click here :)

Isnin, 14 September 2009

~Malam-malam dan minggu terakhir ramadhan~


Petang tadi, ajk kolejku mengatur satu majilis berbuka puasa yang sepatutnya dihadiri oleh beberapa orang tetamu da pelajar2 dari sekolah tertentu. Tapi mungkin aral melintang, mereka dah batalkan kehadiran ke kolej kami. Ajk kolej yang selama ni jarang-jarang buat kemunculan di surau kolej muncul malam ni. Mungkin juga mereka selalu datang tapi ku tak perasan, tapi ku bukanlah nak persoalkan mereka datang atau tak.

Lepas je selesai terawih dan tadarrus, ku balik ke bilik dan keluar semula menuju ke bilik kawan. Masa tengah berjalan tu, nampaklah seorang daripada encik yang terlibat dengan majlis berbuka tadi menuju ke tepi blok perempuan. Rupanya 'kawan perempuan' dia tengah tunggu nak ber-dating. Di kawasan berdekatan ada la sorang lagi encik yang ku kenal namanya ber-dating juga, siap bertepuk tampar lagi tu. Inikah ibadat 10 malam terakhir mereka?

***

Perasaan tak tenang, menyedari minggu ni minggu akhir sebelum raya membuatkan ku rasa malas nak buat kerja sekolah, malas nak study walopon midterm exam hari rabu ni dan tak da mood nak buat aktiviti cergas.

Rasa nak sangat balik, tapi x la excited pon nak balik. Macam mana tu? Rasa2 faham tak macam mana perasaanku? Let it be. Kepada kawan2 yang dah balik atau bakal berangkat ke seberang, selamat pulang ke rumah.

Astaghfirullahalazim..allazi laa ilaaha illa huwalhayyulqayyum wa atuubu ilaik..





2 ulasan:

Tinta Tuah Pengembara berkata...

salam weh
hurm ko mesti peminat novel @Buku kan so aku nak mintak tolong leh?suggest satu buku yang boleh di baca...n sinopsis aku sekarang nagh berkecimpung ngan blog penulisan novel dan buku.
aku nak tulis pasal buku yang menarik dalam blog kedua aku huhu
tuah mind....

ko bagi tajuk buku pun tak per..

lagi satu nak ucapkan selamat hari raya
maap zahir batin
kalo der salah maapkan aku yer...

kuroneko berkata...

wslm, ko da slh org la farid, aku baru je bace2 buku ni..aku x bace novel bnyak pon.. tapi mgkin ko try khadijah hasyim punye buku, "di ruangmu aku disini". Itu novel yang tak tebal laa..atau buku 1515, faisal tehrani, yg ni aku x paham pon citer dia, tapi aku suke..yg len nanti aku ingt2 balik..bagi ler emel ko..boleh aku send ctu kalo ader info..