click here :)

Ahad, 9 Januari 2011

Nikmat dan berkat..

Ramai yang sedang menonton AJL sekarang ni. Saya ramalkan, bila juara lagu diumumkan nanti, akan kedengaran jeritan2 peminat, walaupun hanya menonton dari kaca tv, mereka sangat eksaited. Saya, memilih untuk menonton movie hong kong , Sound of Colours yang dah lama, dah lapuk, mungkin juga dah pernah tengok, tapi x ingat..

*****

Memikirkan keadaan saya sekarang, sangat teruk. Taku serba-serbi. Paling takut, takut susah. Padahal anggota cukup, susah2 pon, tak lah sesusah orang buta, orang kudung, orang sakit. Susah2 pun, boleh juga cuba buat sesuatu untuk mengatasi menggunakan anggota yang lengkap ni. Paling2 susah pun, Allah ada untuk membantu, mendengar rintihan, dia sayang hambanya tak terhitung, cuma kita je yang selalu lupa, alpa...

Bila teringatkan orang2 buta, kurang upaya, buat saya sedar, sangat2lah beruntung hidup saya ni, cukup makan pakai, ada keluarga, ada mak ayah, walaupun sekarang ayah dah takda, ada kakak abang, makcik pakcik, sepupu sepapat. Ramai lagi orang tak punya semua ni. Ada peluang belajar kat u, ada orang orang sanggup belanja yuran semua. Memang beruntung, memang patut bersyukur banyak2 dengan kurniaan ni, rezeki ni. Orang buta, nak baca buku pon susah, nak cuba masak pon susah, nak kenal warna tak dapat. Saya, semua yang disebut tu boleh buat dengan mudah. Semua tu nikmat...Alhamdulillah alhamdulillah alhamdullillah..

Allah sayangkan hambanya bukan dengan beri nikmat..sebab tu kita hidup di negeri sementara ni tak perlu kejar nikmat sangat, yang perlu dikejar berkat, antara berkat dan nikmat, berkat yang lebih penting, berkat tak melalaikan, nikmat besar kemungkinan melalaikan. Jadi, walaupun tanpa nikmat, hidup tak kosong selagi mengundang berkatNya. Dia maha adil. Jadi marilah sama2 memohon redha dan berkat dari Dia..

1 ulasan:

W berkata...

Bersyukurlah kerana kita terpilih untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Ramai orang lain yang yang beroleh nikamat, malah lebih daripada kita tetapi tidak bersyukur, malah kufur.