This is the day i want to remember..even i was shot several times, and it hits at my weakest point, but i’m still alive.
Yep, hari ni lah hari terakhir bersama coursemates dan pensyarah2. Hari pembentangan projek tahun akhir. Hari menerima amanat sebelum menjejak ke alam seterusnya. Ehhhe, walaupun saya ketinggalan dan masih akan kembali pada sem hadapan, tapi rasa dilepaskan itu ada. Nampak terharu para pensyarah memberi amanat terakhir masing2. Tersentuh saya mendengarnya, hampir menitis airmana terharu. Merekalah guru2 yang sangat hebat. Rasa x layak diri saya ini bergurukan mereka, orang yang separuh hati macam saya. Minta maaf prof, saya mengecewakan.
Tugas sekarang ialah nak betulkan mana silap dalam tesis yang akan dijilid, kemas barang, ucap selamat tinggal. Setengah2 orang di sekeliling yang akan saya tinggalkan atau akan ditinggalkan mereka, mungkin buat selamanya. Pertemuan dan perpisahan itu sentiasa bersama. Setiap yang bertemu pasti berpisah. Sedangkan pertemuan nyawa dan badan sudah dijanjikan perpisahan pada akhirnya, inikan pula pertemuan antara individu yang berbeza.
Sedih, sangat terasa. Saya rasa sayang, sayang yang entahlah macam mana. Waktu menulis entri ni, saya sangat penuh dengan emosi sayu..
TAHNIAH untuk Prof. Dr. Lau Seng kerana telah diberi kepercayaan dan penghormatan sebagai PRESIDEN Institut Kimia Malaysia.
Bersama supervisor yang dihormati, Prof Dr. Lau Seng pada hari terakhir pembentangan projek tahun akhir Jabatan Kimia, UNIMAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan