****
Semalam, ustaz penasihat unit kami memberi nasihat dan peringatan. Aku dengar, tapi aku kurang pandai dalam mencatat apa yang didengar, pen dan kertas yang aku pegang bertujuan untuk mencatat perkara2penting. Sedar2 kertas itu penuh dengan lakaran bosan yang aku selalu buat secara automatik, dalam keadaan sedar. Agak kecewa kerana gagal memanfaatkan kertas tersebut, sepatutnya mengamalkan 3R, iaitu reduce, reuse, recycle, tapi aku pulak membazir. Kertas itu akhirnya ke tong sampah.. Ceis..
Aku teringat kata2 seorang sahabat pada zaman sekolah, "kuroneko ni kalau dapat kertas, pen siaplah dia...". Aku faham, pada waktu itu, aku sering melakar sesuatu di atas kertas, apa sahaja kertas yang aku pegang. Rasa gembira bila dapat siapkan sesuatu yang aku mulakan di situ. Sekarang, dah lama aku tak rasa perasaan tersebut. Bila entah aku nak mengasah skil yang tak seberapa ni. Nak tunggu masa lapang lepas2 ni? Aku yakin akan datang, masa makin menghimpit, tak mungkin akan punya masa lebihan sebanyak hari ini. Tanggungjawab kian membeban.
Tertanya-tanya apakah perkara yang aku pandai buat, yang aku yakin untuk buat, dengan passion kata orang. Untuk hidup,di sini dan di sana. Sampai sekarang masih tercari-cari. Alangkah baik jika pencarian tidak memakan masa yang lama. Kerana aku mahu pulang ke sana bawa sesuatu, bukan dosa tetapi pahala. Semoga DIA membuka jalan yang diredhai untukku. Amiin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan