click here :)
Rabu, 22 Julai 2009
Otsukareta!! Onakaga tsukimashta!! (Letih,lapar)
Hari ni, kelas mula pukul 11 pagi- 1 petang. Rehat 1 jam, mula lagi kelas 2-4, 4-5. Jauhnya kelas,penat jalan woo. Lepas tu, ku berkejar ke kafe berdekatan untuk mendapatkan bekalan makanan. Kafe yang ku pergi tu dipanggil kafe tower, kat situ ada beberapa kedai kedai makan. Tujuanku, nak gi beli nasi goreng pattaya dekat kedai pakcik rajin. Dari jarak beberapa langkah, ku dapat lihat keadaan yang suram di belakang kedai tu, makin kudekati, barulah ku dapat lihat dengan jelas keadaan kedai tersebut, tingkap belakang pecah dan keadaan di dalam gelap, hitam, tiada seorang pon di dalam. Bila sampai di depan, kulihat pakcik rajin tengah bercakap-cakap dengan seseorang. Rupanya, telah berlaku satu insiden yang merugikan, daripada pengamatanku, kelihatan seperti berlaku letupan, dan mungkin juga kebakaran yang berjaya dikawal. Keadaaan kedai tersebut sungguh menakutkan. Hmm, nantilah ku korek-korek cerita daripada kawan-kawan apa sebenarnya yang terjadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan