click here :)

Isnin, 15 November 2010

Kebelakangan ini~

Kebelakangan ini, selalu isu kawen diutarakan, semestinya dalam nada bergurau, tapi ada sedikit serius, sikit jak. Kata seorang sahabat, " Kak T banyak lagi benda nak dibuat, cita2 tinggi, soal kawen belum boleh difikir.."..lebih kurang begitu. Aku teringat yang dulu, beberapa tahun lepas, aku pun fikir banyak benda nak dibuat, kawen, jauh lagi tuu. Tapi sekarang, aku lupa apa benda2 yang ingin aku lakukan tu. Aku pernah punya impian, cita2, entah kenapa ia berlalu tanpa aku sedar, hilang tanpa mengucapkan selamat tinggal..atau cuma bersembunyi merajuk kerana sudah lama aku mengabaikannya. Harap2 cuma merajuk dan bisa dipujuk. Hati aku banyak bahagian, ada yang masih belum pernah aku jengah, mungkin dia berada di situ. Aku perlu berusaha mencari jalan untuk sampai ke sana, kerana jalan bersimpang siur dan tiada bantuan peta, google map pun tak mampu membantu.

Betul manusia berubah, malah berubah dengan mudah dan pantas. Aku memohon kepadanya supaya aku menjadi seperti ikan, walaupun berada di air masin, isinya tidak terkesan. Memperbaiki diri dengan pengalaman. InsyaAllah~


ps: Berdebar2 sangat sebab orang, sangat tak best, belum pernah kot macam tu sebelum ni..
ps2: Tiba2 rindu dengan mak, dan tazkirah2 beliau melalui telefon.

1 ulasan:

W berkata...

Emmm, rasanya dah lama mak tak menelefon untuk menyampaikan tazkirahnya. Kak pun rindu juge. Mak telefon cakap benda lain je.