Jumlah pelajar yang pergi hampir 40 orang, ada 6 kumpulan, ditemani para pensyarah, instructor dan orang2 ofis masputra. Bertolak pada 1030 malam 26 jun, paginya kami mengambil sedikit masa untuk mandi dan bersiap, kemudia ke pejabat forestry di daerah gerik untuk taklimat ringkas, kemudian makan nasi lemak sedap di sana. umph!
Dengan nama Allah
Bertolak ke perkampungan orang asli, eronok berbual dgn mereka, belajar dari mereka, dan belajar tentang mereka. Lepas tu baru lah bertolak ke tempat menginap di Pulau Tali Kail. Perjalanan ke sana menggunakan House boat makan masa agak lama, kalau guna bot enjin xlah jauh mana pun. Semua orang bekerjasama unload barang2 dari rumah bot ke pulau tempat menginap.
Tempat kami menginap sebenarnya open. Xda pintu, cuma ditutup guna tirai berat yang bole digulung naik. Tapi selamat. Pernah saya terjaga tengah malam, sejuknya ya Allah.. sangat sejuk sampai sweater dan selimut x cukup, menggigil gak la.
Malam pertama kami set up Minivol untuk sukat kadar pencemaran udara. Esoknya kami ke tempat2 pilihan untuk buat water quality check dan mandi manda di air terjun. Best walaupun sy x mandi. Eh, sebelum buat water quality, kami ke tempat rafflesia, tapi x bernasib baik sebab xda yang kembang, ada yg dah reput dan yang baru nak jadi. Balik haritu semua penat.
Hari ke-3 kami pergi ke Sira Gajah..haaa mesti macam pelik kan nama ni. Nama dalam bahasa inggerisnya ialah Salt Lick. Gajah, Pelanduk, Rusa, pergi tempat ni untuk makan mineral untuk keperluan badan mereka. Kita ada klinik,tp bg binatang2 ni, inilah klinik mereka. Sira ni ada 3 jenis, Sira tanah, sira batu dan sira air. Sira tanah tu rimau x pegi, tapi yang air dia pergi. Sira tanah khusus utk herbivor sahaja.
next entri cerita pasal jungle trekking pulak~
dalam house boat/ rmh bot
tempat menginap
On boat
Rafflesia's bud
open lab session
Temenggor dam
Sal lick/ sira gajah
le waterfall
1 ulasan:
assalamualaikum... macamana nk ke sini ye? ada contact number?
Catat Ulasan