Aku mau bercerita pasal trip aku ke Taman Negara Bako haritu. Buat pengetahuan semua, bako tu pulau, jadi untuk ke sana, kena guna bot. Jauh juga jarak dari jeti ke tempat tu. Masa sampai kat sana, aku jadi gerun+ excited bila tengok ada papan tanda yang mengatakan 'AWAS, Ada Buaya'. Dalam kepala aku mula fikir, ada ke peluang aku tengok buaya secara live ni? Tapi kalaulah aku berpeluang tengok, secara dekat, ada ke peluang aku untuk kembali in one piece? Hehehe jadi aku bersyukur sebab tak jumpa En Bujang Senang tu.
Sesampai di sana, bot tak dapat hantar kami dekat2 dengan tempat tujuan sebab air surut. Jadi kami turun lah dalam air separas lutut dan berjalan ke pantai, dan menuju ke kaunter taman negara. Masa berjalan ke sana, aku dan seorang kawan terserempak dengan binatang yang dikira najis mughallazhah. Bab* Hutan. Terkedu kami dibuatnya. Seorang Senior sakap, "buat tak tau je, lagi korang tengok nanti lagi excited dia..". Aku pon mengikut nasihat, tapi mata masih memerhatikan binatang tu. Slow mo sungguh langkah dia.
Aktiviti kami bermula lepas solat zohor. Kami dibawa panjat gunung setinggi 400 meter, dan berjalan sejauh 2km lebih, perjalan naik dan turun. Tapi 400 meter yang awal tu sangat mencabar bagiku. Tercungap2 aku dibuatnye. Ok, aku mengaku aku tak fit, jauh sekali. There's a thing that spoil my mood a bit, we don't know where we're heading, our destination. Tapi bila sampai, kami dapat lihat sesuatu yang indah. Berada di atas tebing yang sangat tinggi dan memerhati laut sangat best. Lagi best kalau aku berada bersama2 dengan kawan2 terdekat, tapi tak ramai yang aku kenal masa tu.
Kami pulang mengguna jalan yang sama, kaki ku letih, tapi masih boleh bertahan. Malamnye tido dalam khemah, hujan lebat, tapi tak da kebanjiran berlaku. Esoknya kami akan panjat gunung yang sama, cuma destinasi berbeza, ke air terjun. Perjalanan lebih jauh. Ok aku sambung nantilah. Mau bersiap ke kelas...
2 ulasan:
wah, tgk bab* hutan live! doihachibi mst akn mjerit dlm diam, takut ancaman najis, huhu
Haha..bab* mcm x layan sape2...yokatta...but seeing wild animals live is a good thing..
Catat Ulasan