click here :)

Ahad, 27 September 2009

Masalah pertama selepas bercuti

Tujuan aku tulis blog ni, salah satunya dan yang utama adalah untuk meluah perasaan. Jadi hari ni, aku baru sampai ke kolej. Dari airport ke kolej ku, biasanya kalau naik teksi tak kurang rm30 harga tambang. Jadi untuk menjimatkan duit, ku mintak madam yang buat servis menghantar dan menjemput dari kolej-airport-kolej untuk jemput aku kat airport pukul 8 malam. Flight aku sampai pukul 630(utk pengetahuan jarak dari kolej ke airport hanya perlukan kurang sejam untuk sampai), bila sampai, kawan aku mempunyai kenderaan yang bagiku lebih selesa, bukan selesa dari segi kereta baru ke ape, tapi keadaan dan orang2 yang terlibat masa tu. Jadi aku pon mesej madam tersebut dan cakap aku nak cancel dan mintak maaf banyak2. Tapi lepas sampai kat kolej, madam mesej aku, dan mesej tu bermaksud aku dah susahkan dia. Aku dengan rasa bersalah sangat mintak maaf lagi sebab aku sedar tu memang salahku. Masalahnya dia cam makin marah dalam mesej seterusnya. Tapi sebab aku tau tu memang salah aku, aku mintak maaf lagi, dan lagi, dan siap cakap xkan buat lagi( kalaulah sanggup nak guna servis dia lagi). Lepas tu, madam tak layan dah dan ku berharap dia sejuk sikit pasni. Aku memang tak berani dah nak jumpa dia pasni. Adoi, my bad, my mistake is very bad this time. Memang teruk juga kene marah walaupun melalui mesej. Madam, saya mintak maaf lagi ni..

2 ulasan:

Unknown berkata...

huhu, kawai so..cepatny hilang semangat maaf bmaafan d bln syawal yg mulia

kuroneko berkata...

yep..tu lah, org pon pelik bakpo dia marah sampai gitu skali..Walopon ore dari awl asyk mtk maaf..