Hujung sem kembali lagi. Kali ini perjalanan satu sem terasa sungguh singkat..mungkin disebabkan terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan dan ada banyak cuti di tengah2 sem. Kertas terakhir untuk
final exam baru selesai petang tadi. Sungguh2 aku
study untuk subjek tu, sampai jatuh cinta sudah padanya. Pastilah aku punya sebab untuk
study sungguh2. Sungguh2 yang aku sendiri rasa macam tak percaya aku boleh buat macam tu.
Carry mark membimbangkan, jadi aku berusaha untuk menyelamatkan diri dengan
final exam ni. Perkara mengejutkan pulak berlaku,
paper second last yang aku rasa mungkin ok pula sangat3 membimbangkan. Soalan lain terus daripada soalan
midterm exam dulu. Aku
study tekun jugak, tapi kurang berbanding yang
last paper ni. Hmm...bersangka baik pada usaha yang telah dilakukan. Moga2 hasilnya tidak mengecewakan. Sem ni ada 3 subjek pembunuh. Cuma belum tentu siapa akan terbunuh.
***
Langit cantik sangat, bulan bulat.
Partner aiskrem aku dah pulang ke rumah,
dia dah habis
exam awal lagi dan pulang untuk berpraktikal. Jadi aku ditinggalkan tanpa teman
unwind dengan aiskrem di bawah bintang. Sayang sungguh...malam ni langit sangat cantik. Moga2 kita masih ada jodoh untuk bereskrem lagi.
***
Macam sem lepas juga, habis exam tak memberi keseronokan sangat, banyak perkara tidak selesai, dan sedikit penyesalan. Astagfirullah.. Perlukan tidur, beberapa jam tidur hari2 lepas sudah terkorban.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan