click here :)

Selasa, 24 Ogos 2010

Bulan..

Semalam, ak mendongak ke langit, nampak bulan, belum bulat, tetapi hampir sempurna bentuknya, mungkin malam ni bentuk dia akan nampak jelas, bulat, sempurna..bila tengok bulan penuh, mengambang, hati rasa sayu...terfikir, bagaimana status ibadat2ku? Bagaimana status puasaku..adakah pahala puasaku bulat seperti bulan purnama? Selalu aku tengok bulan purnama, aku pasti senyum, hati tenang je..tp kali ni, tgk bulan purnama, masih senyum, cantik..cuma timbul rasa sedih, kerana itu tandanya kita berada pada pertengahan ramadhan.

Lepas ni, kita akan kira hari dari banyak ke sedikit. Dari 15 hingga lah 1, kemudian hari raya. Ramadhan bakal berakhir. Bulan mulia penuh barakah akan berlalu.. Oleh itu, aku sangat teringin untuk melakukan ibadat2 sunat, dan menyucikan hati ni.


Tiada ulasan: