Pagi tadi, masa ku kat kelas, housemate call, mesej, cakap rumah kena spotcheck dengan orang dari pejabat kolej. Pastu laptopku kena angkut sekali, kunci kena rampas, sebenarnya bilik yang kutinggal sekarang ni, hari ni baru sah pindah, beberapa hari lepas duduk secara haram je, sebab takut nak duduk sorang2 kat rumah yang asalnya dapat tu. Lepas habis kelasa pagi tadi tu, terpaksa la ku mengadap En. Anpanman, dengan muka sinis betul, dia tanya, "Ada apa? Ku jawab, tadi bilik kena spotcheck dan datang ni nak tuntut balik barang yang dirampas, laptop." Selepas diceramah tentang sebab dan akibat, En. Anpanman pon berenti bercakap jap, ku pon tanya, "Encik, saya ni kena saman ke?" En. Anpanman jawab, "Awak nak bayar rm50? Daripada bayar, baik awak buat beli makanan~". Dia pon suruh ambik semula laptop yang dia curi tu, ku mula senyum, En. Anpanman ni tak la sekejam mana. Tapi nama ku dah naik la, takut betol, dia siap ugut tak nak bagi tempat dekat kolej lagi, harap2 uguatan tu, sekadar amaran je la. En. Anpanman, saya ni budak baik, cuma tak sengaja menginap kat bilik lain secara haram, bukan saya tak bayar sewa pon, percayalah diriku ini.
Lepas selesai hal dengan En.Anpanman, ku berehat-rehat di rumah, kemas barang, malam kuar makan2 kat 'Bombay Masala'. Dah lama tak makan dekat kedai mamak. Kami 6 orang, tapiorder makan macam 12 orang yang makan, setiap sorang order 2 kali. Terkejut juga dengan ke'elastik'an perut masing2. Tah kenapa rasa tak cukup satu pinggan Tu, walaupun roti canai je, biasa makan sekeping dah cukup. Lepas habis makan, beli pulak aiskrim, macam pencuci mulut la konon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan