Resmi hidup, x semua berlaku seperti yang kita harap, dan jangka. Kes saya pula, rasa boleh buat tak semestinya boleh buat dengan betul. Yang menilai kerja2 saya orang lain, yang pakar dalam bidang itu. Cuma agak kecewa, bila kita yakin kita tahu tentang sesuatu, tapi sebenarnya tidak. Itulah yang saya rasa hari ini. Terasa seperti dicampak ke takuk lama. Mungkin sebenarnya saya tak pernah menginjak ke takuk baru pun. Saya tak tahu macam mana harus saya terima rasa ini, bagaimana cara hamba yang bersyukur menerima berita kurang senang?
Kadangkala Si Duka datang menyapa, "Saya rasa kamu perlukan saya, dah lama kamu bersama Si Suka, menjadikan kamu jadi seolah2 lupa pada yang Maha Esa, Dia menghantar saya sebagai teguran, jadi saya datang untuk mengingatkan, biarlah Si Suka pergi sebentar..."
Saya cuba membuka lebar hati saya menerima kehadiran Si Duka. Walaupun kehadiran Si Duka bermakna tiada lagi rasa senang, tapi saya perlu yakin bahawa, Si Duka datang untuk menjanjikan ketenangan, untuk menyelamatkan saya dari terus hanyut.. Si Duka datang untuk memberi saya peluang cermin diri, jgn bangga diri dan jgn lupa pencipta.
Hamba memang hina jika lupa pencipta, umat memang biadap jika lupa rasul..Saya tidak mahu tergolong dalam dua golongan ini, saya bersyukur kerana Si Duka datang menyapa pada saat ini..Semoga dosa2 saya diampunkannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan