click here :)

Sabtu, 26 Jun 2010

Another Precious moment- Banding

Bermula Khamis lepas aku ke Tasik Banding , Perak untuk join satu program jabatan, iaitu kem kesedaran alam sekitar KeKas. 3 hari di sana sangat best. Macam-macam berlaku, dan banyak pengalaman yang dapat aku cedok. Cuma jungle trekking di sana kurang mencabar macam yang pernah aku sertai sebelum ni la. Perjalanan singkat dan laluan yang tak memenatkan.

Permandangan di sana cantik. Subhanallah. Aku berfungsi sebagai fasilitator. Jadi masa banyak relaks. Kami fasilitator dan urusetia tinggal dalam rumah yang dibini daripada buluh beratapkan daun cucur. Pengalam tinggal dalam rumah camtu, waktu malam dan pagi2 subuh sangat sejuk. Nasib baik kami dibekalkan dengan sleeping bag, kalau x, terketar-ketar lah kami. Malam kedua hujan, bertambahlah sejuk. Kaki2 pancing jabatan suka sangat keluar memancing kat tasik tu, tapi kesian, tak dapat hasil.

Secara keseluruhan memang best lah kem ni. Ada banyak kekurangan tapi aku tetap suka sangat.

Tiada ulasan: