" Org nak tanye ni, mcm mana org dah berubah? Org rasa org jadi jahat dah..Org tau org lain, tapi org nak jelas kat mane lainnye.". Dia jawab, "Memang lain, orang pon lagi suka N(aku la tu) yang dulu, yang sekarang ni kurang sikit la."
Aku jadi risau bila dengar jawapan tu. Aku terasa nak sangat kembali jadi aku yang dulu, yang lebih tenang.
Aku tau jadi carefree sangat senang, tapi bila aku nak matang kalau terus senang dengan status itu. Aku dah buat keputusan melangkah dari dunia 'carefree' ku, tapi aku belum sepenuhnya meninggalkan dunia tu. Aku tak berniat untuk kembali, tetapi aku harap aku tak meninggalkan perkara positif yang pernah aku miliki. Aku akan mengutip semula semua perkara positif yang aku cicirkan semasa aku tergesa-gesa melangkah keluar beberapa ketika dahulu.
Aku tak puitis, jadi susunan bahasa aku berterabur habis, kronologi entah ke mana.Yang pasti, kebelakangan ini, hatiku sering diuji, dan aku berharap aku dapat menempuh ujian ini dengan lebih tabah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan