click here :)

Isnin, 26 Oktober 2009

Sabah #1- Kota Kinabalu, Kudat

Hari Jumaat lepas, aku samapi pukul 5 lebih, petang. Tapi keadaan dah gelap sikit, dah nak malam. Keluar je dari airport untuk ke tempat menginap, masa tu dah malam, dah maghrib dah. Lepas check in, kami rehat-rehat dan lepas tu jalan balik. Kami keluar menuju ke pasar Filipina atau lebih senang disebut sebagai Pasar Philipine. Malangnye pasar tersebut dah tutup. Jadi tak sempat lah nak menjengah ke situ.

Esoknya, anak angkat makcik W yang tinggal dan bekerja di Sabah datang jemput kami ke rumahnya. Rumah dia di Kota Marudu, tempat tu jaraknya 100 km lebih dari Kota Kinabalu. Kami ke rumah Abang Y untuk makan tengahari, tak menginap di rumah dia. Lepas makan, Abang Y bawa kami ke Tip of Borneo yang terletak di Kudat, kira-kira 70 km dari Kota Marudu. Abang Y isterinya dan anak-anak bawa satu kereta, dan kami bertujuh bawa satu lagi kereta, kereta Abang Y juga. Sampai di sana, kami memang terpegun dengan tempat tu. Penghujung pulau Borneo yang merupakan tempat pertemuan 2 laut, Laut China Selatan dan Laut Sulu. Angin kat situ sangat kuat.

Lepas makan malam, kami pulang berehat. Kebetulan malam tu ada movie Made of Honor lakonan Patrick Dempsey di chanel HBO. Dah lama mengidam nak tengok, akhirnya dapat juga tengok. Puas hati.

1 ulasan:

Unknown berkata...

gegambar nya?

oo, dr sheperd k?! lupa..