click here :)

Selasa, 21 Julai 2009

Fanatik?? Novel..

2 hari lepas, ku menerima panggilan daripada ' nakamatachi' dari sekolah dulu, dengan kata lain kawan-kawan sehati, sejiwa , sekepala lah.. Ada lah sorang ni, jom bagi nama miss Y kat dia, dia kata ku ini peminat fanatik kat-tun. Duh!! Bila masa pulak ku jadi fanatik?! ((geleng-geleng)). Katanya, " Dah kata fanatik, beli la album kat-tun". Oh tidak, ku x pernah menggelarkan diri fanatik, tapi bila suka tu, hari-hari la dengar lagu diaorang, ringtone pon lagu tu juga, tapi ku bukan fanatik, tak mungkin..

Novel yang ku baca dengan serius. Ku ini bukanlah orang yang suka baca novel, dalam hidup ni boleh dikira dengan sebelah tangan je berapa buah novel yang pernah ku habiskan(tak kira la novel kanak-kanak karya Enid Blyton tu, tu dah berjilid ku baca). Novel cinta---> bukan pilihanku. Novel yang ku baca baru-baru ni tajuknya, 'Are You Afraid of The Dark', Sidney Sheldon. Citer thriller, dan sememangnya fiksyen. Ku habiskan buku tu dalam masa 5 hari lepas beli. Tujuan beli novel tu, untuk memupuk minat membaca, tak nak bagi otak beku. Oklah, ada lagi dua buku menunggu untuk dibaca, 'Goodbye Tsugumi' dan satu lagi kompilasi kisah Sherlock Holmes. Nak baca 'A Study In Scarlet', tapi masih tak jumpa, dekat library takde la.

Ja mata nee, kurasu ga arimasu dakara..

2 ulasan:

Unknown berkata...

wlpn x obses n x mmiliki original goodies ssorg rtis tu, doihachibi setuju klw dpggl fanatik sb doihachibi seorg 'fan'. tp doihachibi xkn pggl kuroneko seorg fanatik sb kuroneko lbh tahu... ('-^

'Goodbye Tsugumi' bunyi mcm mnarik..

kuroneko berkata...

Obses bunyinya lebih ringan daripada fanatik. Bolehlah diterima kot, sb ku suka tgk bideo2 yang ada kattun @ kame..fufu