click here :)

Rabu, 19 Ogos 2009

Ahlan Ya Ramadhan!!

Oh, sedar tak sedar, lagi 2 hari nak tiba ramadhan.. Yayy puasa!! Ku pasti, masa tu nantilah kepenatan melanda, sebab kelas ku setiap hari habis petang2, masa yang dah kepenatan nak jalan balik, memanah lagi, tapi, disebabkan bulan ramadhan ini lebih baik dari bulan2 lain, kegembiraan tu terasa. Em, ye, bulan yang bila kita beramal, pahala yang kita dapat akan berlipat kali ganda.Kalaulah kita boleh nampak pahala tu, secara fizikalnya, mesti kita akan sanggup tak buat kerja dunia ni waktu tu. Tapi bila tak nampak, sanggup pulak kita tak buat amalan2 extra waktu tu.

Ramadhan membuat kita lebih sihat. Ye lah waktu biasa kita makan semahunya, ada apa, makan je. Bulan puasa ni, kita makan waktu malam je, waktu malam je maksudnya singkat je lah, 12 jam je lebih kurang, nak tido lagi, Secara otomatik, kita pon tak makan banyak sangat. Ingat jangan terlampau makan makanan dan minuman yang banyak gula ye, elakkan diabetes. Lagi pon Rasulullah s.a.w pernah bersabda, perut yang penuh ni punca segala penyakit.

Akhirnya, masa ni lah waktu kita nak repair hati kita, walaupun dah cuba jaga hati, tapi ada juga kerosakan yang berlaku. Apa yang boleh kita buat ialah repair je lah hati kita ni waktu tu, kesian dia asyik sakit. Caranya rajinkan buat amalan extra. Aduh, nak tahajud, payahnye..Em2, ku tau, memang payah, tapi nak cuba la ni. Jangan give up terus. Yea kuroneko, awak boleh buat, gambatte!!
Selain tu, bertadarrus jom, satu hari satu juzuk.

Akhir sekali , nak ucap selamat menempuh bulan ramadhan yang mulia dengan sabar.


1 ulasan:

Unknown berkata...

"Yea kuroneko, awak boleh buat, gambatte!!"

double gambatte!