click here :)

Khamis, 31 Disember 2009

2010



Selamat tinggal 2009, illustrasi(haha, cam bagus je) kat atas ni aku buat sempena menyambut tahun baru 2010. Tahun 2009 bakal melabuhkan tirai. Sepanjang tahun 2009, memang banyak perkara yang aku mahu kenangkan, ada juga yang aku mahu lupakan. Tapi kalau perkara tak best yang aku alami aku lupakan semua tak boleh juga, sebab nanti aku tak akan belajar dari kesilapan yang mungkin menjadi punca perkara tak best tu. Begitulah hidup ada bahagia, ada derita. Kita memang berharap hanya yang terbaik untuk hidup, tetapi harapan kita tanpa izin-Nya takkan ke mana.

Sempena tahun baru, aku mengharapkan yang terbaik buat diriku, orang2 yang aku kasihi, dan juga saudara2 seislam denganku, semoga harapan kita diiring dengan doa yang ikhlas dan semoga Dia membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya. Allah ya Rahman wa Rahiim. Amiin

ps: aku mau bekerja kuat tahun ni, kalo aku lupa ingatkan aku tau!

2 ulasan:

Unknown berkata...

amiin..kerja kuat smbil niat yg baik insyaAllah dkire sbg ibadah..saling ingat-mngingati lh sesama kte '-')

*ibadah bmaksud mlakukan kbaikan tuk diri (bkn ttumpu kpd amalan ritual mcm solat etc shj) ^-^

kuroneko berkata...

hait!! wakarimashta!! ><,v