. Bila dah sampai tu kejap je dia buat. Tengok musim kot.

Tanpa Nama berkata...

boleh tengok tips ke tokyo untuk muslim dari pengalaman saya sendiri di link bawah ni. thank you.hehe

https://sabahanlovestravel.wordpress.com/2016/02/20/tipstokyo/

bonda Tiara berkata...

good info...saya dan suami ade plan nak ke jepun tapi kitorang bawa anak below 2Y. sebelum ni kalau travel sendiri, ktorg bajet sendiri jer tapi bila dah ade baby mcm terpaksa guna travel agent :(
btw thanks for the info pasal makanan tu :)
rajin2 singgah blog sy yer. salam perkenalan

hanizan berkata...

assalam kuroneko-san. saya & 2 org member plan nk ke sana autumn 2016 ni. nak tanya korang tak plan nak ke jepun sekali lagi ke..sbb kami nak ikout. kami bajet ciput je tu sbb kami nk try ala2 backpakers. asal dapat pakai kimono pn jd la. arigato!

kuroneko berkata...

bonda Tiara,

salam perkenalan. bawa ank kecik ni mencabar kan.. elok juga guna travel agent. Terpulang pada keselesaan ;)

hanizan,

wah, best2.. tp sygnye sy dah xde bajet ke jepun, tgu la 2,3 tahun lg kot. Lagi2 time currency ringgit merudum mcm ni, kesat air mata je la fikirkan expenses. Korang try la backpack ke jepun xsusah mana. Kalo boleh ckp jepun lg senang..cr tmpt2 murah atau x berbayar utk lawat, dah boleh jimat dah..

Nur Aini Sabrin Manssor berkata...

assalamualaikum..
plan nak pegi jepun 2-9 may 2016 ni. .touchdown di osaka, dan akan balik dari tokyo.
tapi nak tanye, mase encik pergi, kesesakan masa golden week macam mana? sebab byk comment ckap jgn pergi mase GW..
and any suggestion? sebab mmg dah beli tix mase tu. terima kasih atas bantuan..

kuroneko berkata...

Nur Aini Sabrin Manssor,

Waalaikumussalam. Waktu GW mmg sesak,dekat gate imigeren je penuh dah org. stesen2 penuh dgn tourist bw beg troli. Kat tourist attraction ramai budak2 sekolah, pakcik makcik. Dkt bamboo groove, fushimi inari,akan penuh dgn orang jln rapat2,kat setiap shrine ade org beratur utk semayang, so payah jgk nk amek gambar sorg, kena relakan jela kalo ade interframe. Suggestion cuma kena banyak2 sabar dan be considerate lah, mcm nak bergambar xleh lama2 sangat (alamak tips psl gambar je). Myb satu lg kena hati2 dengan masa, sb takut waktu2 org ramai susah nk kejar tren/transport. Btw, saya bukan encik, saya perempuan.hehee. Have a pleasant trip!

Dina mohd ishak berkata...

Assalam
Nak tanya sket
Klo bawk paste makanan tu masuk kargo atau handcarry je? Sb akak de ckp kena rampas ngn imigresen..hehe
Sy baru plan nak bawak periuk n alatn lain..hihik..tq kak..

kuroneko berkata...

Dina mohd ishak,

Wsalam, kalau paste2 atau mknan dlm tin, better masuk bagasi bawah la. Sebab yg bawa naik, benda dlm tin, dia bagi yg 80g je x silap, akk bw canned tuna yg 100g xlepas. Satu lg bleh cek kat website flight utk konfem. Kalau airasia ade dia bg reference berat dan ukuran brg2 yg permitted.

Download film online berkata...

Thanks for share ^^

kamal ikmal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
kuroneko berkata...

Saudara kamal ikmal, maaf sy terdelete komen saudara. Xsempat bc pun. :( kalau saudara msih perlukn cdgn/pndpt sy bleh pm kat fb sy, Zainab Bunyamin.

Anon berkata...

Perkongsian yang sangat menarik...terima kasih...

Farah Nik berkata...

Nak tny sikit.. saya dijangka sampai di haneda airport pkl 11 malam. selamat tak nak tido di haneda airport? kena halau dengan guard tak nnt?

kuroneko berkata...

Tak pasti, saya pernah baca blog org ni dia tido di epot osaka, tak kena halau, tp mmg guard akn asyik minta paspot.

:: StItCh :: berkata...

Nak tnya, golden week tu start bape hari bulan?

kuroneko berkata...

xingat tarikh tepat. mgu first mei tu.