click here :)

Khamis, 14 Oktober 2010

Percubaan mengambil sampel

Sampling di stesen The Great Lake pagi tadi satu pengalaman baru. Buat aku tenang sikit kerana paling2 tidak pun, aku dah buat satu kerja untuk progress fyp. Sample tanah pun aku berjaya ambik juga, cuma bukan menggunakan alat yang disebut dalam prosedur dan tanah tidak disimpan dengan betul.

Berkongsi makmal dengan junior merupakan satu gangguan. Kenapalah lecturer tu mesti suruh mereka buat kerja amali waktu kami sibuk nak guna makmal untuk progress report kami? Taktau bila mereka mau habis, maka, aku gabra semula. Tambah pula dengan chemical yang aku perlukan tiada dalam stok makmal. Mau minta ihsan dari lab lain susah.

Kaki sakit. Kalau tersalah orientasi memijak, sangat sakit. Mungkin sebab pakai kasut dan berdiri lama2. Hmm..mula rasa penat jadi student tahun akhir.
Semoga urusan2 kami dipermudahkanNya..Amiin~

2 ulasan:

dil berkata...

moga dipermudahkan kak.. ^_^

what u give,u get back..u give the best,u'll get the best..insyaAllah..

kuroneko berkata...

dil, thnx...harapnya begitulah..semoga urusan2 kita dipermudahkanNya