click here :)

Rabu, 28 April 2010

Aku tak maut di medan tempur lah

Selepas berlalu tarikh 27 April 2010, aku terasa sangat lega. Seperti yang boleh dilihat pada entri sebelum ni, aku ada 3 paper dalam masa dua hari, dan benda ni sangat teruk. Ok, takmau cerita tentang situasi exam. Aku mau cerita apa yang aku fikir semasa exam tadi.

Begini, selama ni, aku sungguh berfikiran kurang matang. Baca buku, dan tau apa yang diajar di dalam kelas hanya untuk exam, senang kata memang aku ni exam oriented person lah. Lagi satu, aku selalu dengar orang kata, jangan kita belajar kerana exam, lagipon macam yang kebanyakan kita tau, belajar itu merupakan tuntutan dalam islam, dan itu dibuktikan dengan hadis sendiri.Tapi, aku tak pernah ingat kalau ada sapa2 yang cakap "jangan belajar kerana exam " ni ada bagitau sekali KENAPA jangan buat camtu. Oleh itu, aku pon dengan carefree nya menganggap it's okke to study just for examination.

Masa tengah exam tadi, aku mengambil masa untuk merehatkan bahu dan leher yang penat menjawab paper kedua, ketika itulah datang nya isu belaja ni. Pop up lansung dalam kepala aku, dan aku dapat konklusi bahawa, kita kena belajar betul2, bukan sekadar mahu lulus exam, sebab, kita nak jadi seorang yang kompeten dalam bdang yang kita pelajari. Kalau kita tau satu2 benda tu, kita kena tahu betul2, sampai kita boleh jelaskan pada orang lain kemudian. Bila jumpa benda susah, aku mula kata, " Sapa nak tau benda komplikated ni? Haraplah lecturer takkan tanya dalam exam nanti". Kalau tak masuk, takpa, senang ati, dan takkan tau benda tu sampai bila2. Kalau masuk pulak, mula mengeluh rugi tak baca, dan marah lecturer tanya benda yang kita taktau.

Baru sedar yang fikiran aku ni salah. Sampai bila mau hidup dengan tak tahu. Kita belajar untuk menjadi seorang yang berpengetahuan tentang perkara yang kita belajar, bukan untuk jawab exam semata. Bila dah habis belajar nanti, apalah lagi tujuan yang kita ada? Mesti clueless. Jadi, aku perlu berubah, mungkin belum sepenuhnya, kemahuan tu ada, dan aku akan cuba laksanakan. Semoga bejaya diriku..

Tiada ulasan: