click here :)

Khamis, 10 Jun 2010

Pentingkan diri

Jangan terlalu pentingkan diri, nanti ada orang akan 'mati' sebab kamu.


Beberapa hari ni, aku terfikirkan sesuatu. Tentang sikap manusia. Manusia pelbagai ragam. Lebih kat sini, dia akan kurang di mana-mana bahagian lain. Contohnya, buat kerja cepat, laju, tapi mulut pulak 'berbau'. Yang mulut wangi, diam, kaki dan tangan dia turut didiamkan. Yang sama-sama bekerja, tangan dan kaki bergerak, mulut pun turut bergerak, pahala pulak yang lari entah ke mana.

Ok, itu cuma jenis2 manusia yang aku tafsirkan mengikut pemerhatian selama beberapa ketika aku berada di alam pekerjaan. Ramai orang bercita-cita nak jadi baik, berdisiplin, tapi disebabkan orang-orang lain yang tak bertanggunjawab, orang yang bercita-cita suci ni akan terbantut. Bukan kerana terjangkit penyakit malas orang lain, tetapi kerana rasa dizalimi. Okke, mungkin, je la.

Kepada orang yang suka menggoyang kaki dan membiarkan tanggungjawabnya dilaksanakan oleh orang lain, sila ambil masa untuk berfikir tentang kebajikan orang lain. Gunakan akal anda yang waras untuk memikirkan tentang akibat sikap anda. Kerana untuk pengetahun anda, di luar sana, ramai yang lebih layak bersedia bila2 masa untuk menggantikan tempat anda, tetapi kerana peluang berada di dalam tangan anda, mereka tak dapat buat apa2.

Pekerjaan adalah amanah, dan amanah yang tidak dijaga, akan mendapat balasan yang setimpal kelak. Tak mudah untuk jadi baik, tapi bukan salah cuba menjadi baik..kan3?

Tiada ulasan: