Ayah saya,
Kalau nak makan jemput2 panas, beliau akan hayun2kan tangan sambil berjalan, biar cepat sejuk,
Bila jam 10 malam je, beliau akan suruh tukar channel ke Tv1, nak tengok berita dunia,
Hari jumaat, beliau selalu balik rumah tengahari, sebab selalunya beliau solat jumaat kat masjid kem dekat dgn rumah,
Hari2 beliau pergi kerja, balik pukul 5, pejabat pun di tingakat 5,
Kalau balik dari masjid malam2, beliau selalu beli air 'pibsi'(pepsi), sebut macam orang arab,
Bila ada waktu free je, beliau akan pakai spek bingkai coklat gelap, dan baca kitab, bahasa arab, saya x faham,
Kalau duduk kat meja makan, kerusi akan lapik surat kabar, sebab takut kena bulu kucing,
Waktu petang, selalu bagi ayam makan,
Suka makan peria, apa2 yang pahit boleh, sangat kalis pahitlah boleh kata,
Kalau beli buah @ sayur kat pasar, balik tu, terus basuh, siap basuh dengan air tanah lagi,
Bila balik kerja, terus tanya, " ..dah mengaji harini?",
Simpan duit dalam sampul surat, x pernah guna wallet..
Suka makan tembikai...
ps: Entah kenapa, kebelakangan ni, selalu sangat teringat kt ayah..semoga dia bahagia di sana.
5 ulasan:
suka bace + dgr citer kamu tentang ayah kamu. sebagaimana saya suka bercerita tentang ayah saya. hehe
saya suka dengar orang bercerita tentang parents. sebab macam salah satu cara yang mereka sayang.
Samalah, suka dgr crta2 ttg parents sndr n org lain..sy hanya blh reminiscing kisah2 lama ttg ayah, sbb yg baru mmg xkan ada...hehe..
Tambahan :
Selalu puasa Isnin & Khamis
Selalu solat dhuha
Bila anak- anaknya nak meninggalkan rumah untuk bermastautin di tempat lain, pesanannya ialah: "Jaga solat.Jangan main-mainkan solat. Kalau kamu jaga perintah Allah, Allah akan jaga kamu. Tapi kalau kamu mainkan perintah Allah, Allah pun akan main-mainkan permintaan kamu."
Banyakkan berbuat kebaikan supaya pahala mengalir kepadanya.
Jaga diri, jaga akhlak, insya Allah kita akan berkumpul bersamanya di sana nanti.
al-Fatihah to our late fathers
kak,
X pernah dengar pesanan dia tu, xsempat dengar..
c-chibi,
Al-fatihah buat mereka..
Catat Ulasan