Hari peringatan kelahiran baginda rasulullah s.a.w dah 2 berlalu. Tadi, kolej ada buat ceramah sempena tarikh 12 rabiul awal. Baru tahu kisah kenapa Nabi Allah yang bernama Muhammad diangkat dan didahulukan berbanding nabi2 dan rasul2 lain. Jika alasannya dugaan dan cabaran yang beliau terima lebih dari yang lain, nabi ayyub lebih layak, kerana nabi ayyub diuji dengan kehilangan anak2 dan penyakit. Jika dikatakan perjuangan yang lebih hebat, nabi zakaria lebih layak, kerana baginda akhirnya dibunuh oleh umatnya sendiri. Jika dikatakan pengorbanan yang hebat, bukankah pengorbanan nabi ibrahim yang sanggup untuk menyembelih anak kandungnya sendiri nabi ismail semata-mata untuk memenuhi perintah Allah itu layak dikatakan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya?
Malaikat jibril bertanya, kenapa nabi Muhammad diangkat lebih tinggi daripada rasul2 lain, malah diberi keistimewaan untuk melihat zat Allah. Maka Jibril bertemu rasul2 sebelum Muhammad, dan bertanya siapa mereka, salah seorangnya menjawab, "aku habeebullah", apabila bertemu musa a.s, dia menjawab " aku kalaamullah.." Akhirnya, apabila bertemu Muhammad, baginda menjawab, " Aku anak yatim..". Satu jawapan yang membuat jibril sedar sebab kenapa Muhammad s.a.w dinagkat darjatnya, iaitu kerana sifat tawadhuknya yang lebih dari mana2 rasul yang lain, sifat rendah diri pada Allah yang lebih dari seluruh manusia.
Hatiku merayu rindu, kasihku padamu syahdu, munajat hamba padamu mengharap kasih sayangmu,
Rinduku ya rasulullah, padamu ya habeeballah, engkaulah buah hatiku, engkaulah kekasih Allah..
3 ulasan:
oo begitu...
maashaAllah
Baru tahu kan..selama ni xpernah tau..mjur dgr ceramah smlm..
oh. baru tahu. terima kasih atas perkongsian.
Catat Ulasan