click here :)

Ahad, 19 Julai 2009

Tempe, Parenkima?! dan Kakarot..

Tengahari tadi ku makan nasi dengan tempe.. 2 hari lepas dengan kakarot (karot) sebelum tu dengan parenkima( kentang). Bila diingat balik, entah sejak bila ku suka makan makanan-makanan yang disebut tu. Tempe baru je, sebab kat rumah dulu, mak tak pernah masak, sebab tak dijual di tempat kami. Parenkima tu sejak kecik kot ku suka, sama lah dengan kakarot. Kentang ku panggil parenkima sebab, masa matrik dulu, kami belajar pasal jenis-jenis tisu pada tumbuhan, pastu untuk tisu parenkima, contoh yang diberi ialah ubi kentang, kebanyakan buku yang kami baca menggunakan contoh yang sama. Jadi masa makan-makan dengan kawan sebilik, mulalah kami gelarkan benda ni parenkima je.


2 ulasan:

Unknown berkata...

kakarot bhs pe? doihachibi pggl "jagaimo", bhs doreymon.

kuroneko berkata...

Kakarot tu main kira sedap sebut je, mgkin tersalah sebut kot, dengar2 dalam dragon ball ada watak nama kakarot, mgkin tu salah satu sebab...kot..