Harini hujan, walaupun pagi tadi matahari bersinar cerah..harini saya makan megi, walaupun awal pagi tadi cadang nak beli sarapan. Entah2 petang ni, matahari keluar dengan gah pula. Cuaca xdapat nak dijangka, lagi2 sekarang, mungkin orang2 kaji cuaca pun bermasalah, bingung dengan cuaca sekarang. Kalau ikutkan ilmu sains, penyelidikan semua, cuaca tak tentu macam ni disebabkan gangguan ekosistem, pencemaran, aktiviti ekstrim manusia, menyumbang pada penipisan lapisan ozon,kemudian diikuti pula dengan pemanasan bumi atau pemanasan global. Natijah dari pemanasan bumi, berlaku macam2 fenomena pula, ais cair, paras air laut naik, banjir di kawasan lembah2, kawasan kering makin tandus, kemarau, hutan terbakar.. Masalah2 ni, kita kat Malaysia takdelah menerima kesan secara langsung, ada sikit, cuma taklah seteruk tempat2 lain.
Dengan timbulnya masalah2 ni, nyawa manusia terancam. Mulalah orang yang berfikir sedikit kehadapan, yang boleh meramal kesan2 selanjutnya, mengambil langkah berjaga2, mula berkempen untuk hentikan aktiviti2 yang boleh merosakkan bumi, yang boleh memusnahkan sumber2 penting untuk kelangsungan hidup manusia. Manusia pun ada sifat macam binatang juga, bila terancam baru nak bertindak balas. Apa yang dilakukan untuk menyelamatkan bumi sebenarnya untuk menyelamatkan diri, ya, itu lebih tepat.
Mungkin kita tak sedar yang perkara2 yang berlaku ni, sebenarnya memang mengikut jalan cerita yang Allah sudah tulis, Allah itu PENULIS SKRIP (bak kata cikgu T ni) dan DIREKTOR AGUNG , apa sahaja yang dia tulis dia juga yang perintahkan untuk terjadi. Tak satu pun dari fenomena2 yang mungkin pelik pada kita tak disengajakan. Cuma setiap sesuatu yang terjadi itu, Dia adakan sebab untuk berlaku, bila kita manusia kecil mengkaji dengan sedikit ilmu kita, kita temui pelbagai sebab dan kronologi perkara2 yang berlaku, akhirnya kita mengambil keputusan untuk berusaha mengawal dan menangani, tapi lupa, apa alamat dan tanda bersama kecelakaan itu. Mungkin, memang sifat manusia lupa pencipta..
Dulu masa tingkatan 3, selalu baca tentang bintang, kelahiran dan kematian bintang, mulanya bintang itu warnanya biru atau putih, saya kurang ingat. Kemudian hampir2 peringkat akhir, warnanya menjadi oren, kemudian merah, kemudian berlakulah letupan supernova yang mematikan bintang tersebut, selepas tu terjadilah lohong hitam yang tarikan gravitinya sangat kuat sehingga boleh menarik menelan apa2 sahaja di sekelilingnya. Saya fikir, waktu2 itulah berlaku kiamat. Waktu yang mengikut logik akal, tiada manusia selamat. Kini bintang bernama matahari sudah oren, kadang2 cahaya matahari senja yang dipantulkan awan kelihatan merah, sangat merah..Mungkin kita tak sempat tengok matahari merah... Satu perkara yang pasti, kiamat makin dekat, kiamat sudah dekat...Kita tak sedar, mungkin juga sedar harini, esok lupa, lusa ingat, tulat lupa lagi. Jangankan kiamat besar, kiamat kecil pun makin hari makin dekat. Betullah kata2 itu, orang yang paling bijak ialah orang yang mengingati mati.
"Apa yang paling jauh dari kita ialah masa lalu, macam mana kejar pun, tetap xkan boleh diambil kembali, apa yang paling dekat dengan kita ialah kematian, setiap hari semakin mendekat.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan