Beberapa hari lepas, saya nampak status seorang kawan di fb yang tertulis, "heartless". Hari ni saya merasai ketiadaan hati tersebut. Saya sendiri yang tiada hati.
Semalam dapat mesej suruh pergi meeting hari ni, tiada hati
Bangun pagi, lepas sarapan, tiada hati
Berbincang dengan 'nenek' lepas meeting, makin tiada hati
Balik, tidur, bangun, tidur kembali, dan bangun lagi, masih tiada hati.
Siapa tau di mana hati saya?
***
Saya takmolah ada grandparent lagi kat sini. Mereka selalu menjadi penyebab saya sedih, secara terus atau tidak. Jadi saya mau declare bahawa mereka bukan lagi tokwan dan wan saya. Ceh, macam sungguh-sungguh jelah saya punya penyataan ni. Sebenarnya, bukan la apa sangat pon. Cuma ketidakseronokan perasaan sekarang menyebabkan saya mula mencari salah orang lain.
Kalau kita nak suka seseorang tu, jangan terlalu dekat dengan dia, nanti akan timbul sebab yang memberi ruang pada kita untuk kurang suka dia. Saya ni suka perasaan sukakan orang, I tresure the feeling.. Tapi sekarang, selepas mengalami itu dan ini, suka tu mula pudar, and i came up with that theory, yang mungkin juga dah pernah difikirkan oleh orang lain. Untuk membetulkan salah faham yang mungkin dah berlaku, saya nak bagitau, suka di sini bukan suka yang 'itu',okke. Suka ni maksudnya suka yang sekadar suka-suka sahabat, kawan, manusia.
Hubungan saya dengan kawan2 baik saya pon saya jaga dengan teori ni. Ada la sikit-sikit diaplikasikan tanpa rancang. Tapi kawan2 saya tu dah ibarat keluarga dah. Saya sayang mereka. Saya nak cakap saya sayang kamu kalau kamu sedang baca blog ni, ketika ini.
ps: penggunaan saya dalam entri kebelakangan ini mengejutkan aku, tapi okke2 jelah ye. Keadaan mengubah kita. Sore jaa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan