Mama Bear, tumpang tidur selobang..sedap je nampak aktiviti mengurangkan metabolisme badan nih..
Sekarang hari2 hujan kat kuching ni. Sejak krismas, memang hari2 ada hujan. panas kejap je, pastu hujan lagi dan lagi. Buat saya malas mau basuh baju pakai tangan sebab lambat kering dan akan muncul odor2 yang x menyenangkan..
Sebelum 2 paper pertama haritu, hujan x hujan, boleh je study. Bangun awal, buka nota, tulis2 semua. Sejak 2 tu dah lepas, hujan jadi masalah pulak. Menggalakkan mata untuk tidur. Hari2 kena pukau dgn mata sendiri, dia cakap "tidola..tidoo..". Pastu otak pun start fikir benda2 luar topik seperti, " kenapa ye manusia xda buat hibernasi macam beruang?" Haa.. kalau manusia tu berfitrah macam beruang, seronok jugak. X payah fikir nak buat apa,xdala masalah kebosanan kan, xda stress, x abis duit, x tambah dosa..err..dah tu pahala pun pastilah x tambah kan..uh?
Pastu kan, sebab otak ni dah lama kan hidup, dah banyak jugak ah ilmu berjaya diserap walaupun bukanla span sangat pun..boleh pulak jawab sendiri soalan kenapa manusia x macam beruang. Sebab kan, kalau korang ingat la, Allah kan pernah cakap, selalu kot dengar..yang, Allah ciptakan manusia dan jin tu,xda tujuan lain selain untuk beribadat kepadaNya.. haa, itulah jawapan yang logik kan. Kalau beruang tu, nak tido berapa tahun berapa bulan pun lantak pi lah, dia bukan dituntut untuk solat lima waktu pun. Kau manusia, kalau terlepas satu solat sbb tertidur, kene qada', kalau kau tidur dua tahun, cuba kira berapa waktu kalu tinggal.. 5 x 7 x 4 x 12 x 2...berapa berapa? Tah betul tidak pengiraan tu, biasala, orang alergik dgn nombor2 kan..
Oleh itu, terjawablah persoalan 'bijak' yg otak ini timbulkan. Haahaa, rasa buang masa x baca entri ni? fuh, kalau ye, mintak maaf..
~kucing liar pun kenal tuhan~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan