click here :)

Ahad, 25 Julai 2010

Crappy talk..

Mereka pernah memanggil aku dengan suku akir namaku, dan aku tak suka. Oleh itu, bila memperkenalkan diri, aku selalu beritahu yang aku lebih prefer mereka memanggil dengan nama penuh.

Tapi, bila aku mula berada di matrik, mereka di sana memanggil aku dengan suku akhir namaku. Kali pertama aku dengar, aku merasa, not bad eh... Tapi aku tetap memperkenalkan diri dengan nama penuh dan prefer mereka memanggil nama penuh.

Kemudian, setelah seketika kami bersama, mereka menggelarkan aku dengan gelaran, cik diikuti suku akhir namaku..aku merelakan mereka menggelarkan aku begitu..

Bila masuk u, mereka menggunakan suku akhir nama, dan aku suka!

Bila berpraktikal, mereka menukar sebutan suku akhir namaku mengikut dialek negeri, aku x berkenan.

ps: Aku takda tujuan yang jelas dengan entri ni, jadi jangan komen apa2 keh...sebab aku pon dah not allow comment..