click here :)

Isnin, 23 April 2012

Ekspresi diri

::Greeting::

Sekarang tengah dengar lagu Midnight Train Hey Say JUMP. Tiba2 bunyi hati sesuai dengan bunyi lagu tu.

Baru2 ni nikkusan datang bermalam kat bilik saya. Sebelum tu selalu berchatting dengan dia kat fb. Pastu dalam perbualan kami, dia buat saya sedar yang saya ni tak expressive, walaupun depan keluarga sendiri. Baru saya sedar yang selama ni saya banyak mendengar daripada bercerita. Dengan mak ke, abang ke, sape2 lah. Ada kadang-kadang tu saya banyak bercerita dengan sorang kawan. Salah sorangnya ialah nikkusan.

Semalam pulak, saya keluar makan dengan kawan baik, mas, dia tanya saya xda cerita ke? Lama x jumpa. Saya ok x? Saya pun terkejut bila jawapan saya xda. Terus kami x dapat meneruskan perbualan. Kalau saya berseorang dengan nikkusan atau mas, atau kak L, saya boleh bercerita dan mendengar berselang-seli. Saya tak tahu apa persamaan mereka, tapi dengan mereka je saya boleh meluah perasaan. Setiap orang berlainan topik, tapi sesuatu yg saya suka untuk luahkan.

Tapi selain mereka, saya tak begitu. Saya pelik kenapa dengan keluarga, saya selesa mendengar. Hingga mak x percaya saya boleh menangis. Saya pernah cerita kpd nikkusan abang saya sengaja buat sesuatu yg kitorg biasa buat masa kecik2 dulu, dan kebanyakn budak2 buat, masa dia dah berumur lebih 25. Nikkusan cakap abang nak tengok reaksi saya. Nikkusan cakap saya jarang tunjuk emosi depan keluarga. Cool sangat kah saya ni? haha..

Nampaknya, saya kena belajar untuk lebih expressive. Mungkin ada sesuatu yang baik jika saya lebih expressive.


ps: melalui penulisan pun saya x boleh mengekspres diri dengan baik. -____-

Tiada ulasan: