click here :)

Ahad, 12 Disember 2010

Tudung

Tadi sempat membelek-belek surat khabar ketika menunggu mak selesai membeli belah di pasar minggu. Mata tetangkap gambar-gambar model bertudung. Iklan tudung trend kini. Aku tengok, tudung yang dikenakan pendek, bukan sahaja tidak menutup dada, malah labuhnya hanya sekadar di bawah leher. Iklan tersebut menawarkan harga potongan hingga 70%, selepas potongan harga lebih kurang rm170++, ada juga berharga rm200++. Untuk tudung sependek itu dijual dengan harga yang begitu tinggi, pada aku, tidak masuk akal. Menggunakan wang dari rezeki Allah untuk membeli sesuatu yang tidak menepati syariat, bukan sahaja membazir, malah berpotensi untuk mendapat dosa2 tambahan.

Umat kini, trend dijulang-julang, syariat dipijak-pijak..

Jangan jadi perempuan yang mudah terpengaruh, doa banyak2 dengan Dia supaya tak mudah terpengaruh dengan perkara yang dimurkaiNya..

Tiada ulasan: