Beberapa jam lepas ku telah melangkah keluar dari bilik peperiksaan untuk kertas terakhir sem ni, dan beberapa jam lagi(esok) ku akan terbang ke KL.
***
Seigi no Mikata dan Shokojo Seira.
Dua tajuk yang ku sebut di atas merupakan tajuk JDorama (drama jepun) yang telah ku tonton baru2 ini. Lead untuk kedua-dua cerita ni namanya Mirai Shida, budak perempuan yang comel berumur 16 tahun. Watak yang dipegang dalam kedua-dua cerita ni sangat berbeza. Seigi no Mikata: Dia berlakon sebagai seorang budak perempuan yang selalu mengikut kehendak kakaknya dan akan buat apa sahaja untuk kakaknya yang pemalas, dan juga merupakan pelajar yang lemah di sekolah. Mempunyai perwatakan berserabut, bersahaja, selalu buat ekspresi terkejut, ternganga~
Untuk cerita satu lagi, Shokojo no Seira pula, Mirai Shida memegang watak sebagai seorang anak gadis dari keluarga mewah yang lemah lembut, berpendidikan, menonjol dalam kelas sebagai seorang yang pandai, menjadi pujaan orang-orang di sekelilingnya, dan disayangi oleh kawan-kawan serta pekerja-pekerja yang bekerja di rumahnya.
Antara kedua-dua drama yang ku sebut di atas, aku lebih suka menonton cerita Seigi noMikata, dia nampak lebih comel dengan watak yang begitu. Apabila ku tengok Shokojo no Seira, terasa sesak nafas melihat kehidupan seorang anak gadis yang hidup dengan terlalu sopan, terlalu, amat sopan. Dia lebih sesuai untuk watak yang kelakar.
Seigi no mikata
Youko lepas cuba ambik kunci yang jatuh dalam longkang
Youko dengan kakak kuku besi
2 ulasan:
sape plkn lelaki dlm seira?
hayato ka?
hayato janai yo...xingat nama budak tu..baru lagi rasanya..
Catat Ulasan