click here :)

Sabtu, 10 Julai 2010

Minggu Aluan Pelajar

Program Minggu Aluan Pelajar Berakhir (MAP) semalam. Ketika postmortem, lebih kurang begini ayat yang aku luahkan, " Ada satu perkara yang saya agak kesal, saya tak dapat kenal dan ingat nama semua L.O Allamanda..Yang lain saya kira ok je.." Mungkin ada yang tak ok, mungkin juga ada yang seronok. Tapi misiku menyertai MAP kali ni kurang berjaya dilaksanakan. Jadi agak terkilan di situ. Ini pengalaman pertama, insyaAllah jika masih berpeluang di masa hadapan, aku akan cuba melakukannya dengan lebih baik tanpa penyakit blurr..

Disebabkan kesibukan sepanjang MAP, aku gagal mengemas bilik, gagal menyiapkan report praktikal, belum telefon mak sejak telefon untuk inform dia yang aku dah selamat sampai di u. Hmm..akan kutebus kegagalan itu..tapi, perlukan masa..

Tiada ulasan: