click here :)

Jumaat, 5 Mac 2010

Budak Klasik




Beberapa malam lepas, masa tengah study, aku terdengar lagu Hotel Carlifornia. Kedengaran seperti dimainkan live. Aku menjenguk ke luar, tapi suasana terlalu gelap. Tak mungkin budak2 lelaki kolej yang main, sebab walaupun kurang jelas, tapi bunyi tu dekat, sedangkan tempat budak2 lelaki jauh dari blok aku. Mulutku mula menyanyi-nyanyi kecil. Nak dengar sendiri tak dapat sebab lappy masih dalam proses meng'format'..

Masa aku study secara santai semalam pulak, aku pasang mp4, dan mainkan lagu Stayin' Alive. Aku tergelak sendiri bila dengar suara Barry yang dinyaringkan. Masa mula2 kenal Bee Gees, aku dan abang asyik dok gelakkan suara si Barry tu, kami siap ajuk mengajuk lagi. Dengar lagu Stayin' Alive membuat aku mengimbau kenangan2 lama, masa kecik2 dulu, kat rumah nenek..

Aku memang enjoy lagu2 klasik ni, Hotel Carlifornia-Eagles, Staying Alive- Bee Gees, Sugar Sugar-untuk The Archies, Can't Take My Eyes Off You-MUSE, x silap aku penyanyi asal lagu ni Frankie Valli. Bila aku kata enjoy lagu klasik tak lah bermaksud kebanyakan lagu klasik, ada la, tak la banyak sangat. Lagu2 yang aku layan zaman sekolah menengah dan sekolah rendah pon dah cukup klasik bagi aku, contohnya When You Say Nothing At All- Ronan Keating, Black and White- Michael Jackson.. haha..yelah, bagi aku.. Tak sangka pulak masa sekolah rendah aku dah pandai dengar lagu Bee Gees, budak2 pon boleh suka lagu Bee Gees? Terbuktilah diorang ni memang hebat. Masa tu Scorpion pon layan. Klasikkah Scorpion?! Tak tau lah aku...

Aku bukanlah orang yang pandai bab2 lagu ni, main intrument muzik satu apa pon tak reti, nasib baik kenal je nama2 instrument tu. Ada orang cakap tak tau boleh belajar, em, betul, tapi setakat ni aku masih tak nampak peluang tu, aku pulak sibuk dengan urusan hidup yang lain. Suka sangat dengan gitar dan drum..COOL!!!

Aku x memilih lagu mengikut genre, bile sedap dengar aku layankan aje. Tapi aku dapat rasakan yang lagu2 ni mempunyai kuasa menyimpan memori2 kita. Banyak lagu2 yang ada sentimental value bagi aku. Evolusi lagu menghasilkan lagu2 berirama baru dan sememangnya bukan tasteku..Sayang~

Nampaknya post kali ni panjang lagi. Setakat ni dulu aku tulis pasal lagu-yang-aku-kurang-tahu ni. Semoga lagu2 yang aku dengar tak melalaikan hati dan jiwaku dari mengingatiNya.

ps: Baru terima hadiah birthday dari seorang bff, ddaisukii!!! Kamu tahu siapa kamu, saya sayang kamu!!

4 ulasan:

Lyle Hikari berkata...

oh. bunyi tu mungkin dari rumah mai kot. anna housemate die slalu main gitar.. bleh thn jugak bestnye...

bee gees aya xbape tau sgt. tau diorg tp kalo lagu xtau. mungkin penah dgr, tp xingt tajuk kot.

hotel california lagu evergreen..
scorpian pon same, rock kapak zaman dulu..

lagu can't tak mu eyes off of u tu, version lame mendayu sket.. tapi bile dpt kt muse, jd best gile.. paling ske time diorg goreng tuh.. hehe. layannn...

haha. panjang gile komen..kekeke

kuroneko berkata...

Bee Gees boleh tahan...

Orang da tak larat nak melayan lagu2 baru dari barat...kurang tertarik dah jadi pilihan lain sekarang, orang denga lagu2 jepun..hehe

Unknown berkata...

wah, music talk. doihachibi no komen..long sem dpn doihachibi ambk skill blj percussion instruments, wakaka, sb de org ckp relek je, senang keje...

p.s: doihachibi tumpg gembira (^-^

kuroneko berkata...

Ara soo? pasni bleh lah ajar si meow petik2, @ ketuk2 mane2 percussion..