Aku pernah membuaat entri yang bermaksud sama, setengah tahun lepas, iaitu waktu aku mengakhiri semester sebelum ini. Kini tiba waktu yang seakan sama, selepas berpenat lelah berusaha menunaikan apa yang patut disiapkan pada semester ini, selepas merasa pelbagai rasa untuk semester ini, dan selepas menyusun, mengemas dan mengangkut barang2 untuk disimpan di stor, aku akan melalai satu jangka masa yang dipanggil cuti semester.
Tetapi ada sesuatu yang sedikit berbeza untuk cuti semester kali ini, yang membuatkan cuti semester yang istimewa. Aku akan menjalani latihan industri (LI). Di sebuah jabatan kerajaan. Aku mengharapkan semuanya berjalan lancar, dan tiada perkara yang menyakitkan akan berlaku. Sepanjang cuti ini juga, aku bakal menulis proposal untuk projek tahun akhir yang akan aku jalankan sejurus selepas semester baru dibuka nanti.
Dalam masa beberapa hari sebelum pulang ke rumah, aku mula addict dengan siri inggeris berjudul Merlin. Mengingatkan aku pada waktu hingusan, sekolah rendah, selalu menonton siri inggeris seperti The New Adventure of Robin Hood, Young Hercules dan bermacam-macam lagi, hanya untuk memastikan perasaan tidak seronok pada hari itu boleh diubati dengan keseronokan menonton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan