Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-5 (Shin-Fuji
ke Kawaguchiko)
Bismillah..
Berat rasanya hati nak tinggalkan Nagoya. Bukan
sebab jatuh cinta kat Nagoya, tapi sebab hari ni dah masuk hari ke-5. Kami
menuju ke tempat bermalam yang ke-3, pengembaraan ni bakal berakhir di tempat bermalam
yang ke-4. Maksudnya kami dah lepas separuh perjalanan. Tambah pula semalam enjoy sangat jumpa kawan. Huh. Berat
hati nak tinggal Nagoya, berat lagi beban beg yang kami bawa. Sebelum keluar,
kita makan dulu, natto 2 paket yang x buka lagi tu kami bagi pada tuan hotel.
Gelak2 dia. Macam dah biasa pula. Katanya, “ The taste don’t suit you?”, aku angguk je la. Lagipun kalau kami
ambik pon, susah nak simpan dalam beg. Dah setel kat hotel, kami gerak ke
stesen Nagoya. Aku tuju tourist information center (TIC) dulu, sebab aku
x tau cemana nak pergi Kawaguchiko. Aku tanya la sana. Dia cakap amek
shinkansen turun di Shin-Fuji. Dia bagi kami booklet jadual shinkansen sorang satu. Tapi susah nak baca, sampai
sekarang pun x reti lagi.
Kami ke gate shinkansen, tanya nak naik apa,
Kodama ke Hikari, kata dia Kodama yang menuju ke Tokyo. Naik ke trek
shinkansen. Kat situ kena tunggu jap, tren xsampai lagi. Aku dah x peduli dah
pasal reserve ticket, aku naik je non-reserve koc. Dalam tren aku mencari2
soket untuk charge hengpong. Xda. Dah
bosan2 dok sorang tu, aku cuba la buat catatan perjalanan, buka laptop, tulis 3,4 baris, dah mati.
Haishh, ni semua pasal dekat hostel xcukup soket nak cas. Si Yuri kat depan,
biasanya dia tidur awal dari aku bila naik tren ni. Tapi aku x usha pulak dia.
Sampai Shizuoka aku excited! Sebab
kampung Chinen tu. Satu lagi sebab tempat ni, tempat sensei Rokiah tinggal masa
dia belajar sana dulu. Walaupun x pernah jejak kaki kat situ, boleh pula rasa
nostalgia. Tumpang nostalgia sensei. Lepas Shizuoka tu menandakan yang
Shin-Fuji dah dekat. Time ni x ramai
orang, stesen2 yang kami lalu pun banyak lengang je. Akhirnya tibalah kami di
Shin-Fuji. Masa ni kaki aku sakit. Aku ajak Yuri pergi toilet dulu tukar selipar. Selipar dalam beg besar, kena korek
sikit. Lepas tu kami ke TIC stesen
Shin-Fuji. Tanya cemana nak ke Kawaguchiko. Orang tu tunjuk map, kami di Shin-Fuji,
Kawaguchiko tu arah dia ke utara Shin-Fuji. Aku tengok map, makk aih, jauh tu. Kena naik bas 2 jam kata orang TIC. Ish, xde tren ke? Memang xde lah
jawab dia. Aku tanya ada cara lain ke nak ke sana? Ada, tapi kena naik
shinkansen semula sampai Tokyo, dari Tokyo kena cari tren menghala ke Otsuki,
dari Otsuki tukar amek Fujikyu line
sampai ke stesen Kawaguchiko. Masa lebih kurang 2-3 jam juga lah. Kami ambik
keputusan naik je bas dari Shin-Fuji. Dia tunjuk arah nak beli tiket. Kami pun excited juga sebenarnya, xpernah lagi ni
naik bas jauh kat Jepun. Naik bas di Terminal Bersepadu Selatan pun dalam 2 jam
tu boleh sampai Tangkak, bas ekspress. Kalau ikutkan imaginasi kami, molek juga
dapat rasa naik bas jauh ni. Kami pergi ke kaunter tiket. Ikut jadual, bas akan
gerak pukul 1145 pagi, kira2 dalam 145 tu dah boleh sampai Kawaguchiko. Masa
nak beli tiket, orang kaunter cakap bas delay,
jadi 1230. Aku ok je, 230 nanti samai la kami. Aku beli tiket dengan harga
2430 yen seorang untuk sehala.
Ni kaunter tiket bas di stesen Shin-Fuji. Sebelah kanan tempat tunggu
Platform bas di Shin-Fuji St.
Tunggu punya tunggu, datanglah bas macam bas RAPID KL
berhenti dekat platform kami. Dah hampir ternganga juga, sebab city bus ok, bukan bas ekspress yang
luas dan selesa. Bas ni tempat duduk sempit2 macam bas RAPID. Aku masuk dengan
harapan xda orang duduk sebelah, aku dan Yuri duduk asing. Beg kat kaki. Bas
pun bergerak dengan slow. Berbekalkan map
yang ada di tangan, aku asyik belek2 tengok kami dah sampai mana. Sampai stesen
yang ke-2 lepas tempat kami tadi, ramai gila orang naik. Ada sorang ojisan dok
sebelah aku. Aku rasa bersalah juga sebab beg aku makan ruang kat kaki dia.
Tapi den x dapek nak nolong. Memang sempit sangat dah, kaki pun lenguh2.
Keadaan dalam bas dari seat aku. Bas RAPID haha.
Sampai kat satu stesen lagi, makin ramai orang
naik, dalam hati aku dah teriak-teriak, korang semua nak gi mana ni haa?! Aku
mula buat hal sendiri, tido, jaga, tido, kejap kaki aku angkat, kejap aku selit
letak kat celah beg, memang kurang sopan kelakuan aku masa tu. Kejap aku ambik
coklat dari beg dan makan. Laparr. Perjalanan yang katanya 2 jam dah melebihi
waktu jangkaan. Aku resah gelisah dah, jalan jem, kejap2 aku cek lagi map, dah kat mana. Tiap kali aku cek,
aku rasa makin dekat, tapi hakikatnya jauhh. Sampailah kami kat kawasan orang
ber’para glider. Aku duk perati, nun
jauh di celah2 puncak gunung sana ada orang berterbangan dengan para glider. Lama aku tengok, lama lepas
tu baru aku jumpa pusat para glider
tu. Ramai dok berlatih kat situ, turun bukit kecil. Kawasan ni dah start lawa dah, lawa memang lawa, tapi
keadaan dalam bas tu buat aku rimas. Kami lalu di kawasan ade lembu hitam putih
tu, macam lembu Kudansang tu. Ceh nak sebut Kundasang juga. Kat situ memang
padang hijau, luas, dan yang paling penting, first sight Gunung Fuji atau Fujisan dekat2 kawasan ni la, depan
sikit. Malangnya aku dok kat sebelah kiri bas, orang dok belah kanan, iaitu
Yuri, dapat snap gambar baik punya.
Dan aku pass kamera kat dia minta
ambilkan gambar skali. Aku pasrahh, nasib kurang baik, view pon terhalang sebab tingkap ade pengadang. Aku tengok camtu je
la, tapi hati memang rasa something
masa first time tengok depan mata,
Subhanallah, syukur sangat dengan nikmat penglihatan yang Allah bagi pinjam ni.
Waktu ni ramai lagi ni orang dalam bas. Xlama lepas tu, kami menempuh jem yang
panjang, sebelum kami berjaya masuk ke kawasan parking yang luas, tapi banyak kenderaan, dan orang ramai sedang
beratur. Aku bingung, aku kat mana ni?! Cek map, tapi xtau juga. Ramai turun
kat sini, sampai hampir kosong bas, sempat Yuri datang bagi kamera, cakap rugi
aku dok belah situ. Aku pulak sedang bingung dengan lokasi, ringankan mulut
bertanya orang belakang. Dia cakap ni Shibazakura
Fest, tempat yang banyak bunga, kemusykilan akuvterjawab, ramai2 tadi nak datang sini. Nanti lah aku cerita kemudian, sebab masa
ni xda mood gila.
Orang tengah berlatih, Para-gliding
Kawasan berdekatan Para-glider
Aku nak snap batu tu
Random snap dari bas
Stesen minyak kecik
Bas penuh semula
bila tiba di tempat pick up.
Raaaaaamai sangat. Aku rimass rimass. Tapi tenangkan diri lagi dengan tidur,
makan, tengok orang depan flirt, tengok mamat yang muka cam melayu tapi kawan dia Jepun, tengok perempuan Jepun comel. Kahkah.
Lepas keluar dari situ, kami bebas dari jem, tapi kejap je. Pergi main pusing2
tasik pulak, bas ni memang berpusing2 sebab memang kegunaannya untuk commute orang yang nak pergi area2 situ
yang banyak tasik. Pastu kami sampai kat kawasan yang ade kedai2, ada stesen
minyak kecik, kat depan sikit boleh nampak Fujisan besar betul. Aku pandang
Yuri, dia ambik gambar lagi, masa pusing2 tasik tadi pon dia ambik gambar Fujisan
gak. Aku pula tolong rasa muak nak amek gambar. Xlama lepas tu tiba di kawasan
rumah2 orang. Dah pukul 5 lebih, wey, solat zohor asar belum lagi ni! Aku cuak
betul bila nak sampai, sebab dah nampak matahari rendah dah. Xlama kemudian,
sampai lah kami ke Kawaguchiko St. Turun bas tu, kaki dah lenguh2. Kami x puas
ati betul naik bas 5 jam. Kalau guna highway PLUS dari KL, 5 jam tu dah boleh
sampai Tanjung Piai dah. Nasib baik la ryokan kami memang senang jumpa, pandang
tepi terus nampak. Bergegas kami ke sana, check
in, solat, dan rehat jap. Sini bilik best!
Luas! Sebab untuk 3 orang, so ada 3 futon. Aku tanya tuan ryokan boleh kuar
malam2 ke, dia kata boleh je, tapi sini gelap, xnampak jalan. EHH?!
Tu dia tempat kami tinggal (warna oren), depan stesen Kawaguchiko, tapi kene terus ke lorong
Lepas solat maghrib isyak, baru dalam pukul 7 ke
gitu, kami keluar balik, usha stesen Kawaguchiko.
Tengok kedai souviner, tengok jadual
tren. Tengok apa2 lah maklumat kat sana. Kawasan Kawaguchiko station ni nampak
klasik, lawa. Depan stesen, ada jam dengan termometer. Nak tau suhu berapa
tengok situ. Kami ke LAWSON, cari nasi, balik ryokan, makan bubur cup, cari maklumat untuk perjalanan
esok. Masa tu sejuk gila dah walaupun baru jam 8 malam. Uh aku x tahan sejuk.
Air semua sejuk.
Stesen Kawaguchiko menjelang senja/malam
Jalan depan Kawaguchiko st.
Inilah gambar Fujisan pertama yang aku snap
Aku
sebenarnya berangan nak ke Hakone, tapi Hakone jauh gila dari situ, kena ke Tokyo
dulu, naik Shinkansen ke Odawara, dari situ kena tukar tren, baru sampai Hakone.
Nak sampai Hakone je dah banyak kena kuar duit, apalagi kalau pergi dan patah
balik ke Kawaguchiko. Dari Kawaguchiko ke Otsuki 1140yen. Otsuki ke Tokyo,
Tokyo ke Odawara boleh guna JRPass. Odawara ke Hakone tu kena bayar, mahal
juga. Beli day pass pun mahal dekat
4000 yen(mungkin ada pilihan lebih murah, aku xingat sangat) yang mana cover tren dan ride di Hakone. Nak naik ropeway
ke satu station je pun mahal. Aku
buat kira2, lebih 5000yen kena spend
kalau ke Hakone. Aku terpaksa mengaku, “Yuri, saya rasa saya x mampu nak ke
Hakone esok.” Aku agak serba salah masa ni. Risau dia teringin nak pergi, pastu
aku rosakkan. Tapi sebaliknya, rupa2nya dia pun rasa xpayah pergi. Sebab dia
tengok berita dekat Owakudani ada asap, macam takut pula nak pergi. Fuh lega.
So esok tu kami akan berjalan di sekitar Kawaguchiko je. Ada sorang tenant dari
Malaysia, Yuri terserempak dengan dia masa makan, dia bagitau area tu x de la
apa sangat, jalan kaki area tasik pun kejap je, dan dia cadangkan kami pergi ke
Shibazakura Fest tadi. Sebenarnya masa lalu tadi dah surrender xkan pergi situ. Tapi memandangkan ada orang cadangkan
pergi, dan kami memang ada masa, kami akan pergi. Malam tu, tidur dengan futon!
Nobita sangat. Sejukkkkk...brrr
ps: maaf kalau entri kali ni bunyinya macam xpuas hati, ranting. Aku cuma menyampaikan perasaan aku masa tu. Aku xsalahkan pengangkutan kami, cuma aku yang tersalah pilih jalan haritu. So still, aku xla sampai makan hati. Itu semua pengalaman. Entri hari ke-6 nanti aku belanja gambar Fujisan lebih sikit.
-kuroneko-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan