click here :)

Ahad, 28 November 2010

Ini Cerita Semalam~

Aku dan beberapa orang kawan merancang untuk berkelah ke air terjun lepas habis exam ni. Dah lama juga kami merancang, semalam rancangan kami berjaya dilaksanakan..Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana mengizinkan pelaksanaan rancangan kami.

Air terjun pilihan terletak di Ranchan, x pasti tempat tu Serian atau belum sampai. Tapi Ranchan ni kira2 1 jam perjalanan dari kota samarahan. Ini merupakan kali pertama aku ke sana. Bukan main lagi aku tanya jalan dengan kawan2 yang pernah pergi, tapi gambaran mereka pada mulanya kurang jelas, untuk menambah kejelasan, aku minta tolong adik gugel map. Jalannya boleh tahan la senang, ada satu dua simpang je, yang lain luruus jak. Jalan lurus ni buat aku rasa sedap memecut, biasanya dari uni aku ni ke kuching, aku bawa tak sampai 80km/j. Tapi bila kat jalan lurus dan panjang tu, aku rasa tak best pulak kalau kurang dari 80km/j. Oh, ye iye,bagi kebanyakan orang, 80 tu biasa je, tapi aku ni penakut sikit, bawak kete mak kat rumah je aku biasa bawa 80, kete sewa, 80 tu kalau aku bawa kancil dah rasa mcm nak terbang, tambah lagi asyik dok pikir risiko merosakkan kete orang.

Aih, banyaknya bebelan. Ok, sambung cerita, memandu tanpa henti sejam pun pengalaman baru bagi aku, kecuali la yang stuck trafficjam tu, itu x kira, ni jalan lancar sejam ni, memang memenatkan, pergi dan balik pula tu. Sampai kat sana, sejuk je hati tengok air tu. Nak kata sangat bersih tu tak la jugak, tapi cukup bersih la untuk mandi. Aku tak mandi pun, cuma main2 air, rendam2 kaki je. Malas nak deal dengan bilik persalinan yang kurang mesra pengunjung dan malas nak bawa baju lebih. jadi aku pakai baju yang mudah kering, dan main je air dengan baju tu, lagi satu, aku bawa baju hujan, in case aku terkuyup dan fungsinya untuk lapik seat masa nak drive balik...

Lepas balik tu, kena pulak angkut barang gi hantar ke stor. Banyak, berat. Malam tu tidur dengan lenanya...




Tiada ulasan: