Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyanyang..
Alhamdulillah, syukur sangat sebab nasyid dah lepas tanpa sebarang masalah besar. Beberapa hari sebelum kejadian, saya sangat risau akan perjalanan program. Risau kalau2 ada aral melintang. Memang perancangan kami x betul2 seperti yang dirancang, tapi, syukur kerana Allah mempermudah urusan kami. Dari jam 6 petang saya mulakan tugas, dan berakhir jam 1130 malam. Memang sakit, dengan asyik turun naik, masuk keluar dewan, x dapat duduk dengan selesa. Kerja saya memantau perjalanan secara keseluruhan. Kali pertama saya menjadi rujukan utama dalam satu2 program. Sebab kami menganjurkan pertandingan untuk muslimin dan muslimat di dua tempat berasingan tapi berdekatan. Jadi saya in charge di bahagian perempuan dan semua perkara tentang program dari segi protokol, pendaftaran, pengadilan, persembahan, peserta, semua saya kena tau. Nasib baik Allah sediakan beberapa orang pembantu yang boleh diharap, rajin dan cekal. Ada satu masa tu, dalam 4 hingga 5 orang memanggil saya sekaligus, sampai saya tak tau nak respon yang mana dulu. Saya cuba tenangkan diri semasa bertugas, tapi saya tau, masih nampak kalut dan gelabah. Mintak maaf atas kekurangan itu. Segala kekurangan semasa perjalanan program dikesali, tetapi berguna untuk rujukan di masa hadapan. Alhamdulillah sekali lagi kerana perjalanan program boleh dikatakan lancar, terima kasih juga kepada kawan2 yang menyokong, dan pihak atasan yang mengambil berat.
2 ulasan:
4, 5 orang kiri kanan memanggil..payah betul jadi orang penting ni hehe
tahniah!
Program terakhir di uni. Akan dikenang di kemudian hari. Alhamdulillah..
Catat Ulasan