Satu presentation dah siap. Tinggal satu lagi. Midterm test yang tiba2 datang--> esok. Assignment 12 page--> baru 3 muka setengah, hantar lepas study week, yakni minggu depan. Lab report-->kena buat part discussion, payah weh, menggoreng lagi kerja aku.
Nak meng'ada'kan benda yang tiada, susah, dari sudut yang sesahihnya, yang boleh meng'ada'kan sesuatu cumalah Allah, kerana sifat Allah itu ada, wujud, tidak ada sebelum wujud bagi Allah, Dia sentiasa ada dan Kekal. Meng'ada'kan dari konteks yang mahu aku katakan hanyalah dari segi kemampuan manusia. Mencipta, membuat, mengadakan sesuatu dengan ilham dan pengetahuan yang Allah campakkan kepada manusia.
Sem ni aku sedar yang aku memang banyak membuat benda-benda seperti mengarang, yang juga merupakan sesuatu yang annoying. Huh? Banyak sungguh benda annoying kini ye. Mengarang ni memerlukan daya cipta yang tinggi dan sampai sekarang aku tak punyai. Kenapa aku kata macam ni? Sebab, aku dapat satu assignment yang minimum page yang aku akan hantar ialah 12 page. Jadi aku rasa sungguh kekeringan idea sekarang. Sebenarnya kerja2 student sepeti aku kini kebiasaannya paraphrase ayat2 buku je. Skill itu pon aku tak kuasai lagi.
Kerja parapharase pon sukar dilakukan jika kau tak faham apa yang dimaksudkan Aku risau sebab part aku lah yang bagi banyak markah dan sekarang, aku speechless. Aku perlukan ilham ..Ya Allah berilah ilham padaku~
***
Baru lepas nangga2(tengok) gambar friend kat facebook. Rasa annoyed lagi sebab gambar hodoh. Maksud aku, terlalu banyak gambar yang blurry. Kenapa lah nak sangat letak gambar sampai yang macam tu pon mau letak juga. Satu dua boleh terima,bila banyak sakit mata. Pilih yang jelas sudah la kawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan