Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-9
(Tokyo: Odaiba, Tokyo Tower, Ginza)
9 Mei 2015
Bismillah..
Bangun pagi macam ayam, awal tapi blur. Adeke gitu? Aku dan
Yuri dah cadang nak check out dekat2
pukul 10. Sebab nak tunggu kaunter depan buka dan tanya mana nak beli jinbei.
Taichi cakap boleh beli kat Aeon. Jadi aku nak cari Aeon kat mana. Itu misi
penting aku harini. Sementara awal lagi ni, aku kemas2 barang, masak megi, dah
siapkan apa yang patut. Sat gi kena pikul 2 beg besar ni, terus nak kena ready untuk airport sekali. Aku masak megi tomyam. Walaupun selera xpulih
sepenuhnya, tapi aku kena makan, sebab badan xda tenaga dari semalam yang masuk
coklat n Pocari Sweat je, tu pon keluar balik. Aku usahakan makan. Buat julung2
kalinya aku x habis makan. T_T
Aku cek map cuba
tengok route yang sesuai untuk kami.
Mana kami nak letak beg, mana nak tuju. Plan
hari ni, Tokyo Tower, Odaiba untuk tengok GUNDAM, Ginza, nak shopping dekat Uniqlo besar. Semua tu
bakal diterjah menggunakan khidmat subway.
Aku agak x sempat kalau nak pergi banyak tempat, kira 3 ni je la, selain tu
yang paling penting ialah cari Aeon untuk beli jinbei Amina. Ikut plan,
aku nak bertolak ke airport pukul 5
petang, flight pukul 1145 malam. Aku
belek2 map, dah nampak mana nak tuju.
Cuma masalah sekarang, kalau Aeon ni melencong ke tempat lain cemana? Dah dah,
tanya orang kaunter dulu. Kami turun, masa pulangkan cardkey, aku tanya la, mana ‘Eon’ terdekat? Dia dah pelik, eon?
Eon? Dia dok ulang2. Aku iyakan la, siap eja lagi, pastu dia ah, “ION?” lahh,
beza sikit je kot sebutan tu, macam tu sekali x kenal, huish. Dia cakap kat
Itabashi. Aku dah resah sebab kami bawa semua beg, kalau dari stesen Itabashi
tu jauh, susahlah. Aku pun ada juga usha, xdapat lokasi tepat pun. Pastu dia
tanya, aku nak beli apa kat sana. Aku cakap jinbei. Dia godek2 desktop, cakap, boleh je beli kat airport, ada kedai souviner situ. Aku pon ok kan je, sebab dah malas nak fikir, lagi
bagus kat airport, cepat sikit urusan
nak berjalan harini.
Kami gerak dari stesen Higashi-jujo (Hj) ke Hamamatsucho, direct je guna Keihin-Tohoku line. Kenapa pilih sini? Sebab stesen ni
ada monorel ke Haneda airport, dan
dekat dengan Tokyo Tower. Sampai je kat Hamamatsucho ni, aku nampak lockersss.. Nak letak, mula konfius
boleh ke letak dalam? Kang amek cemana? Kena keluar dulu ke? Aku nak gi dapatkan
maklumat dari pegawai JR. Pastu, tertunjuk tiket dari Mitaka semalam.Terus dia
kira tambang dari Mitaka ke Hamamatsucho. Aku pelik, Mitaka? Mitaka? Pastu muncul lah
kes hilang tiket. Berpeluh cari tiket yang beli dekat Hj tadi, x juga jumpa!
Last2 givap, kene la bayar 220 yen.
Seri satu sama dengan Yuri, hilang tiket T___T.
Masa tu lupa langsung dah kes locker
tadi, kami putuskan untuk keluar je dari situ, dan simpan dekat locker luar gate. 500 yen untuk locker
besar kat sini. Muat la untuk beg aku dan Yuri. Locker ni canggih sikit dari tempat lain, letak beg, tutup, masuk
duit, pastu dia akan bagi resit dengan PIN untuk buka locker tu. So xperlu risau tercicir kunci. Untuk keselamatan
maksima, si Yuri siap2 ambil gambar PIN kami.
Tadi tanya orang tu nak gi subway cane, dia kata stesen subway terdekat ialah Daimon, kena
keluar dari stesen Hamamatsucho dan jalan sikit. Masalah gak nak keluar dari
sini, sebab macam berbelit2 tempatnya. Kami redah je akhirnya dapat keluar.
Keluar dari stesen, jalan sikit, dah boleh nampak Tokyo Tower dari jauh. Excited weh. Jalan2 lagi mencari subway. Akhirnya jumpa. Jauh tu kena
turun, ade kot level B3-4. Fuh, dalam betul dia gali nak letak subway. Sampai subway, menggagau nak beli pass.
Mujur ade attendant sorang ni memang
sedia membantu sesiapa yang nak tanya. Dia cakap inggeris la. Dia tunjukkan
kami pilihan subway yang ada. Subway
di Tokyo ada 2 line, satu operate by Tokyo Metro, satu lagi Toei
Subway. Boleh pilih, samada nak pass
yang cover Toei Subway + Tokyo Metro, atau Toei Subway sahaja. Aku mula2 dok aim yang 800 yen tu. Tapi lain pula, kat
situ xda yang 800 yen, 700 ada, tapi aku lupa untuk yang mana2. Aku pilih Toei
Subway sahaja. Harga lagi murah, 500 yen je. Aku pilih tu lepas timbang2 mana
kami nak pergi, boleh je guna Toei. Kalau ke Ginza tu, ada satu stesen dekat
dengan kedai2 tumpuan, stesen tu yang Tokyo Metro, stesen Ginza. Kata attendant tu, kalau guna Toei, boleh stop kat Higashi-ginza, dan jalan je.
Tempat2 lain pun xperlukan Tokyo Metro. Jadi kami beli je yang Toei. Dari
Daimon, kami naik subway ke stesen Shimbashi.
Dari Shimbashi jalan ke Tokyo Tower. Keluar je dari stesen nampak dah tower nya. Lagi dekat, lagi excited. Kami pun menuju ke situ. Dekat
nak sampai ambil gambar lagi. Pastu masuk dalam, ada banyak kedai2 kat situ,
restoran, cafe semua ada. Aku mencari
jalan ke kaunter tiket. Rupanya kena turun, pastu keluar. Kami naik tu dari
level 2 dah. Bila turun bawah, benda pertama greet kami ialah, Mugiwara Store! Kedai jual merchandise One Piece, peminat OP mesti suka masuk sini. Simpan
dulu, sebab nak naik tower dulu. Aku
cek dekat website katanya 700 yen,
bila sampai jadi 900 yen lah pulak. Itu pun untuk observation deck yang pertama. Untuk naik atas lagi, kena tambah
lagi. Aku lupa berapa. Tapi aku takat yang 1st tu je la. Naik atas, pusing2
tengok bangunan keliling Tokyo Tower je. Ada nampak shrine/temple, sekolah,
budak2 besbol tengah lari. Bagi aku, perasaan dia lebih kurang tengok KL dari
Sky-Bridge twin tower kita. Tapi yang ini versi rendah sikit. Dah buat satu
pusingan, aku masuk kedai tengok fridge
magnet ke ape yang sesuai dibeli. Aku Cuma keluar dengan satu fridge magnet berharga 480 yen, dan satu couple keyholder berharga 550 yen. Mahal barang sini. Dah puas kat situ, kami nak turun. Rupanya
ada look down window kat level bawah. Turun guna tangga je sini.
Boleh la bergambar ‘kaki di atas Tokyo Tower’ kat situ. Haha.
Keluar je dari lif Tokyo Tower nampak ni
Kami naik lif turun bawah, masuk Mugiwara shop. Syok kedai
ni, even aku selaku light fan OP, aku suka gila kedai ni. Lama
juga aku dok membelek barang2. T-shirt ada, plushie
ada, payung berhulukan hulu pedang Roronoa Zoro ada (cool gila!). Aku teringin nak beli totebag, tapi harga dia 1500. Sayang la pulak duit. Aku pun
mencari2 apa yang sesuai dibeli. Nampak pen ni, besi, ada charm chopper, pastu
gambar kat pen tu Luffy. Aku cuba cari harga dia, adoi, tulis jepung, susahlah.
Aku pergi cari staff tanya harga. Dia cakap 150 yen, or at least, tu yang aku dengar lah. Aku pun tulis atas tangan guna
jari, nak konfem, dia cakap betul. Murahhh, dekat Ghibli semalam pun satu pen
harga 800+, aku xbeli. So apalagi, aku ambil la 5 batang, aku pusing2 lagi kot
ada barang best lagi. Dah xde apa, jadi aku beratur untuk bayar. Masa tu aku
mula musykil. Pen2 yang aku jumpa takat ni mahal2 harganya, kenapa yang ni 150
je, macam harga nasi kat 7e. Jadi aku mengambil keputusan untuk cek balik.
Jenuh laa aku membaca tulisan katakana dan yang kanji pulak aku compare satu2
antara yang di pen dan di tag yang dia lekat di rak. Akhirnya aku mendapati
bahawa bukan 150 satu, tapi 550 yen. Samada aku silap dengar harga, atau budak
tu main taram jawab. Aku syak yang pertama tu. Disebabkan harga diluar
kemampuan, aku hanya keluar dari kedai membawa 2 buah notebook.
Boleh juga naik OP Tower. Harga lain, mahal juga xsilap 2000+
Gomu-gomu no~
Baka-Marimo!
Brooke the skeletong!
Fran-ky!
Usopp!
Yey Luffy! Chopper! EH?! KURO!
Dalam Mugiwara Store
Aku tuju ke information
counter. Kali ni nak cop poskad. Katanya dekat kaunter tu ada. Aku pergi
situ, tengok xda, so aku tanya, rupanya kat belakang. Sudah cop, aku tanya
lagi, ada post office ke kat area
sini? Dia cakap ada, kat tingkat 2. Aku terkejut, eh ada post office dalam bangunan ni ke? Aku tanya lagi, Post office? Kot la dia silap paham. Dia
iyakan. So aku dengan Yuri naik lah, try tengok map, nampak tanda pos iaitu macam huruf (T), tapi atas kepala T tu
ada satu lagi garis selari sama panjang. Aku pergi ke situ, pastu keluar pintu,
jalan sikit, jumpa lah Peti Pos. Apa der, aku siap ulang post office tadi, dia
pergi tunjuk peti pos.. Aku masuk balik tanya orang dekat info desk tepi pintu soalan yang sama, ada post office x kat sini? Kata dia ada, kena keluar, belok kanan, jalan
sikit. Aku keluar. Bila dah jalan baru teringat, harini hari sabtu, buka ke
pejabat pos? Terlupa tanya. Gigih aku dengan Yuri menapak, kami jumpa, tapi
tutup! Haihh. So cemana la. Yuri nak ke tandas, kami masuk balik, kali ni kami
masuk ikut pintu yang lain, terus sampai level bawah balik. Masa cop surat,
ternampak iklan suruh hantar poskad dari Tokyo Tower, so aku try tanya info kaunter, kat mana boleh beli setem?
Dia pun tunjukkan ada service counter
kat belakang tu, situ ada jual. Aku terus masuk dan beli setem untuk poskad. 70
yen satu, ni airmail ni. Dekat
belakang info counter tadi ada
disediakan meja, pen untuk menulis dan gam untuk tampal setem, aku uruskan hal2
menampal setem di situ sementara tunggu Yuri datang. Poskad aku tu tuju ke buddy aku fan Ghibli juga, Nikkusan kat Kuantan, Mira, KL, Sky di Vietnam,
Ika di Indonesia, Fahmeeda Afrika Selatan, Chira di Perth. Ada juga tuju kat
rumah sendiri. Seronok pula rasanya hantar poskad kat kawan2. Kat meja tu juga
ada peti pos mini, tapi aku rasa baik pergi kat luar yang ada peti pos betul2
tu, alang2 dah nak keluar ikut sana pun. Selesai di Tokyo Tower, kami balik
semula ke stesen Shimbashi. Nak ke Odaiba pulak!! Tengok GUNDAM! RAINBOW BRIDGE,
dan MINI STATUE OF LIBERTY!!
Nak ke Odaiba kena naik subway ke Shiodome. Kami ambil subway ke Shiodome. Waktu ni dah masuk
Zohor, kami sampai tu mula2 mencari2 jalan nak ke monorel. Tapi bila naik tu
nampak port yang sesuai dijadikan
tempat solat. Kawasan bawah bangunan office,
haritu orang x keja, jadi xramai la orang lalu lalang. Tapi xda tempat
tersorok. Aku dan Yuri decide untuk solat kat situ. Kami ke tandas dulu untuk
wudhuk. Naik balik dan solat. Waktu solat ni, kebetulan ada orang nak cuci
lantai. Cuak juga sebab dia lalu tepi masa tengah solat. Tapi xda apa2 pun, dah
siap tu, terus kami naik cari monorel Yurikamome untuk ke Odaiba. Yurikamome ni
nama line monorel untuk ke Odaiba.
Kat situ cam x dapat klu nak ambil monorel ke stesen mana. Jadi aku tanya encik
officer monorel tu. Dia x cakap bi,
tapi bila aku cakap nak gi Odaiba, dia kata, “Daiba”, stesen Daiba. Kami pun
beli tiket. Ada 2 stesen yang menimbulkan kemusyilkan dalam benak aku. Aku
tengok ada Daiba, sebelumnya, Odaiba-kaihinkoen. Harga tiket sama. Dah tu
cemana ni Yuri? Kita nak gi mana? Sebab ragu2, kami buat keputusan nak turun
kat Odaiba-kaihinkoen. Kat bawah tadi lengang je, bila masuk monorel, ramai
jugak orang rupanya. Ada budak2 muda bawa minuman2 macam nak pergi hangout mana2. Aku dengan Yuri sibuk menjakun2
tengok luar. Sebenarnya pemandangan sini cuma kelabu, banyak bangunan je. Bila
sampai Rainbow Bridge pun masih kelabu(sebab rainbow dia waktu malam je). Aku bajet kita kena jalan dari stesen
untuk nampak bridge ni, tapi yang x
boleh blah nya, monorel ni siap seberang jambatan ni kot. Nak best lagi,
monorel ni buat lap 360 degree
sebelum menyeberangi Rainbow Bridge. WAHHH x abes la excited aku masa tu, ‘ the
gaijin is jakun’ing at her best..’ Terhibur hati aku walaupun kaki sakit bila
naik bridge ni, tah kenapa ohsem lain
macam. Mula la nak banding2 dengan monorel RAPID yang ‘Imbi, Imbi..” hahaha.
Ok2 cukup. Bila sampai stesen Odaiba-kaihinkoen tu, aku dan Yuri turun. Kat
sini x nampak jalan, mana nak terjah, lagi sekali soalan wajib bagi orang yang
xprepare itenerary menjengah. Aku pun meringankan mulut bertanya, kali ni kita
kasi spesifik sikit. GUNDAM terus aku sebut, nak buat ayat akak x reti dah,
kepala dah jem(alasan je). Pakcik tu sangatlah memahami, dia speaking sikit2,
kata dia stesen paling dekat Daiba. Kalau dari sini, boleh jalan ke? Aku tanya.
Kata dia boleh, dia tunjuk map, pastu
tunjuk lagi jalan kat bawah tu arah mana nak pergi. Aku angguk2 menandakan
paham. Kenapa la kami ragu2 x bertempat tadi. Adoi!
Turun dari stesen tu, kami gerak laju2. Jauh juga, tapi
sambil2 tu pujuk la diri, “xpe Kuro, demi GUNDAM Kuro, bila lagi nak tengok,
anggaplah ni once in a lifetime
opportunity.” Akhirnya kami sampai la dekat depan bangunan Fuji TV. Katanya
boleh je nak masuk dalam tu, untung2 ade la retis buat rakaman apa2 kita buleh
tengok. Berbayar la. Plan asal
sebelum cecah kaki di tanah Jepun, nak juga ke situ. Tapi bila dah beribu
langkah pijak tanah Jepun, kaki aku cakap, “xsoh la boh, ambo sakit doh ni,
kalu tebing jugok ambo xse jale keh..” Gerun dengan amaran dari kaki sendiri.
Aku pun xutarakan isu tu pada Yuri, dia pun senyap ja. Fuuhh. Kebetulan masa tu
ada show ka pentas luar, entah event
apa aku x dapat korek. Ramai le orangnya.
Nak cari GUNDAM nih, kena tuju tu cepat2. Tapi dah sampai dekat tempat
pakcik cakap, exact location pula x
tau. Laahh. Akhirnya kami naik ke bahagian atas, macam ada laluan atas yang
besar, tangga pun besar. Ramai orang kat situ. Keje kami masa ni, nak naik ke
turun ke semua cari lif je. Xde dah nak menapak naik tangga. Sampai atas lagi
sekali mencari, kami try nasib gerak
ke bahagian belakang Fuji tv tadi, jalan punya jalan, xde pun kelibat Freedon/Strike
yang didamba. Bila usha map pon xda
tunjuk. Pastu Yuri bagi cadangan, kita tengok depan sikit, ada ramai orang
situ. Dia pergi dulu, dannn, nasib sudah baik, nampak lah GUNDAM tersergam
indah. Lokasi dia, belakang Fuji TV ada Diver City, Belakang Diver City tu la GUNDAM nya. Aku x pasti ni Gundam yang mana satu, Strike ke Freedom ke, sebab bagi
aku nampak sama je. Yang aku kenal betul cuma Zaku, opcos la xda Zaku kat situ.
Bila sampai depan GUNDAM yang tersergam gagah tu, hati aku cair der. Kakkoi gila, cool gila weh. Allah je tau perasaan berdiri depan GUNDAM. HEY! Tu baru
ciptaan manusia, gitu sekali aku punya emosi. Kahkah. Amek gambar, masa ni
macam x ramai yang amek gambar. Bila aku tengok bahagian bawah GUNDAM tu
xdibuka, tiba2 mataa dia nyala! Aku excited!
Show dia dah nak start! Kepala dia geleng kiri kanan, pastu keluar suara Amuro, dan
Kira Yamato announce diorang nak
terbang. Kata Yuri nanti keluar asap kot, sebab dia penah tengok kat Youtube.
Aku masa tu xabis2 cakap sugoi2. Kami rakam la gerak-geri dia tu, tapi aku
givap cepat, lenguh tangan. Last2
gitu je lah 5 minit, GUNDAM cuma buat stretching je, xde asap pun. Kami keciwa
sikit, sikit je tau. Lepas show
pendek tu staf buka laluan bawah gundam. Boleh tengok dari dekat. Besar weyy. Kalau
benda ni betul2 ada, mau negara kecik macam kita hancur kene serang. Aku nampak
GUNDAM Cafe yang berdekatan, ajak Yuri masuk. Kat sini aku berjaya beli pen
yang paling murah! 380yen sahaja~
Disebabkan tempat ni namanya pun cafe, ada la jual snack dan minuman. Aku ternampak waffle, aku tanya tu apa, kata dia pancake. So aku beli lah
2 untuk aku dan Yuri, masa ni dah lapar sangat, baik juga kalau kami isi perut.
Yuri punya choco banana, aku punya custard cream. Sedap! Harga aku punya
190 yen, Yuri, 220, tu belum masuk GST 8% lagi. Kami makan kat tepi2 situ je.
Fuji Terebi!
Belakang bangunan Fuji TV
Aku xreti buat gaya lain dah
Buku lali dia!
Siap makan, misi mencari Statue of Liberty mini! Ni pun satu hal, kami melangkah
secara random ke arah tadi. Jalan je ke depan, xlama lepas tu nampak lah yang
dicari. Aku cukup sekadar nampak dari jauh, awal2 dah surrender xmau jalan rapat ke patung tu. Dok la situ rehat2. Yuri
pergi sorang. Masa ni dah pukul 5. Entah bila nak pergi epot xtahu, Ginza x pergi
lagi ni. Tempat tu dah x jauh dari stesen Daiba. Xsilap aku ada Nikko Hotel kat
situ. Tempat ni best la untuk lepak, dah la time
tu cuaca sejuk, dah petang ni, sejuk dia tahap gaijin khatulistiwa tangan dalam
poket lah. Kalau ada baju selapis lagi mesti ok. Bila Yuri siap bergambar dengan Statue of
Liberty, kami pun naik monorel balik ke Shiodome tadi. Dalam monorel, ada satu couple ni dengan anak dia dok sebelah.
Diorang mesra sangat. Anak sorang je. Aku perasan satu hal, kanak2 kat Jepun ni
mana layan smart phone. Paling2 pun,
budak kat sebelah ni, masa ayah dia buka fon, dia cuit2 sikit. Tu pon kejap je,
pastu sambung borak2. Ada beberapa orang yang jumpa sebelum ni, Cuma guna hengpong
gantung kat leher in case terlepas dari perhatian, boleh mak bapak call cari. Memang xda yang hadap smart phone. Kalau high school atau junior high student tu ada la. Itu pon
kebanyakannya sambil borak dengan kawan2.
Mini SOL
Nak jugak..
Kami sampai di Shiodome, ambil subway ke Higashi-ginza. Subway Toei Cuma ke Higashi Ginza. Bila
sampai, kami naik atas, memang xtau arah mana nak tuju. Tujuan aku cuma UNIQLO
besar. Kami jalan berpandukan map
Yuri, tu pon suka2 kaki juga sebab last2 kami lost. Aku nampak LAWSON, haruslah bertanya di situ. Kat sini keluar
pula nihongo aku, dan mudah pula aku
paham nihongo dia. Direction pun senang, kata dia, “lorong
belakang LAWSON ni, korang jalan je terus, sampai jalan besar, belah kanan tu
terus nampak uniqlo tu.” Ayat yang aku masih ingat ialah, ‘sugu mimasu’. Kami menapak lah ke situ, dekat lorong ni, belah
kanan tu ada restoran masakan melayu, satu lagi restoran masakan pakistan
halal. Siapa yang rasa nak makan nasi goreng sebelum balik Malaysia, boleh lah
ke situ. Aku x le. Memang senang ikut direction
tadi, terus nampak uniqlo dekat main road.
Yang bestnya, main road ni ditutup
untuk kenderaan. Aku xsure ditutup
sentiasa atau malam2 je. Tah lah.
Sampai depan uniqlo dah nampak bling2, masuk
dalam berpinar mata. Kami naik satu tingkat ke satu tingkat. Aku nak cari long shirt cotton kotak2 atau long shirt jeans. Tapi yang aku nampak
agak mahal, 3000 lebih. Pattern yang
ada kat Malaysia sekarang tu yang aku nak, kat Malaysia dah RM129, kalau kat sini
aku bajet murah. Tapi masalah dia, pattern
tu dah outdated kot, sebab aku tengok
kat website uniqlo jepun, tahun lepas
lagi dah dijual pattern tu. Kat Malaysia
baru akhir tahun lepas ada. Xda rezeki aku nak beli lah. Aku try gak tengok yang lain kalau sesuai.
Malangnya xda. 12 tingkat nak jelajah satu2 memang renyah, aku naik sampai
level 7 ke 8, ambil satu baju untuk Adam, turun ambil seluar tidur untuk aku,
satu long shirt, n masuk fitting. Sekali aku x berkenan sebab ada
getah dekat pinggang. Jadi aku cuma beli baju Adam dan seluar. Turun bawah
sekali cari Yuri, dah cuak x nampak batang hidung. Aku pun naik balik cari2 x
jumpa juga. Turun je lah kat bawah tu, ape2 pon mesti dia lalu. Nasib baik la
dia turun x lama lepas tu. Kami keluar, aku berharap nak beli cd masa ni. Satu
lagi x cukup. Tinjau2 xnampak kedai cd. Givap, nak balik ke stesen tadi. Tengah
jalan tu, Yuri nampak satu kedai, dia tunjuk, tanya tu kedai apa eh? Aku
tengok, eh laa, macam kedai jual kimono. Terus masuk situ tanya jinbei untuk Amina.
Duit aku dah bajet, asal 5000 ke bawah ok la. Sebab xbanyak pilihan dah, xde
dah kedai lain. Mujurlah dapat satu, harga 4200 xsilap aku. Memang harga dia range tu pun jinbei ni. Tengah pilih
tadi, ada sorang pakcik jepung tiba2 cakap melayu/indonesia, “Kamu dari mana?”,
Aku cakap Malaysia, dia pun angguk2 dengan isteri dia, x sempat nak berbalas
bicara,sebab tengah rushing, pukul 6
lebih dah, nak gi airport pulak nih.
Aku pilih cepat, dan bayar. Masa bayar, aku tanya orang kedai, ada x kedai cd
dekat2 sini? Dia dok fikir, pastu macam nak kata xda dah, tiba2 ada sorang
pelanggan orang jepun jugak ni, dia cakap, “kedai cd? Ada kan dekat sini sini..”
aku dah x tangkap lokasi tu. Pastu orang tadi pun teringat lah betul ada kedai
tu. Dia pun capai map, tunjuk tempat
tu. Aku pun ucap terima kasih, keluar dah. Yuri pula tengah belek2 beg dekat
luar. Aku berminat juga, beg dari kain kimono. Kedai ni kecik je, tapi jual
barang2 kimono lah. Best, aku dan Yuri beli beg satu sorang untuk mak masing2.
Lawa juga fabric beg ni. Gembira
sebab dapat juga belikan sesuatu untuk mak. Kami masuk balik bayar, aku mintak
nak ambil gambar map tadi. Dia bagi,
siap point guna sticker lagi.
Siap kat situ, ucap arigato, kami pun keluar cari kedai cd Yama no Gakki. Aku xreti baca kanji kecuali beberapa karakter je, bila kami dah berada di jalan yang betul dan
mendekati tempat tu, aku nampak satu board
dengan kanji 山(YAMA),
aku syak itulah, betul sangkaan aku, kedai tu dekat je dengan tangga turun ke
Subway Tokyo Metro stesen Ginza. Yuri kata, ada duit lebih kan, pasni kita
naiik ni je lah. Aku setuju! Masuk kedai, cuba cari sendiri, x berjaya, aku
terus tanya, dia tunjukkan, dan aku tanya juga mana section cd kanak2? Dia cakap kat level bawah. Aku pergi bawah, xsempat nak dengar banyak lagu, aku
pilih yang cover comel dan yang
lagunya macam comel2, terus beli. Padahal senang je nak dengar, scan kod bar
je, tapi rushing punya pasal x dapat
nak buat. Nasib baik ok. Harga cd kanak2 je dah 1800 yen. Lagi murah cd+dvd
JUMP. Xsampai 1500 pun satu.
Kaluar dari kedai cd, kami dash
ke stesen Ginza, beli tiket ke Shimbashi, satu stesen je, 170 yen harganya.
Dari Shimbashi kami cari Toei Metro untuk ke Daimon, boleh guna day pass balik. Masa ni ramai juga
orang. Bila sampai Daimon, aku nampak ditulis Subway ke Haneda, aku tanya la orang
kaunter, dari sini ke Haneda boleh ke guna pass?
Dia kata x boleh, kena tambah duit kalau nak ke sana. Aku fikir xperlulah, kami
keluar terus ke JR Hamatsucho. Jalan kat luar tu, boleh nampak Tokyo Tower dari jauh berlampu. Lawa. Tapi dalam gambar
kureng ah. Ambik gambar simpan dalam hati. Jalan sampai ke stesen Hamamatsucho,
kami jumpa entrance ni, bila masuk
jadi konfius, mana tempat kita keluar tadi, bukan sini ni. Rupanya memang ada
tempat masuk lain, kami cari balik, pastu jumpalah. Naik ambil beg, cari
Monorel pun satu keje juga, kena turun tangga, naik tangga. Fuhh. Dalam lif nak
ke atas, jumpa satu keluarga orang Malaysia. Bertegur sapa sekejap. Lepas tu
kami cecepat ke mesin tiket beli tiket ke Haneda, harga 490 yen. Masa nak ke platform, terjumpa pakcik2 Arashi kat
iklan. Hahaha. Kami naik tren dalam pukul 7 lebih, yang ekpres. Destinasi cuma 3
terminal airport Haneda. Dari Hamamatsucho, terminal international ialah stesen pertama bagi tren ekspres ni. Ready lah bila dia announce nak sampai destinasi pertama tu. Aku sampai terus masuk terminal.
Cari kaunter untuk drop bag. Tengok2
xbuka lagi, ade la dalam sejam lagi baru buka. Kami nak solat dulu, kat tepi tu
ada prayer room. Aku pergi kat area tempat duduk,
ternampak Cik Nab n Zaidah yang kami jumpa di Kawaguchiko haritu. Memang dah
tau diorang ni sama flight dengan
kami. Dia tolong tengokkan barang sementara kami solat. Surau tu x macam biasa,
nak masuk kene tekan dan cakap dengan operator, bagitau nak solat. Pintunya
kaca, dari luar terang2 boleh nampak orang kat dalam. Ada 2 surau sebelah
menyebelah. Tapi x specify yang mana
untuk lelaki mana perempuan. Kami masuk je kebetulan dengan 2 orang lagi
Malaysian. Walaupun dari luar boleh nampak terus ke dalam, tapi tempat wudhuk
ada pintu, boleh tutup. Convinient
la, kalau nak buka tudung pun, boleh sorok sikit dekat bucu dalam tu, ada la
juga tempat yang terhalang. Aku rasa diorang buat camni sebab xmau orang tido
dalam surau. Jadi janganlah tido dalam surau ye, walaupun tempat tu macam sedap
je untuk tidur. Kat negara orang ni, kena jaga perangai, hormat kemudahan yang orang
sediakan.
Selesai solat, aku keluar dari surau, ternampak la budak
laki yang kami jumpa dekat lif di Hamamatsucho tadi, tapi cam x cam je, cuma bagi
gesture cam kenal. Aku cari Cik Nab
dan Zaidah, kemas beg, tengok apa yang perlu masuk lagi. Apa yang perlu
keluarkan. Lagi lebih kurang 30 minit sebelum buka kaunter tu, aku dah siap2
beratur, sebab nak cepat2 letak bag pastu nak shopping. Nampak la staf JAL yang in charge untuk flight
AirAsia tengah ready nak buka
kaunter. Sibuk diorang kat situ. Beberapa minit sebelum waktu buka, diorang
semua berdiri depan kaunter masing2, sampai je waktu buka, semua bagi tunduk
hormat dulu, baru usher orang ke kaunter dan uruskan beg2. Lama juga urusan
sorang2 tu. Tiba giliran kami, kami tunjuk passport
dan bording pass yang dah print siap2 kat KL sebelum bertolak tu.
Staf ni reprint border pass kami, nama aku keluar x lengkap, dia tulis pakai tangan
untuk lengkapkan sama macam dalam pasport. Yuri punya pula bermasalah, dia
tengok nama, dalam pasport eja ‘BINTI’, tapi dalam border pass tulis ‘BT’, so dia tanya la. Yuri cakap itu short. Pastu dia pergi betulkan, lama
sikit kat situ. Lepas tu dia siap2 pesan nanti jangan guna short form. Aku aware
pasal benda ni, urusan rasmi, terutama melibatkan flight luar negara kena letak nama macam dalam IC atau pasport. Jangan pendekkan atau tambah
apa2, kena betul2 sama. Kat KL haritu, dalam border pass aku, nama bapa jadi double,
aku dah risau, so aku tanya staff tu,
macam mana ni, xpeke? Kata dia xpe, asal ada je, yang xda tu masalah tu. Staf
kat sini satu2 cek, dan semua kena betul. Sangat particular.
Selesai urusan kaunter, aku dan Yuri cari tempat shopping. Yuri jumpa satu kedai nama
Anzu, ada jual souvinir dan makanan
halal. Kata level 3, tapi kami x jumpa. Naik level 4 pusing satu floor pun x jumpa. Level 4 ni best,
sebab design dia tu design Edo. Tempat tu pun dipanggil Edo.
Banyak kedai makan dan souviner sini,
tapi xda Anzu. Kami jumpa satu kedai jual senbei (rice cracker) halal, terus
aku beli. Tanya orang situ, kat mana Anzu. Mula2 dia xtau, pastu kawan dia yang
bagitau kat mana. Rupanya kena keluar ke 7e, jalan kekanan 7e. Malang sungguh
kedai tutup dah. Aku borong KitKat 7e je. Banyak flavor, aku amek matcha,
sakura, sakura matcha, anko. Beli nasi untuk abang aku, dan dorayaki beberapa
bijik. Lepas tu aku try naik ke Edo
balik, masa ni dah terpisah dengan Yuri. Aku nak beli lagi, sebab duit banyak
lagi. Naik atas xsempat nak beli sebab kedai dah mula nak tutup. Huhu. Jumpa
Yuri kat atas, dia sempat borong pen+poskad untuk bagi kat kawan2. Kami turun,
masuk ke departure hall. Masa scan barang, aku terlupa nak keluarkan laptop, jadi dia mintak la nak buka beg
aku dan scan semula.Tapi cara dia
sopan sangat weh, aku kalut jgk masa tu tapi diorang slow2 je cakap dengan aku dan tunggu situ sampai aku habis kemas. Haha
Edo di Terminal Internasional Haneda
Masuk dalam, kene jalan jauh juga nak ke gate kami. Jumpa uniqlo lagi, jumpa Cik Nab
lagi!. So kat sini sebenarnya Cik Nab cuba hasut aku beli jaket untuk jogging. Aku x tau nama apa. Harga 2900
duhh. Aku nak juga, tapi bila aku nampak sweater,
aku TERbeli yang tu. Murah sikit la. Pastu kami pergi ke gate. Aku sempat beli air kat vending
machine buat kali terakhir, aku nak teh susu, tapi tertekan kopi. Kali kedua
kejadian camni. Rambang mata, banyak sangat sampai xleh bezakan. Lepas naik flight, aku dengan Yuri dapat seat yg dipisahkan oleh laluan. So senang juga la esok kalau nak Subuh
tu. Kami dah decide, nak makan malam
ni, xnak tunggu pagi esok. Sebab dah lapar. Tapi lambat dia edarkan makanan.
Aku pula nasi lemak lagi, muak pula. Esok tu baru aku habiskan. Citer dia, kami
sampai KLIA2 sebelum 630 lagi. Aku dah siap2 solat subuh dalam flight sebab
risau keluar nanti tung tang tung tang terlepas pulak karang. Kat tempat beg,
jumpa lagi 3 beranak yang jumpa di Hamamatsucho. Masa keluar tadi dah bertegur
sapa dengan si anak, aku pandang ibu dan bapa dia, mereka macam dah bosan nk
menegur, so lepas2 tu aku dah mengelak dah, buat2 x nampak. Pelik pulak. Dengan
Cik Nab n Zaidah pun kami berpisah dekat tempat kutip beg.
Selesai pengembaraan aku
di Jepun. Aku gembira sampai balik ke tanah air, dalam masa yang sama, aku rasa
sedih juga tinggalkan bumi sakura tu. Aku suka sangat Jepun, opcos tempat tu
tidaklah sempurna, tapi banyak sangat perkara2 yang aku suka kat situ. Nanti
aku akan kembali lagi InsyaAllah, banyak sangkut xdapat pergi tempat2 target.
Dalam misi nothing impossible aku,
ada yang melibatkan jepun. Aku nak buat entri tips dan bajet untuk ke Jepun. InsyaAllah
next entri. Semoga 9 entri yang sudah
bermanfaat ya. InsyaAllah.
Ni cuma apa yang aku post di fb sebelum naik flight dan lepas selamat sampai di Malaysia.
Ps: Sampai Malaysia pukul 630 suhu 26 degree celcius. Panasss.
Ps2: Memory card
kamera hilang :0
ps3: Aku harap kawan2 aku dah dapat poskad2 mereka!
9 ulasan:
Assalamualaikum kak...
Amboi, sampai Jepun sudah...buat apa? Jalan2 je? Lama tak jenguk blog, tup2 ade update plak blog kakak. Nice to read about your journey. ^^
Thnx for reading ila. Selalu teringat ila, tp tgn x jadi nk wasap.. ila pon lama x update misc..
Just wow ! Sugoi!!!
Arigatou gozaimasu tuan, sudi singgah dan tinggal komen.
Hai, nak tanya.. Kat tokyo kena spend berapa hari nak cover semua? Plan asal nak pegi hokkaido
Nak cover smua kena spend banyak hari tu. Sy fikir 3-4 hari dah bnyk tmpat boleh pergi. Bergantung pd jarak setiap destinasi jugalah. Boleh tahan penat kalau jadual perjalanan padat. Susunan destinasi pon mainkan peranan.
Wow one piece aku suka betul one piece :D
Catat Ulasan